CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 16-10-2017 02:44 PM | Show all posts
Better Watch Out (2017)
4.5/5*
Thriller
Stars : Olivia DeJonge, Levi Miller




Filem ini mengisahkan tentang seorang babysitter, Ashley menjaga sorg bdk berumur 12 thn, Luke masa cuti Krismas.  Tapi perangai Luke ni semacam sikit, Luke mcm cuba nak mengorat Ashley ni. Kejadian pelik berlaku spt seseorang cuba menceroboh rumah Luke dan meninggalkan brick
‘Leave and U Die’. Mereka berdua mula cemas dan cuba menyelamatkan diri. Ok, filem ni ada twist sikit, mcm terkejut gak dia punya twist tp suspense.

Bagi aku, film ni x rugi ditonton, menarik n rasa geram mcm nk bunuh je penjahat tu,hehehe. Dia buat kita naik geram n menyumpah je, tmbh plak pelakon eye candy, hehe...susunan ceta plak ok n x bosan langsung, ternanti2 ending film ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 11:43 PM | Show all posts
Happy Death Day (2017)Rating (IMDB): 6.6/10



Happy Death Day is a 2017 American slasher film directed by Christopher B. Landon and written by Scott Lobdell.
It stars Jessica Rothe and Israel Broussard.

Synopsis:
A college student must relive the day of her murder over and over again, in a loop that will end only when she discovers her killer's identity.

My review:
Looking at the premise of the trailer and poster yang ala2 filem gred C, meols masuk panggung with ZERO expectation.
Sementelah ni jah filem tayangan awal pagi, meols layan jah sebab nak gi shopping pulak pastu.

Surprisingly, movie ni best! Not your typical horror/slasher movie, banyak moments yang buat chuols tergelak but at the same time tak senang duduk.

Tunggak filem ni ialah lead actress Jesica Rothe (as Tree), sheols ni bitchy look tapi at the same time kita sympathise dengan hidup dia yang berulang2 sampai akhirnya character sheols berubah. Sepanjang dia hidup-mati-hidup-mati in continuous loop tu, kita pulak rasa macam detektif conan, wondering siapa lah yang nak bunuh sheols tu.

SPOILER!!

Twist ending dia agak mengejutkan, tapi somehow bertepatan dengan suspek pertama dalam otak meols masa awal2 cerita.
Cuma xfaham kenapa jauh sngat rantaian pembunuh tu hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 11:56 AM | Show all posts
Wish Upon (2017)
3.8/5*
Fantasy, Horror, Thriller
Stars : Joey King, Ryan Philippe, Ki Hong Lee


Film ini mengisahkan Clare yang diberi magical box yang dapat memenuhi 7 permintaan. Clare membuat beberapa permintaan untuk dirinya dan tanpa dia tahu, kejadian-kejadian buruk berlaku pada orang yang dikenalinya setiap kali permintaanya ditunaikan.

Bagi aku, filem ni tiada unsur2 hantu muncul dan menakutkan pun, cumanya kematian yang ditunjukkan, agak gerun tapi bukan tahap final destination.  Filem dia ok, boleh layan dan tidak bosan walaupun ada sesetgh part yang agak klise dan ending dia pun blh agak. Tapi tak rugi kalo layan filem ni.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:29 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 18-10-2017 11:43 PM
Happy Death Day (2017)Rating (IMDB): 6.6/10

beta, iols baru tgk movie ni. omg, best plot dia. Unik for me sbb idea cerita ni mcm tak pernah lagi dibuat movie/drama (at least not that i know of).
WAJIB dlm list cerita hujung mggu anda atas sebab:-

1) Part suspen dia best gak. Iols dari movie start, iols dah prepare sweater, takut (iols penakut sbnrnye )

2) heroin dia sedap mata memandang & pandai berlakon
3) plot cerita dia lain drpd yg lain, UNIK i mean
4) pembunuh sbnr is so unsangkarable
5) tak heavy sgt movie ni so kalau rasa nak release stress, its highly recommended

