CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14018|Reply: 135

[Tempatan] Trend warga emas bercerai utk kahwin kekasih lama semakin menjadi jadi

[Copy link]
Post time 17-5-2017 07:07 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Kadar perceraian pada usia senja di negeri ini semakin meningkat dan membimbangkan, dengan kebanyakannya berpunca daripada pertemuan semula dengan rakan lama, selain kecurangan pasangan. Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh, berkata trend perceraian dalam kalangan warga emas semakin meningkat sejak lima tahun lalu, dengan kebanyakannya berusia antara 60 hingga 70 tahun. "Kebanyakan mereka datang menjalani sesi kaunseling di pejabat JHEAT sebelum memilih perceraian sebagai kata putus. "Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal. "Jika dahulu memang jarang yang bercerai pada usia senja, tetapi kini masalah itu semakin meningkat. Kebanyakan mereka mendakwa sudah lama mahu bercerai tetapi tidak berbuat demikian kerana komitmen anak dan mengambil keputusan bercerai selepas semua anak sudah bekerja dan berkahwin," katanya selepas Program Derma Darah JHEAT di sini, semalam.

Katanya, sebanyak 2,245 kes perceraian direkodkan sepanjang tahun lalu dengan kebanyakannya berpunca daripada masalah kisah silam iaitu apabila seorang daripada pasangan hadir ke perjumpaan semula (reunion) dan bertemu kekasih lama, selain penyebaran maklumat kecurangan pasangan melalui aplikasi WhatsApp. "Kira-kira 200 kes perceraian dilaporkan setiap bulan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab. "Tetapi, trend terbaharu juga merekodkan jumlah tinggi kalangan pasangan yang bercerai kerana mahu berkahwin dengan kekasih lama selepas perjumpaan menerusi program pertemuan semula yang mereka ikuti," katanya. Mohd Ariffin berkata, pasangan seharusnya tidak terburu-buru mengambil keputusan bercerai selepas melihat kecurangan pasangan melalui laman sosial atau aplikasi WhatsApp, sebaliknya perlu menyiasat secara terperinci dan hadir ke sesi kaunseling sebagai langkah perdamaian dan mengelak perceraian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 07:36 AM | Show all posts
bukan warga emas jek
org memuda pon sama
nak masuk senja pon sama
alasan xbhgia
padahal bini/laki dh byk berkorban
cinta till jannah sangadd,...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 07:50 AM | Show all posts
Reunion, sesi mengenang keindahan percintaan zaman remaja.
Bercerai dengan pasangan yang dah berpuluh tahun membina keluarga, susah senang bersama, setia berkorban...semua tolak tepi demi cinta agung kononnya.
Berkahwin dengan kekasih lama...
Lepas tu? Back to square one.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 07:56 AM | Show all posts
Nak buat lagu mana.......jodoh ditangan Tuhe.........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:05 AM | Show all posts
bila mula ada socmed disusuli dgn reunion maka berjumpa semula la dgn kekasih lama. dh senja2 pikir amal ibadah je la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm xpndai kontrol diri dgn socmed. Perasaan mula2 biasa je. Tp ada melayan dan dilayan semua ble jd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 17-5-2017 07:56 AM
Nak buat lagu mana.......jodoh ditangan Tuhe.........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.  ...

Saloh tu abe maideen.

Nok buak lagu mano. Jodoh di tange tuhe.  


Takee beerrr!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 08:30 AM | Show all posts
mmg diakui kata2 ni..kerana komitmen anak2. bila diorg dh dpt bdikari, msg2 bwk haluan sdiri.

"Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal. "
sedih tgk statistik

"Kira-kira 200 kes perceraian dilaporkan setiap bulan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Reunion hanya patut dibuat di Pulau Reunion saja. Ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. Ingat dpt bersama berteman bila anak2 dah berkeluarga.. Di tinggal sendiri.. Kita pun x tahu nasib kita dihari tua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:51 AM | Show all posts
finesse replied at 17-5-2017 08:27 AM
Saloh tu abe maideen.

