CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 2-8-2017 03:49 PM | Show all posts

Tajuk: Resident Evil: Vendetta
Tahun: 2017
Running Time: 97 min

Storyline:
Chris Redfield enlists the help of Leon S. Kennedy and Rebecca Chambers to stop a death merchant, with a vengeance, from spreading a deadly virus in New York.

My Take:
Filem animasi buatan Jepun yang berdasarkan francais Resident Evil. Simple storyline tapi ada action yang bagus. Movie bermula dengan baik tapi melesu ditangah jalan. If you like cerita zombie makan orang dan zombie kena tembak, this movie will not disappoint you. Sekali sekala tak payah pikir banyak, just enjoy the movie. Cheers!

I gave this 6/10.

Parental Guide:
A lot of violence from people being attack and zombies being killed.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 06:04 PM | Show all posts
Ok, i nak cerita beberapa movie yang i dah tengok berdasarkan ulasan dekat thread "WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY" yang part 1. Ulasan yang banyak orang cakap sangat best, so i slowly tengok satu persatu. Kesimpulannya, i pon rasa memang cerita yang brilliant! Tak rugi tengok!
1. Kahaani (2012)




Movie ni lama dah i cari, dari last year tapi tak jumpa. Bila jumpa i terus download and i tak nak baca spoiler langsung. Hasilnya memang puas hati


Mengisahkan Vidya yang sedang sarat mangandung nekad travel dari London ke Kolkata untuk mencari suaminya yang hilang selama 2 tahun. Yang menghairankan, tiada seorang pun yang kenal suami Vidya (Arnab Bagchi). Vidya telah melaporkan kehilangan suaminya di balai polis sebelum pergi ke tempat kerja Arnab, tempat tinggal dia, tempat persekolahan dan banyak lagi..tapi masih juga tiada sesiapa mengenali Arnab Bagchi termasuklah orang di kampung halamanya. Pelik kan? Siapakah & dimanakah Arnab?


Vidya mengambil keputusan untuk menginap di motel di mana suaminya pernah tinggal dulu (semasa bekerja di Kolkata). Orang yang kerja disitu pun mengesahkan yang tak pernah ada orang bernama Arnab menginap disitu, walaupun Vidya tunjuk gambar suaminya jawapan tetap sama. Tapi yang peliknya, Vidya tahu no bilik suaminya siap dengan kedudukan bilik, kedudukan lif & dia bagitau yang ada patung peacock kat lif tu, sedangkan dia tak pernah pergi sana. Dia bagitau semua tu Arnab yang inform dia.


Kemudian dia pergi ke tempat kerja Arnab iaitu National Data Center. Setelah Vidya menunjukkan gambar suaminya, Agnes (HR) bagitau yang wajah Arnab ni iras-iras seorang lelaki yang pernah bekerja disitu bernama Milan. So, apabila Agnes hendak masuk ke profil Milan tapi telah disekat. Akhirnya Agnes telah dibunuh oleh seseorang.


Mula lah operasi Vidya mencari suaminya, dia dibantu oleh seorang pegawai polis, Rana. Dalam masa yang sama Vidya juga membantu pihak polis untuk hack system (Vidya merupakan IT engineer). Kira win-win situation la. Selanjutnya kena tengok sendiri. Yang penting apa yang i pikir memang semua salah! Haha. Movie ni 2 jam lebih. Bayangkan selama 2 jam i tertipu dengan movie ni. Minit-minit terakhit baru lah terjawab segala persoalan


Rating: i bagi 9/10

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 08:35 AM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 7-8-2017 08:39 AM

2. Kahaani 2 (2016)


Kahaani 2 ni dilakonkan oleh pelakon yang sama (Vidya). Tapi cerita ni bukan sambungan dari Kahaani yang pertama. Mengisahkan Vidya yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Minnie yang lumpuh dibahagian kaki & menggunakan wheel chair. Satu hari, Vidya balik dari kerja & mendapati anaknya hilang. Dia menghubungi nurse yang menjaga anaknya tetapi nurse tu bagitau yang Vidya ada call dia suruh dia tak perlu datang. Jiran Vidya juga memberitahu perkara yang sama padahal Vidya tak ada call mereka pun. Siapakah wanita misteri yang call?