MORAL dia:-

1) stop pleasing everyone u met
2) never judge a book by its cover

3) dont ever be a whore/bitch
4) family is always the safest and best support team

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:33 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 23-10-2017 04:23 PM



hari tu aku donlod movie netflix ni. tajuk babysitter.

movie ni simple je, mengisahkan pasal sorang budak lelaki bernama Cole yg dh masuk sekolah  menengah, tp ada babysitter lg yg bernama Bee. tp yg bestnye, walaupun Cole ni nerd yg selalu kene buli, dia kawan baik ngan hot babysitter die si Bee tu. sampaila satu malam, dia gi skodeng si Bee ni, Bee bawak kawan2 dia dtg rumah dia masa parents die takde. rupe2nye Bee buat pemujaan setan, dan si Cole pun tak dijangka jadi saksi pembunuhan beramai2 plak.

ok citer ni maybe bukanla citer hantu pun, tp macam Home Alone versi bunuh-bunuh. cuma jalan citer die tak cukup kuat bg aku. macam ape motep ntah Bee dan kawan2 dia tu wat pemujaan setan, kononnye nanti leh jadikan impian diorg suma jadi kenyataan. pastu boleh plak, si Cole ni tgh kene cekik ngan pemuja setan tu, ada pembuli datang baling telur kat rumah dia, so si pemuja setan tu suruh dia lawan balik pembuli tu. pastu aku tak selesa plak bila pelakon budak2 dlm citer ni cakap pasal benda2 18sx. keje mencarut bagai. pembuli si Cole ni bangga sbb dah hilang teruna. i was like, errkkkk??

hapepun, aku kasi 2.5/5. dont say i didnt warn you

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:37 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 23-10-2017 04:25 PM



shot caller. best movie ni. aku kasi 8/10

citer die mengisahkan pasal sorg family man, keje bagus. tp silap dia sebab memandu dalam keadaan mabuk sampai mengakibatkan kematian kt kawan yg tumpang dia, terus dia masuk penjara. masa kt penjara tu demi nak melindungi diri dia, dia pun terpaksa la bersekongkol ngan geng penjenayah dalam tu. lama-kelamaan, dia pun makin terjebak masuk dalam, sampai terpaksa putus hubungan ngan family dia.  ending citer die mmg aku kesian, pengorbanan dia yg sanggup hukum penjara seumur hidup sebab taknak anak bini dia kene kejar ngan geng2 penjenayah ni.  ade adegan bogel2 skit tp takdela mengeseks. bunuh2 tu ye banyak.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 11:47 AM | Show all posts


the ruins. nampak poster macam seram kan? padahal citer ni psikologi thriller je. pasal pokok2 yg ada kuasa sakti leh bergerak n mimik suara orang.

citer ni mengisahkan 2 pasang kekasih yg ikut sorg lelaki german nk carik adik dia yg pegi carik piramid kt mexico. sampai je kt piramid tu, diorg diserang oleh orang kampung kt situ. last2 diorg kene halau naik piramid tu dan tak dibenarkan turun. dahla air dan makanan pun xde

citer ni mmg takde hantu, tp ada adegan potong2 badan. tp takdela sesadis movie lain. aku kasi 2.5/5 gak. sbb mcm agak boring gak movie ni. typical movie seram gred b la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 12:18 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 23-10-2017 04:15 PM



citer ni mengisahkan pasal satu family yg tgh survive satu apocalypse yg mana dunia dilanda penyakit berjangkit yg takde ubat dan serta merta kiok.  asalnye atok diorg ni mati.  tinggal la bapak mak dan anak remaja.  citer bermula bile ada sorg lelaki menceroboh masuk rumah ladang diorg ni.  si bapak dah skeptikal tp family ni mengalukan jugak si lelaki ni pindah masuk bawak skali ngan bini and anak kecik diorg.

