CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3828|Reply: 22

Ibnu Khaldun - Pemikirannya Melangkaui Barat

[Copy link]
Post time 26-4-2017 01:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 26-4-2017 02:07 AM

http://www.utusan.com.my/rencana ... uwan-barat-1.473673Bahagian penerbitan  YADIM







NAMA Ibnu Khaldun sudah tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam, namun masih ramai tidak mengetahui secara terperinci latar belakang tokoh pemikir keturunan Arab yang mendahului ilmuwan seluruh dunia itu.

Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd. al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun. Gelaran Ibnu Khaldun diambil daripada nama moyangnya iaitu Khaldun.
Dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia, Ibnu Khaldun dibesarkan dalam keluarga ternama, termasuk seorang abangnya, Yahia yang berkhidmat sebagai ahli politik dan ahli sejarah, manakala ayahnya merupakan individu terkenal dalam bidang persuratan (sastera).
Mendapat pendidikan awal dalam pendidikan al-Quran, matematik, geografi dan sejarah di Tunisia, Ibnu Khaldun memulakan kerjaya dengan berkhidmat kepada Sultan Tunisia pada tahun 1350 sebelum menduduki ahli majlis cendekiawan dan penyimpan mohor Sultan Maghribi di Fez.
Semasa berkhidmat dengan Sultan Maghribi, Ibnu Khaldun mula dikenali ramai kerana pendapatnya yang dianggap radikal. Antaranya, mengatakan bahawa pemerintah negara itu bukanlah wakil Tuhan atau manusia suci seperti didakwa masyarakat pada masa itu.
Atas sebab itu beliau dipenjarakan selama dua tahun. Setelah dibebaskan, Ibnu Khaldun meneruskan kembara ke Sepanyol (Andalusia) dan diterima baik oleh sultan negara itu.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/pemikirannya-mendahului-ilmuwan-barat-1.473673#ixzz4fHkZKlHp
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2017 02:15 AM | Show all posts
Sebaik sahaja diterima, Ibnu Khaldun dilantik sebagai duta bagi menjaga kepentingan orang Kristian di Castilla dan setelah misi itu berakhir, beliau berhijrah ke Bougie, Algeria dan memegang jawatan sebagai Pegawai Penyelenggara Istana.

Setelah Sultan Bougie terbunuh, Ibnu Khaldun kembali ke Maghribi dan kembali menyampaikan kuliah di beberapa masjid di samping menghabiskan masa menelaah kitab. Beliau kemudiannya sekali lagi pulang ke Afrika Utara dan menetap di kota Ibnu Sakma yang letaknya berhampiran Constantinople.

Semasa di Constantinople, Ibnu Khaldun mula menulis karya besarnya berjudul Mukaddimah yang membawa maksud Pengenalan kepada sejarah. Berasaskan pemerhatian sepanjang kerjaya dan penglibatan peribadi dengan masyarakat pelbagai agama, beliau mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan buku tersebut.



Setelah selesai merakam pengalaman, pandangan dan kupasan mengenai kebangkitan serta keruntuhan banyak negara, Ibnu Khaldun kembali ke Tunisia. Atas perkenan Sultan, Ibnu Khaldun diberikan kebenaran meninggalkan Tunisia untuk mengerjakan haji di Mekah dan tinggal beberapa bulan di Baitulmaqdis, Palestin.

Ibnu Khaldun seterusnya berhijrah ke Mesir untuk meneruskan khidmat sebagai cendekiawan, pendidik dan hakim. Kehebatannya membuatkan pihak Universiti al-Azhar, Mesir kagum dan setiap kali beliau memberikan kuliah mendapat sambutan amat menggalakkan.