Kemudian Vidya dihubungi oleh seseorang menyuruh dia pergi ke alamat yang diberikan jika tak mahu Minnie mati. Vidya dalam keadaan kelam-kabut hendak pergi ke tempat tersebut, kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta di tengah jalan menyebabkan dia koma selama beberapa hari di hospital. Inspektor Inder (Arjun Rampal) telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu telah pergi ke rumah Vidya dan menjumpai buku diary Vidya yang telah mereveal kisah silamnya. Kemudian bermulalah edisi throwback mengenai siapakah Vidya yang sebenarnya.

P/S: Movie ni dapat kita agak apa yang berlaku tapi plot cerita masih best ditonton cuma kurang sikit berbanding Kahaani yang pertama. I bagi rating: 7/10

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 09:44 AM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 8-8-2017 11:34 AM

3. Talaash (2012)


Talaash adalah sebuah movie berunsurkan pyschological horror thriller yang mengisahkan Inspektor Surjan (Amir Khan) yang masih tak dapat move on dengan kematian anak lelaki tunggalnya, mengakibatkan perkahwinanya dengan Roshni (Rani Mukerji) berada di hujung tanduk. Dalam masa yang sama, Surjan telah ditugaskan untuk menguruskan kes kematian pelakon popular, Armaan Kapoor yang dikatakan mati lemas kerana keretanya tetiba swing masuk ke dalam sungai padahal jalan raya kosong & lenggang. Pada malam Armaan meninggal, dia ada membawa duit cash berjumlah 2 juta rupee dalam beg hijau (beg itu hilang semasa mayatnya dijumpai).
Setelah disiasat, Armaan Kapoor sebenarnya telah diblackmailkan oleh seseorang yang merupakan bapa ayam iaitu Sashi. Setiap kali Surjan pergi menyiasat di area tempat tinggal Sashi, dia sentiasa bertemu dengan salah seorang anak ayam (pelacur) Sashi bernama Rosie (Kareena Kapoor). Belum sempat Surjan bertemu dengan Sashi, dia telah dibunuh oleh seseorang.

Untuk Surjan menyelesaikan kes itu, dia sebenarnya perlu berhadapan dengan kisah silamnya yang ada berkaitan dengan kes yang sedang dia siasat. Apakah yang sebenarnya terjadi?

Rating: 8/10

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:27 AM | Show all posts
GIFTED



Cerita ni mengisahkan tentang Frank (Chris Evans ) yang menjaga anak buah dia, Mary seorang math genius setelah adik perempuan dia (math genius jugak) membunuh diri.

Masalah mula dtg lps Frank ambik keputusan utk hantar Mary pergi sekolah utk membiasakan Mary bersosial dgn kanak2 sebaya dgn dia. Tapi cikgu kelas Mary dpt detect yg Mary ni ada kebolehan luar biasa, then dia pon inform pengetua sekolah sebab dia rasa Mary ni pergi sekolah khas utk polish lagi kebolehan Mary. Campur tangan diorang ni secara tak langsung membawa kepada pergaduhan antara nenek Mary (mak si Frank) dengan Frank bagi merebut hak jagaan Mary (actually takde lah gaduh sgt, gaduh dlm court aje).

Dlm filem ni kita dpt saksikan permainan emosi oleh Jack yang mana dia dlm keadaan serba salah sbb dia mmg nakkan yg terbaik utk Mary tapi dalam pada masa yang sama dia nak Mary ni jadi macam kanak2 biasa.

Ada part-part yang sedih, especially bila Mary akhirnya terpaksa jugak diserahkan kepada keluarga angkat (selepas kedua-dua belah pihak bersetuju sbg langkah penyelesaian yg terbaik). Dptkah Jack berjumpa semula dgn Mary?

Rating aku bagi 4/5.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Saylasss at 9-8-2017 12:22 AM

The Blind Side



Based on the true story of Leigh Anne Tuohy and Sean Tuohy who take in a homeless teenage African-American, Michael Oher. Michael has no idea who his father is and his mother is a drug addict. Michael has had little formal education and few skills to help him learn. Leigh Anne soon takes charge however, as is her nature, ensuring that the young man has every opportunity to succeed. When he expresses an interest in football, she goes all out to help him, including giving the coach a few ideas on how best to use Michael's skills. They not only provide him with a loving home, but hire a tutor to help him improve his grades to the point where he would qualify for an NCAA Division I athletic scholarship. Michael Oher was the first-round pick of the Baltimore Ravens in the 2009 NFL draft.