Nok buak lagu mano. Jodoh di tange tuhe.  

Hehehehe.......

Kalau nak nampak suci lagi mereka  boleh menggunakan ungkapan orang beriman yang menyalahkan Tuhe ia itu : La hawla Wala Kuwata Illah Billah".. yang bermaksud, actually I tak ada kuasa tawww, ini summmmmmua kehendak Allah jugak!

I mean why admit a flame was rekindled and you don't want to suppress the urge to screw your ex again when you can blame God isn't it?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 08:56 AM | Show all posts
Jika dahulu memang jarang yang bercerai pada usia senja, tetapi kini masalah itu semakin meningkat


mcm dah jd satu fenomena sekrg ni
klu dulu yg muda2 jer galak bercerai tp sekrg yg veteren pun xnk kalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal reunion la hati chenta bertaut kembali ye atok n nenek? Patut usia2 bonus ni la bykkan beribadat g masjid2 n mengaji. Ni tak, lebihkan terung kecut n apam basi. Kawin 2 3 bulan pastu padam
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:17 AM | Show all posts
aku dh lama perati reunion tk aada yg mengerat silatruahhimmnya..mengerat lutut adalah
jujurin aku tk pernah pegi reunion..ya2 konon mcm nk pi..tidak hingin aku nk jumpa sekor2 muka dh mcm asam keping badan mcm patrick..utk apa semua tu.

ada haritu kt pizzahut..ya Allah aku igtkan remaja dok ramai2..gelak mengekek2 laki pompuan bemesera..rupyanya smua mak2 ngan bapak org re-union dlm tu..smpi ke sudah diorg buat bising dlm tu sembang kuat2..troback citer lama..malu la weh..buatlah perangai selayaknya.

balik pada topik asal..byk aspek kena kaji dlm isu ni..jgn suka2 mnyalah keadaan..w/pun aku sdiri end up bercerai..tapi bukan suka2 nak tunggu certain masa hanya sebab yg tidak seberapa dendnam smpi tua nk bercerai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kd kt parents member i...dah bercucu dah..cucu dah besor..1 day panggil anak2 balik kg, rupanya nak ckp hal nak bercerai, sbb apaknya tergilakan janda hot katanya...hamik la..kene kikis ngan jan tu....hengat janda muda hadap sgt muka kertu kalo tak kerana money....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak koser ah nak pegi reunion2 ni..hidup berdasarkn masa sekaramg n hadapan.bukan masa lepas.let bygones b bygones.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:26 AM | Show all posts
tgok grup wassap org2 tua yg atas 50 taun ni...amboi amboi...amboi....bukan main galak lagi xkira jantan ke betina...masing2 dh pangkat atuk nenek, ayat skema tapi puitisss.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:32 AM | Show all posts
Dasar manusia tak reti nak move on. Masing2 dah ada life tapi sibuk nak mengenangkan kisah lalu like get a grip, people.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:38 AM | Show all posts
umbut replied at 17-5-2017 08:49 AM
Kesian.. Ingat dpt bersama berteman bila anak2 dah berkeluarga.. Di tinggal sendiri.. Kita pun x tah ...

Pilihan sendiri sebenarnya. Pilihan nak layan reunion, pilihan nak layan wasap mengarut sampai pagi. Pilihan nak huhahuha dgn kwn sekolah kononnya..
Semua tu tak de sesiapa yg paksa. Kami berdua mmg tak layan semua benda ni banyak lagi hal nak diuruskan. Mmg semua ank tak tggl dgn kami, busy plak dgn benda lain. Last week group sekolah en suami, umur masing2 55 ke atas.. Pergi share gambar lucah, memalukan sgt2.. Last2 left group. Dah tua2 dah, kubur dah melambai2  nauzubillah perangai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.086478 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list