View: 42292|Reply: 274
|
Nur Fazura – Pelakon Kelas A!
[Copy link]
|
|
X-POSE: Pandanglah dengan mata hati
Selepas bintang terkenal Erra Fazira, siapakah anda rasa pelakon wanita yang boleh dimahkotakan sebagai Primadona Perfileman Malaysia? Seorang wanita itu memiliki kelas setanding Ratu Malaysia, cantik, bentuk tubuh sempurna, sensual, berbakat dan dikagumi .
Mungkin ada pesaing yang terdekat tapi personality pilihan X-Pose ini adalah yang paling layak. Termasuk dalam senarai pelakon kelas A dan eksklusif! Setiap lakonanya mantap dan menyenangkan. Suaranya lunak dan menghiburkan. Wajah jelita dan ayu itu membuatkan mata pasti tak akan berkerlip! Model dan jurucakap produk antarabangsa.
Sesungguhnya dilahirkan sebagai wanita yang bertuah memiliki pakej istimewa. Bermodalkan keistimewaan itu wanita pra matang @ 34 tahun yang berasal dari Pekan Pahang ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon, model, jurucakap, pengacara dan sekarang bergelar penyanyi. Serba boleh gitu! Pesaingnya bukan sedikit tapi x-faktor Nur Fazura Sharifudin ini sangat terserlah…
Nur Fazura, saya tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai kisah peribadinya. Sejak bergelar anak seni, nama Nur Fazura sering menjadi tajuk utama di dada akhbar dan menarik perhatian media sebagai sasaran gosip sensasi.
Kisah percintaan Nur Fazura dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama ditinggalkan. Banyak gosip tersebar di kalangan media tentang gaya hidup dan percintaannya. Juga foto-foto peribadi yang tersebar di internet mengundang kontroversi. Seksi dan sensasi! Cintanya pula saling bertukar ganti bak menukar pakaian ke majlis red carpet! Pendek kata, Nur Fazura dilebal sebagai seorang artis wanita `Play girl @ player' oleh netizen.
Bintang cemerlang ini pernah bercinta dengan Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian, dua tahun berturut turut, Shaheizy Sam. Mereka nampak serasi dan sepadan, tapi jodoh tak boleh dipujuk! Nak buat macam mana kan?
Pada tahun yang sama, Fazura bertemu seorang jejaka Amerika, Randy Seidman, yang juga seorang DJ dan penerbit muzik. So sweet... Randy ada mencipta sebuah lagu untuk Nur Fazura sebagai hadiah perpisahan. Ada beberapa lagi nama lelaki muda, kaya dan terkenal yang dikaitkan dengan nama Nur Fazura tapi sengaja kami gugurkan.
Sebagai seorang insan biasa, Nur Fazura ingin lebih berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mahu kehidupan peribadinya terbongkar di Internet. Baguslah macam itu tapi malangnya foto seksinya tetap tersebar.
Kebelakangan ini kelibat Nur Fazura semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan. Itu adalah tugasan yang dibayar lumayan untuk muncul dan bergaya.
Jelitawan ini pernah menjadi wajah eksklusif produk Pantene dan Lux.
Foto: IG Faz
“Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai topik kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan,” katanya mohon pengertian.
Selepas 4 tahun tidak berlakon dalam drama TV, dan pada bulan Mei ini Nur Fazura bakal bermain bersama Fattah Amin menerusi drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang. Nur Fazura menggantikan Neelofa atas sebab komitmen.
Anekdot: Senarai anugerah berprestej yang pernah berada dalam dakapannya, Tropi Festival Filem Malaysia bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan Pelakon Harapan Wanita menerusi Bicara Hati (2004). Dia juga memenangi Anugerah Skrin 2009 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi Pisau Cukur (2009). |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ke |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak pandang ke |
|
|
|
|
|
|
|
Yup! Betol lah tu
Cantik betol dia ni
Aura menyerlah terserlah |
|
|
|
|
|
|
|
tolong tepek gambar faz yg helokkkkk masa abpbh hari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cun nya fazura. Sesuai sgt watak cinderella tu... kalau dulu kawin putrta raja lg fairy tales |
|
|
|
|
|
|
|
tetibe i rasa ni mcm benang balas pada benang yg newbie bukak utk kutuk fazura |
|
|
|
|
|
|
|
Harini keluar benang sesat tt kutuk fazura. Kolumnis cari puji kakafaz pulak memang mendonia kakafaz yah
Apapun acting sheols iols pun suka. Dengan pakej rupa tak jemu mata mandang. Tolak tepi kontroversi dia, lantak dia la hal tu |
|
|
|
|
|
|
|
fazura menggantikan neelofa atas sebab komitmen?
bukankah michael ang tak nak neelofa sebab fattah amin tak mahu? bukan begitu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura memang sentiasa menarik lakonannya di mata ai.. plg suka dlm langit cinta, lakonan sebagai gadis kampung sangat real.. itu tak dinafikan. yang penting penulisan Mummy Richie Dah semakin kurang merapunya... Loooike |
|
|
|
|
|
|
|
she such a goddess... live version |
|
|
|
|
|
|
|
Tetap suka kt fazura |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat lakonan memang tak boleh deny la. Faz antara pelapis pelakon yg boleh diharapkan dari dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Arry replied at 18-5-2017 07:11 PM
tolong tepek gambar faz yg helokkkkk masa abpbh hari tu...
yg atas tu helok jugak sbb comel macam gadis sunti 20an okay |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 18-5-2017 07:16 PM
fazura menggantikan neelofa atas sebab komitmen?
bukankah michael ang tak nak neelofa sebab fatta ...
Mula2 lopa jual mahal tolak tawaran dia bg reason ada komitmen lain.. hingatkan dpt la buat preparation kwin anok raja.. sekali nan hado.. apa hingat patah amin tu backup plan ka.. haruslah heols nk blakon dgn A-list actress weyy.. sape x mahu |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka Richie baru tahu ke?
sis @Changa mohon mengadap
|
|
|
|
|
|
|
|
Meolls setuju je Faz mmg berbakat |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon jd kg.com pun elok
Jadi bimbo pun pandai
Mmg mendoniaaaaa lahhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|