Minggu lalu, penduduk Pulau Seram kecoh dengan kemunculan satu bangkai makhluk raksaksa yang kelihatan terdampar di sebuah pantai di Indonesia.
Akibatnya masyarakat tempatan mula melontarkan pelbagai persoalan apabila beberapa keping gambar bangkai berkenaan menjadi tular di media sosial.
Antaranya apa sebenarnya jenis bangkai itu? Bagaimana ianya boleh sampai di pantai Indonesia?
Memetik laporan Jakarta Globe, biarpun nelayan tempatan mengesahkan bangkai reput itu berukuran 50 kaki panjang itu kelihatan seperti seekor sotong gergasi, namun bagi Ketua Sainstis di Ocean Conservancy, George Leonard, dia ada jawapan yang lain.
Jelasnya, jika berdasarkan bahagian tulang yang menonjol yang digunakan untuk menapis makanan oleh haiwan itu, makhluk berkenaan besar kemungkinan adalah bangkai ikan paus baleen.
Dilaporkan dalam portal Huffington Pos, Pulau Seram adalah pulau terbesar dalam kepulauan Maluku, berikutan ia terletak berhampiran dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, maka bukan mengasing lagi buat penduduk setempat melihat ikan paus di kawasan itu.- CARI