-Tak pernah tak nangis tengok cerita ni. Macamana Sandra Bullock & Quinton Aaron beri kesan yg real dgn dgn watak dorang tentang kisah benar tentang kasih sayang  dan sentiasa buat i percaya it's good to believe in kindness without anything in return, bahawa kekayaan adalah dikurniakan utk membuat kebaikan dgn benar ikhlas. You'll definitely love this movie and start to believe in kindness.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Saylasss replied at 9-8-2017 12:00 AM
The Blind Side



Lupa rate: 4.7/5
Yeah..barangkali saya ada soft spot utk Sandra Bullock.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 04:06 PM | Show all posts
Who am I

Semalam baru je tengok cite ni,fresh lagi.

Sinopsis:
Filem dari Jerman. Kisah pasal hacker nama Benjamin. Dia kena tangkap dan disoal siasat oleh polis perempuan bahagian cyber crime. So kiranya dia flashback balik lah mana dia kenal kawan-kawan dia,ape diorang buat. Dia ni seorang yang pendiam,suka superhero dan membayangkan dia adalah hero.  Ben ada tersuka kat sorang pompuan ni. So untuk menangkan hati perempuan ni dia buat plan sorang-sorang g hack pejabat yang ada simpan soalan exam untuk dia bagi ke pompuan ni. Tapi dia kantoi dan kena buat khidmat awam 50jam.
Masa tengah buat service tu dia jumpe dengan sorang mamat ni.dia ni ala-ala macam happy go lucky punya orang.yang si laki ni ada lagi 2 orang kawan.so diorang mula berkawan,hangout sama-sama dan hack pon bersama-sama. Diorang bubuh nama CLAY.
semua bermula masa diorang pegi hack kt satu kompeni besar. Ben secara senyap pegi donlod rahsia besar kompeni tu tanpa pengetahuan kawan-kawan dia dan jual rahsia tu kat Max( Max ni hacker yang diorang sanjung). Max pulak pegi jual rahsia tu ke perisik Rusia menyebabkan salah sorang ahli kumpulan FRIENDS (group dalam komuniti hacker) mati kena bunuh.
Start dari situ CLAY kena buru dengan polis. CLAY cube nak kantoikan Max tapi tak berjaya. CLAY pulak dikantoikan.
Ben buat perjanjian dengan polis pompuan tu, kalau dia dapat tangkap Max, dia boleh invisible balik. Polis bersetuju. Jadi, Ben serang Max pada titik kelemahan dia iaitu maruah dan Max kena tangkap. Lepas tu Ben kembali invisible balik.
Ni aku cite seringkas mungkin, korang kena tengok jugak baru puas hati.haha

Rating : Syok sdiri 9/10

Rating luar : 7.9/10 kira not bad la kan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 04:51 PM | Show all posts

Tajuk: Hidden
Tahun: 2015
Running Time: 84 min

Storyline:
In the film, Ray (Skarsgård), Claire (Riseborough) and their seven-year-old daughter, Zoe(Lind), are an average American family in Kingsville, North Carolina - except they have existed in a bomb shelter since escaping a day of devastation that changed everything. For 301 days, they have transformed their cement prison into a home, holding on to memories of the past and hope for a normal life someday. And for 301 days, the family has eluded what looms above the surface - the heavy breathing and booming footsteps that punctuate the night, threatening their fragile existence. All the while, the family has managed to stay hidden. Until now. Now their safe haven has been breached... and something is coming for them

My Take:
Filem horror/thriller post-apocalypse with a twist, kena tengok sampai habis. Pada peminat action-horror, harap sabar, jalan cerita agak perlahan dan lebih kepada drama tapi tak akan menyesal. Direktor (Duffer Brothers) berjaya mengekalkan suspense sepanjang cerita. Alexander Skarsgård (cerita Tarzan) memang versatile dan meyakinkan sebagai bapa yang prihatin. Begitu juga Riseborough dan Lind. Tiga watak utama ni mempunyai chemistry yang baik.
Moral of the story, monster is what you do, not who you are.
I gave this 7/10.

