Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, termasuk seorang pegawai polis selepas beberapa lelaki bersenjata memakai jaket bunuh diri menyerbu sebuah televisyen dan stesen radio nasional di bandar Jalalabad.
CNN melaporkan, penyerang yang bersenjatakan raifal AK-47, memasuki Radio Televisyen Afghanistan (RTA) lewat petang kelmarin sebelum ditembak mati dalam pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan.
Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Wartawan saluran berita Al Jazeera, John Hendren yang melaporkan dari Kabul, mentafsir kejadian itu sebagai ‘serangan klasik ala ISIL’.
“Tiga penyerang terbunuh begitu juga dengan dua lagi mangsa dan seorang anggota polis,” kata Hendren memetik laporan pegawai polis.
Sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk wartawan turut cedera dalam serangan itu yang berlaku di berhampiran dengan pejabat gabenor wilayah dan kawasan yang sibuk.
Dalam pada itu, Kumpulan Militan Daish turut mengaku bertanggungjawab dengan serangan tersebut.- CARI