Seragga, Foto: foxnews.com
Seorang lelaki warga Sepanyol dihukum oleh mahkamah Thailand selepas didapati bersalah membunuh, mengerat dan membuang mayat rakan senegaranya.
Artur Segarra didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan David Bernat, 40, dan mencuri wang mangsa.
Menurut sumber, Segarra mengurung Bernat dan menyeksa dan memaksa lelaki itu untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya.
Foto: Foxnews.com
Sebahagian anggota badan mangsa yang dipotong ditemui di Sungai Chao Phraya manakala kesan darah dan DNA ditemui di apartmen Segarra.
Memetik laporan Fox News, polis turut menemui sebuah peti sejuk beku di kediaman Segarra, 38, yang dipercayai digunakan untuk menyimpan mayat ahli perniagaan berkenaan.
Selain itu buku yang mengandungi arahan cara-cara memotong mayat juga ditemui di kediaman itu.
Segarra didakwa mencuri wang mangsa hampir 80,000 baht (RM10,233). Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.
Lelaki terbabit melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di Kemboja sebelum dihantar semula ke Thailand pada Februari tahun lalu untuk dibicarakan.-CARI |