CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18180|Reply: 51

Kajian DNA Ke Atas Orang Melayu: Benarkah Melayu Ialah Pendatang?

[Copy link]
Post time 17-5-2017 11:09 AM | Show all posts |Read mode




Tidak syak lagi bahawasanya melayu adalah sebuah bangsa yang tergolong dalam kelompok manusia moden iaitu Homo sapiens sapiens. Manusia adalah antara organisma yang tidak mengalami evolusi secara drastik. Kita bukanlah tercipta melalui evolusi dari haiwan yang tiada akal kepada manusia yang berakal. Kajian menunjukkan bahawa set kromosom manusia iaitu 23 pasang Set Kromosom tidak berubah sejak dahulu sampailah sekarang, di mana kepelbagaian manusia hari ini adalah disebabkan perubahan minor dalam set allele yang disebabkan oleh pemilihan semulajadi (Natural Selection), mengikut tempat dan cuaca.

Maksudnya, jika manusia yang mendiami kawasan yang sejuk dan tinggi, warna kulitnya akan menjadi cerah dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendaki gunung (Contoh: Sherpa di Nepal dan Malim Gunung di Gunung Kinabalu) dan jika manusia tersebut mendiami kawasan yang panas dan dikelilingi laut, warna kulitnya akan menjadi gelap sedikit dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam berlayar di laut lepas. Oleh sebab itu, kawasan geografi manusia hari ini adalah hasil dari penghijrahan manusia dari suatu tempat ke seluruh muka bumi Allah ini sebagai khalifah, dan ia telah ditetapkan bahawasanya manusia itu diciptakan bersuku-suku walaupun bapa dan ibu manusia itu bermula dari satu jurai keturunan, iaitu keturunan Adam dan Hawa.

Kajian DNA yang dikenali sebagai ‘Single Nucleotide Polymorphism’ (SNP) atau Polimorfisme Nukleotida Tunggal adalah kajian lanjut yang dijalankan untuk mengkaji pewarisan kita dari juraian ibu (menggunakan kajian DNA Mitokondria) dan dari juraian bapa (menggunakan kajian DNA Kromosom Y). SNP ialah teknik yang digunakan oleh ahli-ahli forensik untuk mengesan ‘DNA Fingerprint’ untuk mengesan jalur keturunan kita dari sebelah ibu atau sebelah bapa. Walaubagaimanapun, kajian DNA tunggal tersebut juga boleh digunakan untuk mengkaji umur DNA sesuatu bangsa itu secara in-situ. Ini bermaksud, kajian ini boleh mengesan umur sesuatu bangsa itu dan keberadaannya di kawasan tersebut, bersandarkan kepada umur relatif sesuatu DNA dengan teori kemenjadian DNA iaitu 5 juta tahun dahulu.

Genetik Mitokondria Hawa

Genetik Mitokondria Hawa (Mitochondria Eve) ialah set genetik mitokondria yang hanya dibawa oleh genetik ibu sahaja. Ia ditemui oleh Cann, Stoneking dan Wilson yang menerbitkan artikel berkenaan Mitochondria Eve di dalam Majalah Nature pada tahun 1987. DNA Mitokondria yangditemui dalam manusia moden berusia lebih kurang 200,000 tahun lalu, berdasarkan kepada indikasi manusia pertama yang diciptakan berusia 5 juta tahun dahulu.

Justeru, daripada bukti DNA mitokondria ini, dapat disimpulkan bahawa bangsa manusia moden hari ini (Homo sapiens sapiens) bermula di Afrika Timur, seawal 200,000 tahun dahulu, dan genetik anak melayu juga dari juraian yang sama. Setelah mereka keluar dari Afrika, mereka telah sampai di Tanah Melayu seawal 74,000 tahun dahulu, menyeberangi Laut Merah, berjalan ke Selatan Semenanjung Arab, terus ke Pantai Barat India, bergerak melalui laluan pantai yang lebih landai dan panas (berbanding laluan gunung yang membeku di zaman dahulu), terus ke Indochina kira-kira 74,000 tahun dahulu sebelum berlakunya bencana alam maha dahsyat iaitu Letusan Gunung Berapi Toba yang mengorbankan lebih 70% daripada penghuni bumi ketika itu.