Parental Guide:
No nudity but had one prelude to intercourse scene. Violence consist of animal being killed and people being attacked.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 12:02 PM | Show all posts
Hell Or High Water



Baru tengok dekat Fox last Saturday. Mengisahkan tentang dua beradik, Toby dengan Tanner yang resorted to robbing the Texas Midlands bank untuk dapatkan duit bagi menyelamatkan ranch family diorang dari foreclosure. Toby merupakan a divorced father manakala Tanner ni pula bekas penjenayah sebab bunuh bapa diorang yang abusive. It just so happened that dekat ranch diorang ada macam telaga minyak which is very valuable. So they need to save the ranch untuk break the cycle of poverty untuk masa depan anak-anak Toby.

Hot in pursuit of the two brothers are Texas Rangers Marcus and Alberto. Marcus ni tunggu masa ja nak pencen. Dia selalu usik Alberto and Alberto pun macam malas nak layan dia. These Rangers antara characters favorite mzz (i have a soft spot for Native Americans..in this case si Alberto yang mix Injun-Mexican).  Pada satu masa tu, bank yang diorang rompak penuh dengan orang, payday kalau tak silap masa tu. So berlakulah tembak-menembak di  mana security guard and a acivilian ditembak mati oleh Tanner and Toby. Toby pun kena tembak dekat perut. Bila keluar dari bank orang ramai started shooting at the two brothers and diorang kena kejar beramai-ramai.

This is definitely one of the best movies i've watched so far. Dah lah lawak ( especially scene Dr Pepper vs Mr Pibb)..scene dialog antara Marcus dengan Alberto pun lawak sebab Marcus ni mulut jahat nau..and a bunch of gripping scenes macam shootout antara Tanner dengan cops dekat mountains, scene mamat poyo dalam kereta hijau duk acah2 si Tanner, final scene antara Toby dengan Marcus. And paling best tak payah nak ada scene cintan-cintun pun macam movie lain.

A definite must watch. Mzz sebelum ni menyampah sikit tengok chris pine because dia nampak so jambu, tapi dalam ni dia nampak very rugged and handsome. Sesuai lah rupa macam tu dengan dia. Berkenan pula meolls. Ost movie ni pun best. Thank you for introducing me to Gillian Welch.

Rating : 4.8/5..nothing is ever perfect my friends

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 05:48 PM | Show all posts
Everything, Everything (2017)



American movie yang bergenre romantic ni mengisahkan Maddie, perempuan berumur 18 tahun yang menghidap penyakit SCID (berkaitan dengan masalah imunisasi) menyebabkan dia dikuarantin dirumah & tidak dibenarkan berinteraksi dengan sesiapa. Malah dia tak pernah keluar dari rumah & belajar pun melalui online.

Pada suatu hari, jiran baru Maddie pindah kat sebelah rumah & Maddie tertarik dengan anak lelaki sebaya dengannya bernama Olly. Mereka cuma berpandangan melalui tingkap. Sejak dari hari tu, mereka berdua berinteraksi melalui tingkap sahaja kerana Maddie tidak dibenarkan keluar rumah. Kemudian Olly menulis nombor telefonya di tingkap bilik & mereka saling bertukar message & call.

Maddie yang tak pernah keluar dari rumah sejak kecil, sebenarnya sangat-sangat menyukai pantai & laut. Dia mengimpikan untuk pergi & melihat pantai dengan sendiri. Olly yang memang tertarik dengan perwatakan Maddie dari hari pertama dia melihat Maddie kemudiannya berusaha untuk merealisasikan impian Maddie. Selanjutnya kena tengok sendiri.

Bagi i kisah cinta Maddie & Olly ni sangat beautiful. Bayangkan Maddie yang pertama kali jatuh cinta, macam tu juga lah perasaan yang dapat i rasa sepanjang movie ni. Trust me, this movie will put a smile on your face. Rating: 7/10

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:08 PM | Show all posts


Tajuk: Battle for Sevastopol
Tahun: 2015
Running Time: 110 min
Language: Russian (kena pakai subtitle)

Storyline:
The breakout of the war shatters the world of a young student, Lyudmila Pavlichenko, forcing her to enlist in the army in 1941. The maiden turns out to be a natural-born sniper, her impressive skill and prowess make her stand out among men and women alike. Seeing Pavlichenko as a tangible threat, the German High Command gives orders to eliminate the girl whatever the cost. In the meanwhile, Lyudmila meets a man and falls in love. War fades into the background... Soon, however, another misfortune befalls Lyudmila leaving the man she loves on the brink of death and herself seriously wounded. The girl is pulled out of combat and later goes to the United States with a publicity visit. Eleanor Roosevelt welcomes Lyudmila in the White House and the two women soon become close. It won't be long before Pavlichenko stands before an audience in Chicago pressing for a second front. Will her words have the capacity to change the course of war?