Seorang cendekiawan ulung Mesir, al-Maqrizi turut mengambil peluang untuk bergaul dengan Ibnu Khaldun, terutama dalam bidang sosiologi dan teori kemasyarakatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/pemikirannya-mendahului-ilmuwan-barat-1.473673#ixzz4fHob26vK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:29 AM | Show all posts
KECINTAAN TERHADAP ILMU

Sepanjang berkhidmat dengan pentadbiran Timurlane (suku kaum Tartar), Ibnu Khaldun sekali lagi menumpukan perhatian menulis mengenai peristiwa sejarah dalam buku berjudul Kitab al-Ibar (buku mengenai pengalaman atau pengajaran).

Namun demikian, bukunya yang paling terkenal ialah Mukaddimah atau Prolegomena. Dalam buku itu, Ibnu Khaldun meletakkan sejarah sebagai acuan analisis dalam konteks sains pembangunan atau sains sosiologi sebagaimana dipelajari di universiti-universiti seluruh dunia.

Secara umumnya, buku Mukaddimah mengandungi dua jenis kerangka ilmiah, iaitu asas kajian sains sosial dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan menghakis pandangan ilmiah. Penyusunan buku ini menggunakan kaedah lazim digunakan oleh ahli sejarah Islam terdahulu, iaitu kaedah naratif tradisional (memberi maklumat) dan kaedah akal bagi mengesahkan kesahihan peristiwa melalui alasan yang kuat.

Kaedah pertama dikenali sebagai pendekatan deduktif, manakala kaedah kedua ialah induktif. Ibnu Khaldun dinilai sebagai seorang yang berjaya menerapkan prinsip sosiologi dan merupakan pemikir pertama melakukan perkara sedemikian.

Gaya pemerhatian Ibnu Khaldun terbukti mendahului teori ahli falsafah lain antaranya diperkenal oleh ahli sosiologi Jerman, Max Weber (1864-1920), teori penemuan kaedah penelitian masyarakat yang dikemukakan oleh Emile Durkheim (1855-1917), Augustus Comte (1798-1857) dengan teori arus kemajuan, Herbert Spencer (1820-1903) dengan teori evolusi, Pareto (1843-1923) mengenai teori kitaran elit, Nicollio Micheavelli (1469-1527) mengenai pendekatan politik dan pemilikan kuasa, John Locke (1632-1704), Karl Marx (1818-1883), ataupun Montesquieu.

Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 1406 pada usia 74 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sufi, Kaherah.

Bagaimanapun, pemikiran ilmiah Ibnu Khaldun hanya mendapat perhatian masyarakat apabila usaha beberapa orientalis menterjemah dan memberikan pandangan mengenainya, iaitu setelah Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/pemikirannya-mendahului-ilmuwan-barat-1.473673#ixzz4fHrcjK9e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehe, apa leh buat, kena penjara.

Rasullullah saw kena penjara ke? Tak bukan? Itu tandanya, Allah lindungi baginda Rasullullah saw.

Hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika Allah lindungi seseorg, try ler penjara orang yg Allah lindungi itu. Kot2 bodoh piang lah sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak nabi2 yang dipenjarakan? Sorang aje kan? Itu pun, atas permintaan nabi berkenaan. Yang lain2 rata2nya dibunuh kerana kebodohan manusia jua.

Timbul pula soalan, kenapa dan mengapa?

Jawapan mudah aje : SYAITAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kerja syaitan? Jawapan mudah aje : Mewujudkan fitnah menerusi sangkaan yg merupakan pendustaan.

Apa bezanya firasat dan sangkaan? Firasat itulah Taqwa, manakala sangkaan itulah KEJAHATAN (kefasikan, merosakkan dan lagho)

Abe Raul : Baca jgn tak baca. Kuman seberang laut leh nampak elepant depan mata tak nampaklah pulak yer!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila Allah kehendaki, maka Dia lindungi sesiapa yg Dia kehendaki dari dipenjara.

Soalan, apakah dosa ibnu khaldun? Baca kisah baik2 tau! So, kena pula faham, sejauh mana, Allah lindunginya.

