Gara-gara lancang memprovok Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Shah, seorang lelaki Cina bagaikan buku bertemu ruas apabila DYMM Raja Zarith mengajukan satu soalan yang berjaya 'menutup mulut' lelaki terbabit.
Baru-baru ini, Raja Zarith berkongsi semula status dimuat naik baginda pada tahun 2013 berhubung lawatan ke hospital kerajaan sempena Hari Bulan Sabit Merah.
Malangnya, seorang pengguna Facebook Lee Kee Shan mendakwa perkhidmatan di hospital kerajaan yang masih 'mundur' sehingga mencetuskan 'perang mulut' bersama Permasuri Johor berkenaan termasuk beberapa pengguna lain.
"Encik Lee Kee Shan, apa yang saya tulis adalah berhubung PENJAGAAN KESIHATAN negara - di Amerika jika anda tidak kaya dan tidak mempunyai insurans perubatan, anda tidak akan mampu mendapatkan rawatan perubatan, pembedahan dan ubat-ubatan sepertimana rakyat Malaysia dapat.
"Dan saya tahu apa yang saya tulis kerana saya mendapatkan dana bagi peralatan perubatan, katil hospital, dan lain-lain untuk HSA (Hospital Sultanah Aminah) dan HSI (Hospital Sultan Ismail)," bidas Raja Zarith.
Lee Kee Shan bagaimanapun membalas untuk tidak mengagungkan perkara baik semata-mata, sebaliknya kerajaan seharusnya menitikberatkan segala kekurangan.
Perang itu berterusan sehinggalah Lee Kee Shan berkata dia sebenarnya tidak peduli dengan Amerika, sebaliknya dia sayangkan negara kelahirannya.
Di sinilah Raja Zarith membidas kenyataan lelaki itu dengan mengajukan soalan 'pedas' sehingga membuatkan dia terus 'tutup mulut'.
"Jadi, apa yang KAMU lakukan untuk negara kelahiran kamu? Kenapa kamu tinggal di New Zealand?" soalnya.
Menerusi ruang komen, dapat dilihat ramai netizen menyebelahi Raja Zarith, dalam masa sama menyatakan rasa bangga dan terima kasih atas perkhidmatan kesihatan negara.
"Walaupun saya tak pernah mengalami sakit kronik, saya pernah menghidapi penyakit seperti kayap dan demam denggi, selain terbabit kemalangan jalan raya.
"Mungkin, tanpa hospital awam saya masih terbaring di tepi jalan lagi," antara komen netizen.
Foto: FB DYMM Zarith Sofiah Idris
Betullah tu apa yang cuba disampaikan DYMM Permaisuri Johor. Kalau betul sayang Malaysia, kenapa menetap di luar negara? Tak begitu? Apapun, mungkin lelaki terbabit memiliki niat yang betul, namun ada sedikit yang kurang betul dari cara penyampaiannya. - CARI
Adakah ni rentetan kes Miss USA 2017 semalam masa final question Miss District Of Columbia dia jawab healthcare is a privilege not a right.
Terus kena bash dgn netizen...