Sedikit fakta:
Lyudmila Mikhaylovna Pavlichenko was born on July 11, 1916 in Ukraine. She died on October 27, 1974, at the age of 58, in Moscow, Russia. The total of her confirmed kills during World War II was 309, including 36 enemy snipers.

My Take:
A joint venture Russian/Ukraine movie pasal Lyudmila Pavlichenko (Yuliya Peresild), the most successful female sniper. I am impressed with the story, cara penyampaian cerita mungkin lain sikit dari movie dari Hollywood, walaupun tajuk tak mengambarkan fokus cerita. A bit of propaganda from Russian POV, dan kehidupan di Russia tak sedaif seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood. Kalau nak tonton pastikan kualiti subtitle yang bagus, else the story will be lost in translation.
Most people wants a normal life, have family, career and love, no matter which sides of war they fight.
I gave this 6/10. With better subtitle, it should get 7/10.

Parental Guide:
One sex scene without nudity.
War violence and people getting killed/injured with blood.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 07:58 AM | Show all posts


malam tadi haku tgk movie ni. What we do in the shadows. citer die mengisahkan 4 orang vampire oldskool yg duduk kt new zealand. diorg ni serumah dan masing2 ada perangai giler memasing. rupenye kt wellington tu mmg ada komuniti monster diorg tersendiri, termasukla werewolf,zombie, witches.  kehidupan diorg mula berubah bila tanpa disengajakan bila mangsa diorg Nick jadi vampire plak. nick ni vampire moden, mksdnye die tak kisah pun dedah2 kt suma org yg die ni vampire. termasukla bawak masuk sorg kawan manusia die Stu yg jd faberet 4 org vampires td.  

movie ni diorg rakam ala ala realiti show. jd mcm takde jalan citer sgtla. cuma diorg ni kelakar. tp bukan lawak slapstick mcm jozan johara tu. sbb diorg ni vampire traditional takleh move on lg kan. jd mmg clash la ngan zaman moden ni. haku kasi 9/10 utk movie ni. kelako yarabbi tgk vampire2 ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 08:06 AM | Show all posts


what happened to monday ni movie netflix. die genre action sci fi. citer die mengisahkan bumi di masa akan datang overpopulated, akibat daripada pengubahsuaian genetik pd makanan yg menjadikan manusia ni subur sesgt. kalau beranak je dpt anak kembar 2,3,4,5 dan seterusnye. dan untuk mengelakkan bumi ni makin padat, diperkenalkan la satu undang2  1 family 1 child gitu. anak2 yg lain diorg akan bekukan utk masa hadapan kot2 la masalah terlampau subur ni leh dibasmi. tp ada sorg atok ni, pas anak die meninggal akibat komplikasi terberanak 7 kembar pompuan sekaligus, instead pun serahkan anak2 lain, die amek keputusan nk bela jugak diorg. and budak2 tu diberi nama ikut hari2 dlm minggu, monday to sunday. and seperti jugak nama diorg, diorg dibenarkan kuar 1 hari dalam seminggu.

citernye bermula bile si monday ni tak balik2, tp hidup tetap jugak diteruskan. tp si tuesday plak kene culik. jd adik beradik yg lain ni pun mulalah cari jalan mcm mana nk selamatkan diri diorg pas kerajaan dpt tau yg ada family terlepas dr undang2 keji tu.

haku kasik 6/10 utk movie ni. jalan citer dh ok dah. tp movie ni mcm kureng la plak. jln citer mcm tak kuat gitu. mayb sbb sci fi action, tp nyampah lak heroin ni ajet kuat tp takdela kuat mana pun. gittew la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:57 PM | Show all posts
Be Somebody (2016)



