CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 9

Lapangan Terbang Jerman Sediakan Bilik Doa Dalam 65 Jenis Bahasa

[Copy link]
Post time 12-5-2017 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Salah sebuah lapangan terbang di Jerman wajar diberi pujian kerana dilaporkan ianya mengambil inisiatif menyediakan bilik doa yang bertujuan untuk tenangkan perasaan risau di kalangan penumpang.


Menurut jurucakap lapangan terbang, Johannes Schumm, bilik kubikel merah yang dipasang di Terminal 3 Lapangan Terbang Stuttgard itu menyediakan 300 doa pelbagai agama dalam 65 bahasa yang berbeza.


Memetik laporan NYDaily News, penumpang boleh menggunakan skrin sentuh untuk memilih doa pilihan mereka dan tiada bayaran yang akan dikenakan.


Bilik yang direka oleh seorang pereka dari Berlin itu turut mempunyai kerusi berpusing di dalam dan ditutupi dengan tirai berwarna kelabu untuk tujuan privasi pengguna.


“Selalunya, penumpang akan mempunyai sedikit masa sebelum menaiki pesawat."


“Kawasan berdoa ini adalah tawaran oleh pihak lapangan terbang untuk menenangkan diri penumpang,” kata Schumm.


Selain agama monoteisme, agama politeisme dan kepercayaan animisme juga disediakan.- CARI

sumber : http://www.nydailynews.com/

sumber: http://www.nydailynews.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
untong la..sempat la lobai2 berdoa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 10:17 PM | Show all posts
hurm jgn jd bilik masturbate dah lah.. maaf kalau bilik berdoa sepatutnya style kafe hipster luas sedikit lapang baru otak tenang.. ni bilik saiz fitting room?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 07:23 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-5-2017 10:17 PM
hurm jgn jd bilik masturbate dah lah.. maaf kalau bilik berdoa sepatutnya style kafe hipster l ...

lain org lain caraada org suka lepak cafe
ada org suka buat solat sunat
ada org suka baca quran
konsep tu camtula utk memudahkan diorg berdoa
ikut kefahaman agama diorg
mungkin dlm tu dah siap doa tinggal baca je
xyah susah2 nk google
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok laa... Ada usaha memartabatkn agama. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada privacy kalau buat mcm nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2017 12:12 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 13-5-2017 07:23 AM
lain org lain caraada org suka lepak cafe
ada org suka buat solat sunat
ada org suka baca quran
...

akak traumatic tempat sempit .. akak lebih suka berdoa tepi tasik, pantai.. sbb bg akak kita tengok ciptaan allah kita sedar kebesarannya kita harapkan rahmat bantuannya..

setuju lain org lain caranya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak doa kat mana2 pun boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
iols dh byk kali naik flight sampai 12 jam pn pernah tp perasaan takut naik flight tk ilang2
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Frankfurt pun ada ruang khas utk semua penganut segala agama beribadat sementara tunggu flight. Ruang terbahagi kpd 2. Masuk aje, situ blh gantung coat dan buka kasut. Ada almari diletakkan pelbagai kitab agama dlm pelbagai bahasa, termasuk AlQuran. Ruang seterusnya ialah ruang utk beribadat. Akak solat bersebelahan dgn seorang penganut Buddha yg sedang "berzikir".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.193916 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list