Gara-gara menepis tangan peminat wanita ketika menolak permintaan foto daripadanya, pelakon dari seberang Dian Sastrowardoyo dianggap tidak sopan.
Video kontroversi itu tersebar meluas di laman sosial dan menerima kecaman hebat daripada netizen yang kecewa dengan sikap aktres berkenaan.
Susulan itu, Dian tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
"Sejujurnya, perkara itu tidak disengajakan. Ada seseorang dari belakang tiba-tiba menyentuh saya, lalu membuat saya terkejut.
"Akibat tindakan refleks, saya tidak sengaja menepis dan menghindarinya. Namun, saya tak bermaksud bertindak tidak ramah atau tidak sopan," tulisnya.
Tambah Dian, video berkenaan sudah dia hapuskan agar tidak menimbulkan kesan tidak sesuai dengan apa yang sebenarnya terjadi. Malah, dia akui tidak dapat mengawal pandangan orang ramai mengenai apa yang telah terjadi.
Meskipun begitu, aktres itu akui menerima semua kritikan dengan hati terbuka.
Foto: IG Dian Sastrowardoyo
Biasalah tu, artis pun manusia biasa juga. Pasti akan melakukan kesilapan. Semoga keadaan ini dapat dijernihkan dengan baik. - CARI
|