si anak remaja tu die ni asyik la mimpi benda yg pelik2 je.  tp family dia makin lama makin tak percaya ngan family muda yg tumpang rumah diorg ni. dan akhirnye... tgk la sendiri

btw citer ni mcm seram, tp bukan citer hantu pun.  hantu die langsung tak muncul dr awal smpi akhir.  cuma citer ni permainan psikologi dan instinct manusia sendiri yg selalu ada rasa curiga dan terlebih berhati2. btw aku kasik 3/5 utk movie ni sbb kecewa la jugak, tgk trailer mcm citer hantu skali tu bukan. hampeh tul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 09:15 AM | Show all posts
Edited by luvly_snow8608 at 23-10-2017 09:30 AM


movie nie ai tgk kat TARAhd.

Cete pasal laki buta, ROHAN (hritrik roshan) baru kawen dengan pompuan buta (SU). Memula kawen dorg kene harass dengan adik politician (amit) dan kawan amit. Lepas tu, bini die lak kene raped dengan amit dengan kawan die. Lepas tu, polis suggest ROHAN dan SU g spital tok buat rape kit test sebab perogol tu senyap xcakap apa2 so xde proof kalo xbuat rape test. Sebab SU tu kan buta so die cam melalui deria bau jela. Time dorg otw tu, dorg kene kidnap n kurung dalam gudang selama 24 jam. Lepas tu, dorg kene campak dalam laut. So bila g spital nak buat rape test tu da xvalid sbb bukti da vanish & polis pulak da makan suap so polis lg la xmo amek kes tu, siap cakap ROHAN laki bini penipu nak fitnah politician.

Bila da balik rumah, ROHAN layan acuh xacuh bini die. So esoknya die g keje as voice over cite cartoon, balik umah rupanya bini da bunuh diri, sebab AMIT dan Kawan die datang rogol bini die lagi. Siap cakap lepas nie die akan datang lagi untuk rogol bila2 masa yang die suka. So bini die xsanggup, sebab die bunuh diri. Masa bekabung kt umah, politician nie dtg jumpa ROHAN ugut suruh jangan bagitahu sapa2 adik die rogol n suruh lupakan mcm xde apa2 yang jadi. ROHAN bengang so die g jumpe polis nak bgtau lepas nie die akan amek tindakan sendiri tp polis xkan boleh dakwa die sebab xkan ada bukti.

So jadilah adengan ROHAN guna kelebihan die meniru suara org untuk balas dendam. Ending kene tgk sendiri ok. Berbaloi sgt movie nie. Pemulaan movie agak slow, ngantok pon ada, bile part kene harass n raped tu da start ok. My rating : 8/10.

*gegeh mak menaip* hahahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:13 PM | Show all posts


little evil. movie ni mengisahkan gary yg berkahwin ngan sorg janda sam anak sorang bernama lucas. jadi si gary ni joinla persatuan bapak-bapak tiri seamerika gary ni syak anak tiri die tu mcm something wrong skit. tp mmg wrong pun sbb anak tiri die asyik la nk bunuh si gary. tp lama kelamaan si gary ni makin sayang la ngan anak satan die tu.

aku enjoy je tgk citer ni.  kelakar tgk kelab bapak tiri diorg. kelakar pun kelakar la jugak. aku kasi 6/10 utk movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 05:44 PM | Show all posts
scarlett-jo replied at 16-10-2017 02:44 PM
Better Watch Out (2017)
4.5/5*
Thriller

yup..setuju..aku tengok lepos ko rekomenkan.cite ni sangat best.
geram giler kot kat si pembunuh tu tapi lagi geram bila ending dia tak gtau pembunuh tu kena hukuman ape.
ntah ntah ade no.2 haha

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 03:55 PM | Show all posts
Hope (2013)
4/5*
Crime, Drama
Stars : Re Lee, Kyoung-gu Sul, Ji-won Uhm


Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, So-won (maksud hope) diserang secara seksual dan dipukul oleh seorang lelaki tua mabuk. Akibat dari tragedi itu, So-Won mengalami kecederaan teruk dan dibedah serta mengalami gangguan emosi. Ibu bapa So-won turut terkesan dengan tragedi buruk itu.  Akibat dari trauma akibat kejadian itu, So-won tak mahu berjumpa dan bercakap dengan ayahnya.

