CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 16

Tidak Cemerlang Di Sekolah, Bapa Hukum Anak Berjalan Guna Lutut

[Copy link]
Post time 18-5-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Hanya disebabkan keputusan peperiksaan kurang memuaskan, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di Hong Kong dihukum oleh bapanya melintas jalan raya dengan cara melutut, keadaan itu dirakam oleh orang ramai yang berada di kawasan itu dan membuat laporan polis.


Kemudian bapa kepada budak itu dijatuhi hukuman pemulihan akhlak selama satu tahun setelah mengakui melakukan kesalahan mendera anaknya di mahkamah.


Memetik laporan Hong Kong MingPao, tertuduh yang berusia 40 tahun mempunyai tiga orang anak, iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki, menghukum anak yang berusia 8 tahun dengan cara melutut untuk melintas jalan raya.


Laporan pemulihan yang diperolehi hakim daripada pegawai pemulihan jelas menunjukkan, tertuduh seorang bapa yang bertanggungjawab dan perkara yang berlaku ini adalah perkara terpencil, justeru menjatuhkan hukuman 12 bulan bagi menjalani pemulihan akhlak.


Laporan menunjukkan, ketika pihak defense memohon ampun buat tertuduh, memaklumkan tertuduh telah dengan inisiatif sendiri mengambil kursus pendidikan kanak-kanak, termasuk rela menerima kaunseling.


Pengawai pemulihan juga setuju anaknya yang berumur 8 tahun itu agak sukar untuk diberi tunjuk ajar, akibatnya memberi tekanan ke atas tertuduh, perkara tersebut terjadi kerana salah guna cara penyelesaian.


Memetik laporan portal on.cc, kes ini berlaku pada 23 Januari tahun ini, tertuduh mengetahui daripada guru tuition berhubung keputusan anaknya kelakuan teruk dan degil.


Akibat perasaan geram, barulah dia bertindak menghukum anaknya di jalan raya, dengan tolaknya di atas lantai dan mengarahnya menarik telinga denga dua belah tangan sambil melintas jalan raya, ujar suspek itu.- CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 11:43 AM | Show all posts
gilerr..
ank tu x cerdik sbb mewarisi DNA otak dia yg biul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:46 AM | Show all posts
betul tu      
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:47 AM | Show all posts
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Seeloknya bapa sebegini wujud di Malaysia.
Sebab kelazimannya, anak bodoh cikgu yg denda, pastu mak bapak meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersedialah kau dihantar ke rumah orang tua nanti ya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg bodoh, nak salahkan anak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 12:19 PM | Show all posts
tiap mak bapak nakkan yang terbaik untuk anak-anak..
kat sini pun sama gak..
dia pun takde la pandai mana..
tapi harap anak skor A manjang..
baru boleh update kat facebook
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 12:54 PM | Show all posts
hishhhhhh teruk
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 01:34 PM | Show all posts
leluhur jinjang dekk....lumrah lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 02:26 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 18-5-2017 11:47 AM
Seeloknya bapa sebegini wujud di Malaysia.
Sebab kelazimannya, anak bodoh cikgu yg denda, pastu ma ...

ai pun rasa mcm tu
walaupun kekerasan itu mmg melampau
kurang2 dia denda anak dia
tanpa menyalahkan org lain
cuba baca balik pasal ibu yg bela anak kurang upaya tu
yang skrg dah abis study kat havard
kalau mak dia x push dia dari kecil
x usaha nak buat betul2
ai x rasa anak dia boleh jadik mcm tu
mgkn kekarasan tu x patut
tapi adakala jadik penawar yg mujarab
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:01 PM | Show all posts
cha-cha replied at 18-5-2017 11:52 AM
Bersedialah kau dihantar ke rumah orang tua nanti ya!

komen ko...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:29 PM | Show all posts
sesungguhnya memang gila hukum anak cara gitu...
dia tak sedar sebab makayah tu lah yg jadi penyebab kegagalan tu ....
baru umur 8 tahun lain lah 28 tahun .........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:58 PM | Show all posts
hasmania replied at 18-5-2017 04:29 PM
sesungguhnya memang gila hukum anak cara gitu...
dia tak sedar sebab makayah tu lah yg jadi penyeba ...

kalo 28 tahun lain plak ceta nya anak belasah bapa pasal tk puas hati layanan bapa nya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 05:22 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 18-5-2017 11:47 AM
Seeloknya bapa sebegini wujud di Malaysia.
Sebab kelazimannya, anak bodoh cikgu yg denda, pastu ma ...

khennn, spatotnya ibu bapa kena tegas bab kelakuan dan pelajaran anak2....

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm..takde cara lainke nk ajar ank?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 03:39 AM | Show all posts
antara contoh contoh bapa yang tidak cemerlang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.149852 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list