Manusia yang terselamat daripada bencana ini ialah mereka yang sempat berlindung di dalam gua luas di tanah tinggi iaitu di Gua Niah, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar dan pelbagai kawasan tanah tinggi yang melahirkan progeni bangsa-bangsa asal di Asia Tenggara ini yang dipercayai berasal dari empat bangsa purba di Asia Tenggara. Oleh itu, melalui dapatan Kajian DNA Mitokondria (MtDNA), melayu ialah antara bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia ini, seawal 60,000 tahun dahulu, dan antara pecahan genetik tertua dari Afrika, sebelum berevolusi di kawasan yang lebih sejuk iaitu ke arah Utara dan Timur. Melalui dapatan kajian Yao et al pada 2002 yang bertajuk Phylogeographic differentiation of mitochondrial DNA in Han Chinese, Migrasi bangsa China ialah pergerakan dari Selatan, bermula dari Asia Tenggara ke Negara China.

Ini bermaksud, genetik melayu lebih tua dari China dan Theory Out of Yunnan dan Theory Out of Taiwan ditolak sama sekali. Lebih kurang 74,000 tahun dahulu, nenek moyang melayu telah berkampung di Kawasan Pedalaman Asia Tenggara, menjadi induk utama kepada bangsa Daic di Utara Vietnam dan Indo-China hari ini, dan menurunkan generasi Melayu, Mon, Khmer dan Pyu. Kawasan di Pedalaman Asia Tenggara telah menjadi kawasan takungan genetik Melayu dan Mon sejak zaman berzaman, dan bergerak ke Benua Sunda sejak 60,000 tahun dahulu. Penulis bukan menukilkan berkenaan kaum Semang semata-mata, bahkan bersama-sama Semang ialah nenek moyang orang melayu. MtDNA melayu yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji genom di USM Kubang Kerian adalah menghampiri usia Semang iaitu dalam lingkungan 59,000 tahun dahulu.

Kajian ini membuktikan orang melayu adalah “pendatang” ke tanah ini, iaitu antara pendatang pertama yang menjadikan kawasan ini sebagai tanah air mereka. Mereka juga bernasabkan kepada keturunan yang keluar dari Afrika, walaupun didapati melayu tidak mempunyai genetik Afrika (allele jenis E), tetapi orang melayu kaya dengan genetik yang bermutasi kitaran pertama dari genetik ini (allele M, N dan R), serta penanda genetik (genetic marker) orang melayu ada banyak persamaan dengan penduduk di Kepulauan Melayu, Micronesia dan Polinesia.Kajian juga mendapati pergerakan penutur Austronesia di Kawasan Kepulauan Melayu berdasarkan DNA ialah dari Pedalaman Asia Tenggara, ke Semenanjung dan ke Seluruh Kepulauan, sebelum bertemu dan bersemenda dengan penduduk yang datang dari Taiwan di Papua dan Filipina.

Kromosomal-Y Adam

Kromosom-Y ialah set kromosom seks yang hanya terdapat pada lelaki. Melalui kajian yang dijalankan, Kromosom-Y hanya boleh diwarisi oleh anak lelaki sahaja, membolehkan kajian terperinci berkenaan dengan pewarisan dari sebelah bapa atau paternal. Kajian genetik SNP secara paternal ini dikenali sebagai Y-chromosomal most recent common ancestor (Y-MRCA) yang mana kajian terperinci yang dijalankan mendapati umur Kromosom-Y Adam yang dikaji ialah dalam lingkungan 200,000 tahun juga. Ini menjadikan teori manusia ini datang dari satu ibu dan satu bapa menjadi lebih tinggi kesahannya.


