SEORANG remaja lelaki yang kejam telah memukul ibunya di hadapan orang ramai kerana kecewa dibelikan sepasang cermin mata murah.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai cermin mata di Yongjia, Wenzhou.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, remaja lelaki itu dilihat sedang melihat telefon bimbitnya tatapi setelah ibunya memberi wang kepadanya, dia terus memukul wanita itu secara kasar.
Pekerja kedai cermin mata yang terkejut dengan tindakan remaja itu bergegas menghalangnya daripada terus memukul ibunya.
Video tersebut juga telah mendapat perhatian daripada orang ramai dan rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja tersebut.
Ada di antaranya yang berkata anak itu tidak bersyukur dengan apa yang diberi ibunya selain ada pengguna laman sosial berpendapat dia tidak berhati perut kerana sanggup memukul ibu di khalayak ramai.
A video of son beats his mother at an optical store goes viral in China. The rumor says he beats his mother because of the cheap glasses. However, his teacher said he was just upset by his mother interrupting the game.
kesian mak ko nak..
at least bersyukur la dengan ihsan dia
jaga ko, bagi makan pakai ko..ko dapat hidup lagi walau ko boleh kata, ko xmintak pun untuk hid nak..
betullah ada orang cakap,
sheol xnak anak sebab lihat sekelililang persekitaran sheol yg anak (budak2 muda) tak appreciatie parent kalo mak ayah tu dada duit