Adakah dgn penghormatan yg dirinya terima dinyatakan di dalam AlQuran dan Sunnah? Jika ada, attach bukti dari sisiNya, sesungguhnya Ibnu Khaldun ada di dalam AlQuran dan Sunnah dgn tanda, itulah Ibnu Khaldun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok langit, kita tahu ada udara. Kita nampak ke udara itu? Lalu kita nak cerita AgamaNya menerusi kisah2 Ibnu Khaldun?

Wake up! Para nabi mana pernah kena penjara melainkan seorang aje, itupun atas permintaannya.. Kita pula nak jadikan idola seseorg yg dipenjarakan BUKAN ATAS KEHENDAK DIRINYA, lalu kita nak kata "Inilah insan yg ada contohnya di dalam AlQuran"?

Bodoh piang ke kamu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg nak cerita agamaNya, tapi hakikatnya TAK FAHAM yg patut dan tak patut.

Kemudian kita nak bagitau, bila pemerintah penjarakan ulama, maka selepas bebas mereka jadi terkenal? Idea taghut ke ni?

Kata kenal Allah, kenal nabi2. Last sekali nampak bodoh piang jua akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan post kamu kali ini, menjelaskan, kamu TAK FAHAM isi kandungan AlQuran dan Sunnah dan hakikatnya, TAK LAYAK CIUM bau syurga pun.

Ini kerana, orang yg faham AlQuran, tengok aje tulisan kamu dah tahu beriman atau tidak kpd AlQuran celah lagi kpd Allah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:22 PM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 26-4-2017 06:00 PM
Ada tak nabi2 yang dipenjarakan? Sorang aje kan? Itu pun, atas permintaan nabi berkenaan. Yang lain2 ...

oi si bodoh kaldai....
cerita nabi kena penjara ke tidak, cerita nabi dibunuh atau tidak
bukan terhenti kerana dilindungi atau apa
tapi tuhan nak sampaikan kisah kebenaran
yg penuh HIKMAH, tapi tidak pada yg berkarat hati spt kamu wahai si kaldai buta perut
ke laut tafsiran quran, mcmtu dok terhegeh petik ayat
tak reti malu langsung, aha....
pasai kena tutup main bisikan setan qarin
sampai makin jauh dr kebenaran quran
makin di baca dgn mata luar
makin jauh dr quran dlm diri...makin sangka buruk org, makin teruk diri
makin dok nilai luar, makin busuk dalam diri
ahaa....tak faham faham...

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:22 PM
oi si bodoh kaldai....
cerita nabi kena penjara ke tidak, cerita nabi dibunuh atau tidak
bukan t ...

gimik muka cukuplah yer  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:22 PM
oi si bodoh kaldai....
cerita nabi kena penjara ke tidak, cerita nabi dibunuh atau tidak
bukan t ...

apa ler yg difikirkan tue yer  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:27 PM | Show all posts

ni forum wahai si tolol
bukan whatsapp...
jangan jadi bebal sgt, haha...

solat pon tak jaga
maghrib pun lalai...
kaldai kamu ni

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:22 PM
oi si bodoh kaldai....
cerita nabi kena penjara ke tidak, cerita nabi dibunuh atau tidak
bukan t ...

mata besau yer  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:27 PM
ni forum wahai si tolol
bukan whatsapp...
jangan jadi bebal sgt, haha...

kamu bagi rezeki ke?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:27 PM
ni forum wahai si tolol
bukan whatsapp...
jangan jadi bebal sgt, haha...

Macam ni ke?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 30-4-2017 07:27 PM
ni forum wahai si tolol
bukan whatsapp...
jangan jadi bebal sgt, haha...

gi ler..... jgn gila yer  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 08:15 PM | Show all posts

bila dah kecut teloq si setan tak bisik
maka modai menjawab pon ta kreti dah
maka tersengih sengih atas bodo bangan sendri
kan nizam kaldai
lucukan, kikiki...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075534 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list