View: 1518|Reply: 5
|
Dendam Kesumat, Lelaki Sanggup Tetak Jari Anak Saudara
[Copy link]
|
|
Hanya kerana berdendam, seorang lelaki sanggup menetak jari anak saudara hingga putus.
Malay Mail Online memetik Utusan Borneo melaporkan lelaki yang pernah dihukum atas kes pecah rumah itu juga mencederakan jari kanak-kanak lapan tahun terbabit dalam kejadian tengah hari semalam (Rabu).
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 31 tahun menyerang mangsa di rumah menyebabkan jari kelengkengnya putus, manakala jari hantunya pula cedera.
Menyedari kejadian itu, abang sulung mangsa yang berusia 19 tahun cuba menghalang dan menyebabkan suspek melarikan diri.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh ibu bapanya yang bekerja tidak jauh dari rumah sewa mereka di Batu 10 Jalan Penrissen.
Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan, Ketua polis daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata siasatan awal mendapati serangan itu bermotifkan dendam.
Menurut Utusan Borneo, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis daerah Sri Aman, Sarawak, selain pernah didakwa melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara suspek sedang diburu polis. - CARI
Foto: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, dengan budak kecil pun sampai nak cederakan |
|
|
|
|
|
|
|
Budak kecik pompuan plak tu, pun nak jadikan lawan ke? Pemikiran macam duduk atas pokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Shilaker punya bapak sedara. Mabuk ke high ni sampai sanggup tetak jari budak tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|