Info Gambar: Allele melayu dikelaskan bersama semua yang berada berhampiran Semenanjung, Sumatera, Jawa, Borneo dan Papua iaitu allele K2b Sumber gambar: http://forwhattheywereweare.blog ... logroup-k-m526.html

Banyak kajian genetik yang dilakukan dengan pelbagai keputusan yang agak memberangsangkan bagi mengesan Y-Kromosom dalam orang melayu dan seluruh kepulauan. Dalam banyak-banyak allele yang dikaji, dapatan allele Non-Africa yang sampai ke Kepulauan Melayu ialah allele K-M yang dijangka tiba ke Alam Melayu sejak 10,000 tahun dahulu. Kajian oleh Tatiana M. Karafet (2015) mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan melayu, sebelum tersebar ke seluruh arah.


Info gambar: Pergerakan Haplogroup M iaitu 10,000 tahun dahulu.
Sumber gambar: https://www.familytreedna.com/learn/ftdna/our-three-basic-tests/

Daripada dapatan kajian tersebut, jelaslah bahawa ibu orang melayu telah berada di Kepulauan melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan bapa orang melayu pula 40,000 tahun dahulu (melalui Haplogroup K) dan berkemungkinan sampai pada masa yang sama, tetapi mengalami mutasi yang berbeza. Keadaan ini kerana MtDNA dari ibu lebih stabil dan sukar bermutasi kerana ia terletak di luar nukleus, tetapi Y-kromosom berada di dalam nukleus sesuatu sel. Menerusi dapatan kajian tersebut juga, didapati orang-orang yang berada di Timur dan Timur-Laut Kepulauan melayu adalah cucu-cicit nenek moyang kita yang bermigrasi ke sana, bukan migrasi dari sana ke mari.


Info gambar: Pergerakan Out of Sundaland yang lebih menepati kajian Tatiana M. Karafet (2015) Sumber gambar: http://forwhattheywereweare.blog ... logroup-k-m526.html

Walaubagaimanapun, teori Slow Boat ataupun Out of Taiwan juga berkemungkinan besar berlaku pada 3,000 tahun dahulu. Dan pertembungan ini mewujudkan keturunan-keturunan kita yang bertutur dalam bahasa melayu atau bahasa austronesia ini.

Info Rajah: Teori Migrasi Melayu dari Pedalaman Asia Tenggara dan pertemuan dengan genetik Formosan di Filipina dan Papua. Sumber: Tatum et al (2011)

Kesimpulannya, dari dapatan Kajian Genetik ini, dapatlah dinyatakan bahawa melayu juga adalah “pendatang”, iaitu antara gelombang pertama yang keluar dari Afrika dan ditakdirkan menjadi khalifah di kawasan kepulauan melayu ini. Namun perlu diketahui, oleh kerana jarak masa yang terlalu panjang, Kepulauan Melayu ini menjadi tanah air (homeland) orang melayu sejak berpuluh ribu tahun dahulu dan menjadi bangsa induk kepada bangsa lain yang berada ke arah Timur, sehingga ke Hawaii dan Rapa Nui, serta ke arah utara iaitu ke arah China, Jepun dan Korea. Mereka yang pertama membina ketamadunan dan negara bangsa mereka terlebih dahulu sebelum migrasi yang berlaku ketika zaman moden dek penjajah British. Adalah berdasarkan kajian ini, orang Melayu sudah layak mendapat gelaran bumiputera dan pribumi di Kepulauan Melayu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Org inderapura asal dari mana? kenapa melaka menawan inderapura?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 12:37 PM | Show all posts
hmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 05:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 12:46 AM | Show all posts
orangAlien replied at 17-5-2017 05:41 PM
klik sini untuk melihat video asal usul Melayu

