Sejak semalam, penuh berita di Facebook tentang kedatangan seorang pelakon yang berasal dari Jepun ke Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya, pelakon ini bukanlah merupakan sebarang pelakon, sebaliknya beliau merupakan seorang pelakon filem lucah yang terkenal di Jepun. Bintang yang bernama Maria Ozawa atau juga dikenali sebagai Miyabi ini dikatakan telah datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti. Turut bersama-sama dengan Maria kali ini adalah teman lelakinya, Jose Sarasola yang merupakan seorang chef dan juga pelakon di Filipina.
|