Balik kerja semalam tertengok movie nidekat HBO ke FOX. Mengisahkan tentang a young superstar, Jordan Jaye, yang memang cita-cita nak jadi artis sejak berumur 8 tahun. So he basically he grew up as a superstar, tak pernah pergi sekolah, merasa hidup macam teenagers yang lain. His mother managed his career.  One day, masa tour bus dia berhenti dekat sebuah restoran in a small town untuk dinner, si Jordan ni tak join sekali dengan alasan dia penat and nak tidur. Tapi, lepas semua orang dah turun bus, he put on a cap, his jacket hood and a skateboard and merayau around town. Satu ketika tu dia stop depan a poster of himself, and then kena kejar dengan some teenage girls yang cam muka dia.

He ran and minta tolong Emily, a high school girl yang buat kerja part time hantar pizza. So this is where the two met, and became friends. Emily ni anak tunggal, and bapa dia polis. She is also an aspiring street artist, tapi ada masalah nak create portfolio untuk kemasukan ke art academy. Dengan bantuan Jordan, they went to her high school and start painting all over the school.

Mzz selalunya kurang sikit layan bubbly teenage drama macam ni, but somehow i got hooked on the movie sampai husband mzz nak tukar channel pun mzz tak bagi. Anyways, a bit distracting sebab muka Emily macam Selena Gomez, and Jordan pula macam Justin Bibior. I was hoping the ending would be a slight cliffhanger, tapi the writers decided to go down the cliche road and tadaaa all happy ending...prom and what nots.

Rating : 3/5..sangat distracting oii duk teringat SG and JB, but still very watchable and good for light entertainment

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 04:01 PM | Show all posts
Tajuk : Perfume:Story of Murderer



Sinopsis : Cerita ni katanya based on true story. Jalan cerita pon sangat senang nak faham. Kisah dia pasal Janebaptis yang ada kelebihan untuk menghidu bau yang sangat kompleks. Dia lahir kat pasar. Mak dia kena tangkap sebab cubaan untuk bunuh dia. Dia dibesarkan dirumah gelandangan. Lepas tu dia besar dia dibeli untuk dijadikan hamba.

Satu ketika dia dibawa keluar bandar. Masa tengah jalan jalan dia terbau bau yang sangat wangi, so dia follow bau tu dan jumpe perempuan tu. Disebabkan dia ni suka sangat bau tu dia terkasar lalu perempuan tu terbunuh.

Then, dia terjumpa pulak sorang pembuat perfume. Disebabkan kemahiran dia menghidu bau yang sedalam dalam bau, si pembuat perfume ni beli dan bela dia. Dia belajar dengan pembuat perfume. Bla bla bla.ade satu part tu pembuat perfume cakap dia kena carik satu bau yang sangat unik. Start dari situ dia bunuh perempuan perempuan dan gadis gadis dengan memotong rambut dan kikis bau perempuan tu (dia lumur lemak haiwan kat badan dan kikis pakai sabit).

Kat situ ade sorang menteri yang ada anak dara perempuan yang cantik. Jeanbaptis dok target yang pompuan tu. Sambil-sambil duk target sambil sambil dia bunuh pompuan.senang keje ko ye. kiranya satu pompuan satu botol kecik minyak wangi dia dapat.Sampai last botol dia aim anak menteri tu.Menteri tu dapat rasa anak dia akan jadi mangsa so dia larikan anak dia. Disebabkan ketajaman hidung jeanbaptis ni dia dapat kejar dan bunuh anak perempuan menteri tu tanpa rasa was was.

Setelah cukup botol minyak wangi tu semua (tak ingat berapa) dia campurkan jadik satu botol sederhana. Masa ni dia dah kantoi dan kena hukum pancung. Tapi dia terselamat lepas dia calit minyak wangi tu. kiranya minyak wangi ni dapat menimbulkan keghairahan dan buat orang kesian kat dia. Dia terlepas dari hukuman sebab si pemancung pon kesian kat dia disebabkan minyak wangi tu.

