View: 3316|Reply: 26
|
[Tempatan]
perompak jadikan wanita tebusan!ada video!
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU 10 Mei - Seorang wanita dijadikan tebusan oleh seorang perompak selepas melakukan jenayah pecah rumah di sebuah taman perumahan di Jalan Kolam, Luyang, di sini malam ini.
Kejadian tragik itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika keluarga tersebut sedang berehat di rumah. Sumber berkata, ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek kemudian menghubungi polis.
Menurutnya, sebaik sahaja ketibaan pasukan polis, suspek yang terkejut dan panik bertindak mengambil wanita itu untuk dijadikan tebusan. "Wanita itu diacukan senjata tajam dipercayai pisau di bahagian leher," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Sementara itu, di lokasi kejadian, laluan di sekitar perumahan itu ditutup dan pihak polis sedang melakukan rundingan bagi membebaskan wanita tersebut. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-perompak-jadikan-wanita-tebusan-1.479763#ixzz4ggYc5tkX
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMPIR dua jam berlalu, insiden wanita dijadikan tebusan oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu sebelum membawanya ke tepi jalan masih tegang.
Sehingga 9.30 malam ini, anggota polis serta bomba berusaha memujuk lelaki terbabit yang mengacukan wanita itu dengan senjata tajam dipercayai pisau supaya melepaskannya.
Polis turut menutup sebahagian Jalan Damai-Luyang sejak 9 malam susulan kejadian pada 7.45 malam itu.
Terdahulu, maklumat awal diperoleh, kanak-kanak yang dijadikan tebusan namun sebenarnya wanita dewasa.
http://www.hmetro.com.my/utama/2 ... ih-di-leher-metrotv |
|
|
|
|
|
|
|
apa latest update on this news? |
|
|
|
|
|
|
|
KOTA KINABALU - Seorang penjenayah yang menjadikan seorang wanita sebagai tebusan dalam kejadian yang mendebarkan di Jalan Kolam, Luyang petang tadi berjaya diberkas oleh polis kira-kira pukul 9.42 malam ini.
Suspek yang bersenjatakan pisau itu bertindak mengheret mangsa berusia 24 tahun itu sejauh 1.5 kilometer dari rumah mangsa hingga ke Jalan Damai sambil mengacukan senjata itu ke leher mangsa.
Insiden berlaku selepas penjenayah dipercayai warga Filipina iterbabit terkejut dengan kehadiran polis ketika dia sedang memecah rumah mangsa pada pukul 7.45 malam ketika keluarga mangsa sedang berehat di rumah.
Kejadian itu turut menarik minat orang ramai yang berada di sepanjang jalan tersebut.
Sepanjang perjalanan itu, anggota polis mengekori suspek sambil memberikan nasihat supaya menyerah diri namun tidak diendahkan penjenayah itu.
“Suspek yang panik dengan kehadiran polis kemudian bertindak menjadikan mangsa sebagai tebusan. Mangsa telah diacukan senjata tajam dipercayai pisau pada bahagian leher,” kata sumber kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.
Jelasnya, drama tebusan itu bagaimanapun berakhir kira-kira dua jam kemudian apabila suspek yang dipercayai warga Filipina itu berjaya diberkas pada pukul 9.42 malam manakala mangsa berjaya diselamatkan.
Wanita itu yang tidak cedera namun keletihan kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini bagi mendapatkan rawatan. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 6.htm#ixzz4ggenrYUE
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
Pilak. Di mana2 ada pilak. |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pinoy mengganas..bg la muka lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Buatla darurat cm zmn komunis dlu..clearkn smua pendatang dri bumi sabah.
Mcm2 mslh..rmai benar pndtg |
|
|
|
|
|
|
|
Marian rivera dialu-alukan masuk msia |
|
|
|
|
|
|
|
Pilak mengganas di msia timur.indon bangla paki niger indu prc ...etc..di msia barat. |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 11-5-2017 05:07 AM
Pilak mengganas di msia timur.indon bangla paki niger indu prc ...etc..di msia barat.
Tp sulalu play victim.. pukul belakang lg |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah - menang sorak kampung tergadai |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah best bah tapi kekadang rasa melabcung di Philippine |
|
|
|
|
|
|
|
macamana nak clear. ntah-ntah lepas beberapa bulan duduk sini dapat ic.
baik dr zaman dulu-dulu hinggalah sekarang, tak habis2 projek ic.
tau dak, semalam ai bad mood hingga ke petang bila tau jiran yg kawin PAKISTAN TULEN tak tau satu patah perkataan kadazan, rupanya berbangsa kadazan.
me like.. what???
tu pun ai tau sebab jiran tunjukkan surat beranak anak dia yg baru lahir. Bangsa Bapa : KADAZAN (kadazan lah sangat. muka pakistan habis!!)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.... seramnyaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|