Terima kasih bg link video ni

sati sesi kuliah sejarah Melayu yg bagitu mendalami dan menyuluruh,

bermula dr zaman prasejarah hingga zaman moden,

'joomlah ' mula berhijrah dari Afrika timur, the Great Rift,

merangkumi mtDNA, Linguistik dan budaya,

memang Out Of Afrika,

Out of Yunnan, (mungkin atas lagi tanah besar China) ,
Out of Taiwan (sebahagian tanah besar China sebelum gempa bumi) ,

betul juga,
cuma semua ni take place pada zaman zaman yg berlainan





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 05:09 AM | Show all posts
Bodoh. Bangsa melayu terbentuk dari gabungan puak austronesia di semenanjung dengan puak berbahasa sanskrit yang berhijrah dari rantau mediterranean sekitar 3000 tahun dahulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2017 07:13 PM | Show all posts
trakea replied at 18-5-2017 05:09 AM
Bodoh. Bangsa melayu terbentuk dari gabungan puak austronesia di semenanjung dengan puak berbahasa s ...

mixbred dgn puak tamil kah Sanskrit?

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:33 AM | Show all posts
sejahtera replied at 18-5-2017 07:13 PM
mixbred dgn puak tamil kah Sanskrit?

Apake nyanyok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 04:43 AM | Show all posts
Puak berbahasa sanskrit berhijrah secara berperingkat dari tempat asal mereka di rantau mediterranean hingga semenanjung menerusi jalan darat hingga india dan kemudian ada kemungkinan besar mereka merentas laut dengan kapal puak austronesia semenanjung yang disewa khas
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 17-5-2017 03:59 AM
Org inderapura asal dari mana? kenapa melaka menawan inderapura?

https://id.m.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Inderapura

kerajaan inderapura wujud sebelum melaka ada. kena serang pasal melaka tahu potensi inderapura smpai mana. .selepas melaka jatuh. inderapura naik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 17-5-2017 03:59 AM
Org inderapura asal dari mana? kenapa melaka menawan inderapura?

orang melayu dah duduk kat tanah melayu ni lama dah. sebelum parameswara smpai. cuma masa tu. orang melayu ni berpuak puak takde kerajaan. ranking tertinggi penghulu kampung.cuma dulu. oramg melayu agama.dia bukan islam.ada yang hindu.ada yang buddha. ada yang sembah matahari.

Bila Parameswara tubuh melaka. dan memeluk Islam. time tu Islam di sebelah Arab tgh naik. tgh.maju. cuma mereka tak ada "branch" kat tanah melayu. jadi bila melaka jadi negara Islam. automatik dapat download semua tech dari negara arab.

Negara Siam dan Majaphit tak suka orang melayu jadi Islam. pasal dalam islam konsep mkenyembah tuhan yang satu.
bila sembah tuhan yang satu .semua umat melayu tu adalah SAMA...
bila sekumpulan bangsa menyembah bende yang SAMA mereka ini dikira SATU KUMPULAN. bila satu KUMPULAN mereka akan jadi KUAT. bila dah jadi KUAT majapahit dan siam tak dapat nak menganjing atau menjadikan umat melayu sebagai hamba mereka.

tgk apa jadi Kat Melayu Patani. sebenarya sebagai negara melayu ada dua musuh. satu musuh tradisi bangsa(sebelum dtg islam),satu lagi musuh Islam(yahudi dan nasara)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 17-5-2017 09:09 PM
Bodoh. Bangsa melayu terbentuk dari gabungan puak austronesia di semenanjung dengan puak berbahasa s ...

itu sebilangan. ada sebilangan lagi dah ada kat tanah melayu. ada sebilangan jadi hamba abdi Siam. jadi hamba kerajaan Hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:00 PM | Show all posts
gigahertz replied at 20-5-2017 03:20 PM
itu sebilangan. ada sebilangan lagi dah ada kat tanah melayu. ada sebilangan jadi hamba abdi Siam. ...

3000 tahun dulu mana ada siam, hindu di rantau ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:01 PM | Show all posts
gigahertz replied at 20-5-2017 03:02 PM
https://id.m.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Inderapura

kerajaan inderapura wujud sebelum melaka ad ...

Nukilan indon babu nak dijadikan bahan rujukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trakea at 20-5-2017 04:41 PM
gigahertz replied at 20-5-2017 03:19 PM
orang melayu dah duduk kat tanah melayu ni lama dah. sebelum parameswara smpai. cuma masa tu. oran ...


