Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2017 12:00 PM
%5BIMG%5D%5B/IMG%5D
Honda Motor Co mengaku dua nahas, 16 April dan 1 Mei 2016, di Sabah dan Kedah akibat kecacatan beg udara Takata. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 3 Mei ― Seorang lelaki menyaman Honda dan Takata Corp susulan kerosakan beg udara yang menyebabkan kematian isterinya dalam nahas. Bedah siasat mendapati serpihan tajam beg udara Takata ditemui di tengkorak doktor Nida Fatin Mat Asis, 29, lapor Associated Press hari ini. Allahyarham memandu kereta jenis Honda City, yang menggunakan beg udara tersebut, ketika insiden pada 16 April tahun lalu di Sabah.
Tindakan undang-undang itu difailkan di sebuah mahkamah daerah di Michigan, Amerika Syarikat pada Isnin. Bapanya Mat Asis Mahnoon menjelaskan saman itu dibuat selepas Takata mengaku bersalah menipu pada Februari dengan menyembunyikan kecacatan beg udara itu.
Mei tahun lalu, Honda Motor Co mengesahkan dua nahas di negara ini, termasuk insiden di Sabah, akibat kecacatan peralatan keselamatan tersebut. Satu lagi kes melibatkan nahas di Kedah pada 1 Mei 2016, lapor Bloomberg. Sekurang-kurangnya 16 kematian di seluruh dunia sehingga kini. - See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.W6wmAdOl.dpuf
|