Ending dia korang tengok la sendiri camne dia mati.geram pulak kite.haih

Rate IMDB : 7.5/10

Rate syok sdiri : 8/10 - tolak 2 markah sebab tak puas hati kenapa pembunuh mati macam tu je + muke watak utama rase cam nak penyek penyek hantuk dinding je.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2017 03:16 PM | Show all posts
Ponyo (2008)



Mzz sekarang tengah dalam proses marathon Studio Ghibli punya movies. Yang dah tengok pun mzz tengok balik. Timeless sangat. So yesterday mzz layan Ponyo ni. Mengisahkan tentang seekor ikan emas (actually bukan ikan emas...tak tau lah explain binatang apa dia ni..) yang dijumpai dalam bekas kaca oleh budak lelaki nama Sosouke. Nama betul binatang tu Brunhilde kalau tak silap, and dia anak kepada lelaki yang kahwin dengan goddess of the sea, Granmamare. Si Brunhilde aka Ponyo ni terminum darah Sosouke masa Sosouke nak keluarkan dia dari bekas kaca tu, menyebabkan Ponyo bertukar jadi manusia. Btw, Ponyo ni Sosouke yang bagi nama. Sosouke ni duduk dengan mak dia dekat lighthouse and bapa dia seorang kapten kapal. Sosouske panggil parents dia by nama je..Lisa dan Koichi.

Akibat dari pertukaran Ponyo ke manusia menyebabkan perubahan sistem ekologi yang besar, sampai berlakunya tsunami and bulan pun jadi macam dekat sangat dengan bumi dah. Untuk membetulkan keadaan, Granmamare kata Sosouke kena terima Ponyo walau apa pun keadaan Ponyo, ikan ke manusia ke, as proof of his love towards Ponyo and elakkan natural disaster dari berlaku. Kalau tak, Ponyo akan jadi sea foam (macam mermaid pula dia).

As usual, cinematography dia very brilliant and colourful. Setting location untuk movie ni pula seaside community, so sangat cantik and rasa sejuk ja bila tengok. Rumah Sosouke pun cantik atas bukit dikelilingi laut. Masa scene Sosouke and Ponyo naik bot nak cari Lisa, sangat best tengok binatang2 laut dari era Devonian. Sosouke and Ponyo sangat comel.

Rating : 4.5/5



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 11:07 PM | Show all posts
Hitman's Bodyguard. favorite iols semua ada dalam movie. I kasi 8/10!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 02:03 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 1-8-2017 12:35 PM
Uhh... nampaknya sekarang haku agak ketagihan menonton movie.. Introvert macam haku neh.. mmg kena r ...

hasil baca review u psl this movie gigih i layan walau sepatah haram tak faham bahasa nya.. memang best tp sayang heroin last nya meninggal..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 12:20 PM | Show all posts
Howl's Moving Castle (2004)



Muahahaha Sabtu lepas berjaya marathon 3 studio ghibli punya movies. The first one being Howl's Moving Castle, based on the book by Diane Wynne Jones. Mengisahkan tentang Sophie si pembuat topi, terserempak dengan ahli sihir Howl masa nak pergi melawat kakak dia, Lettie. Masa tu howl ni kena kejar dengan sejenis makhluk hitam kepunyaan the Witch of the Waste.  Masa balik rumah, the Witch tu tukarkan Sophie jadi makcik tua..and Sophie dengan penuh positivity pun set out untuk cari orang untuk minta tolong dia break the Witch's spell. On the way tu Sophie jumpa scarecrow, namely the Turnip Head yang bawa Sophie ke istana Howl. Dalam istana tu ada Markl, pembantu kecil si Howl and Calcifer, api yang menggerakkan istana Howl tu.

Dalam masa yang sama, negara diorang dilanda perang, and Howl dipanggil untuk fight dalam perang tu. Howl ni boleh transform diri dia jadi burung. Howl dah penat and tak mau fight lagi dalam perang and dia minta tolong Sophie berlakon jadi mak dia untuk convince Suliman 9ahli sihir diraja) untuk lepaskan dia.

So dalam proses tu banyaklah yang Sophie belajar tentang diri dia and Howl, pasal the Witch of the Waste, Calcifer etc.

Mzz suka movie ni, tapi ok-ok je. Not something i will rewatch again and again. Muka Howl dalam ni macam Taylor Swift I was expecting him to break into 'shake it off offf offf" anytime in the movie.

Rating IMDB : 8.2/10
My rating : 3.5/5..not my personal favorite..but it is definitely full of magic..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.547769 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list