Bila masa pulak melaka jadi hamba majapahit bapok ? Siam pun berani peras ufti sebelum melaka kuat saja. Bila melaka dah kuat siam terus kecut. Siap benarkan pulak tentera Melaka rentas negara mereka untuk ganyang tentera Dai Viet di Laos. Kalo bukan kerana melaka habis siam pun dah dijajah Dai Viet.

Masuk Islam automatik dapat teknologi arab ? Wakakaka. Kalo benar pun...teknologi apa sangat arab ada. Melaka yang kecik dah cipta barang ultra canggih macam cermin mata berbingkai serta trigger & trigger guard yang diguna senjata api hingga ke hari ini. Mekanisme berspring untuk melepaskan sumbu dengan amat pantas ke arah peledak peluru pula dicipta secara  berasingan oleh Bohemia dan Melaka .

Sebelum empayar melaka, dah ada empayar melayu yang lagi hebat la. Zabag naungan Kedah bermula dari kurun ke7 setelah mereka hijack empayar sriwijaya di sumatera dan gunakan nama mangsa mereka selama lebih 200 tahun sebelum menukar nama kepada Zabag.Banyak bahagian timur afrika, asia tenggara, ceylon serta india mereka takluk;termasuk empayar chola serta wilayah siam seperti Sien Mai. Setakat Australia yang didiami kaum primitif yang tak pandai perang ....tak payah ceritalah. Setelah runtuh dengan sendiri pada pertengahan abad ke13, kedah tukar nama empayarnya dari Zabag kepada Jawa. Empayar Jawa Kedah ini la yang dimaksudkan dalam dokumen kerajaan china sebagai penakluk palembang, menghalau sulu dari brunei, memintas rombongan china yang dalam perjalanan untuk upacara pertabalan anak Adityavarman di Sumatera serta mengusir tentera siam yang mengepung singapura. Odoric dari Perdenone pula mengisahkan kemenangan Jawa ini setiap kali bertempurdengan angkatan Mongol
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 20-5-2017 03:19 PM
orang melayu dah duduk kat tanah melayu ni lama dah. sebelum parameswara smpai. cuma masa tu. oran ...

Baru aku faham. Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 20-5-2017 08:39 AM
Bila masa pulak melaka jadi hamba majapahit bapok ? Siam pun berani peras ufti sebelum melaka ku ...

aku kata bangsa melayu la. akku tak kata melaka. sebelum ada melaka mmg orang melayu dibuli dek hindu. siam. sebelum melaka wujud kerajaan melayu dah ada tapi macam aku cakap. berpuak puak.

Kalau tidak kerana British dapat tanah melayu dah lama Kelantan terengganu Perlis Kedah jatuh kat tangan musuh tradisi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 05:01 AM | Show all posts
gigahertz replied at 20-5-2017 09:19 PM
aku kata bangsa melayu la. akku tak kata melaka. sebelum ada melaka mmg orang melayu dibuli dek hi ...

Hindu lembik mana yang pernah buli melayu? Siam pengecut pulak cuma harapkan jurang bilangan penduduk yang amat besar saja antara mereka dengan setiap negara melayu. Itu pun kadang kadang masih gak dibuli oleh melayu macam Pattani dan Kedah serta penjarah upahan melayu yang mereka gelar lanun.Kita bicara tentang bangsa pelacur bapok yang lembik pengecut hingga kerap dibuli jiran yang kecil sedikit iaitu Burma
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 03:42 PM | Show all posts
Tumpang lalu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Topik ni selalu di bincang dlm thread ni. Boleh semak benang2 lepas. Ya nama Melaka dlu bkn lah mcm yg kita tau skrg. Even istilah hindu dan buddha pun nama yg siapa gelarkan?? Sankrit jua bukan lah hak milik diguna org hindu shj.. Lebih jauh lg sejarah bahasa ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.222138 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list