Filem ni aku tgk tanpa sengaja, sedih sgt.  Ada sesetgh part yg blh buat air mata x dapat ditahan-tahan, keluar laju je.  Based on true story tak silap filem ni, kenapala manusia kejam, penangan arak dan tua terkutuk, kanak-kanak jadi mangsa. Cerita dia diolah dengan simple tapi blh buat sedih menikam-nikam dgn lakonan yg hebat. Mmg suspense je nak tggu apa hukuman pada pnjenaya tua terkutuk tu. WAJIB TONTON FILEM NI.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:11 PM | Show all posts
Incarnate (2016)
4/5*
Horror, Thriller
Stars : Aaron Eckhart, Carice Van Houten



Filem ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Cameron yang tinggal bersama ibunya. Pada satu malam, Cameron diserang oleh homeless dan homeless tersebut dibunuh oleh Cameron. Cameron sbnrnya dirasuk oleh demon yg sangat kuat. Pihak Vatican meminta bantuan Dr. Ember yg berkebolehan masuk ke minda manusia yang dirasuk untuk membawa mereka kembali ke dunia realiti, tetapi sangat bahaya dan berisiko. Demon yang merasuk Cameron adalah demon yg ada kaitan dengan Dr. Ember.

Agak menarik filem ini. Walaupun demon dia x munculkan diri sangat pun. Tapi jalan cerita dan upacara mengeluarkan demon sangat berbeza. Tak bosan dan menarik untuk ditonton.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 08:00 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 9-11-2017 08:02 AM





malam tadi aku melayan movie ni. ingatkan parody tp mmg btul2 sambungan jeepers creepers 1 and 2.

citer ni start after event kt jeepers creepers 1. jd raksasa dalam movie no 3 ni mmg keje die drive merata2. bg aku yg no 3 ni takde la seram mana pun. lg2 bile tgk raksasa tu, nampak sgt mcm pakai topeng getah yg sgt fake. no 2 lg seram bg aku. lg satu, movie ni mcm tergantung.

asalnye ada sorg nenek ni, anak die mati 23 thn dulu sbb kene makan ngan raksasa tu, tp die kembali sebagai roh yg menghantui mak die. mak die je yg boleh nampak roh anak die. rupenye anak die sblm mati tu sebab menyimpan tangan asal raksasa tu kt tanah diorg. jd mak die pun try la sentuh tangan raksasa tu. dan mak die dapat tau dah camne caranye nk bunuh raksasa tu. tp masalahnye korang sbg penonton mmg takkan tau rahsia tangan tu. ujung2, geng2 protagonist dalam movie tu cucuk paku kt tangan tu, pastu letak nota, we know what you are, tapi amende sebenarnye korang pun tak tau. bengang aku hokkay

apepun dont expect ada sambungan lg dr movie ni sbb pengarah n pencipta dia udah kene tangkap sbb dia paedophile. mmg sampai kiamat la orang tak tau camne nk bunuh raksasa tu nampaknye.

hapepun, leh dikatakan, event jeepers creepers 1 sampai 3 tu sbnrnye berlaku pada tahun yg sama.

haku kasik 2.5/5 utk movie ni

Comments

lenkali letak gambar la nookss  Post time 9-11-2017 08:03 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 06:04 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-11-2017 08:00 AM
malam tadi aku melayan movie ni. ingatkan parody tp mmg btul2 sambungan jeepers creepers 1 a ...

i baru tgk hari tu. bodoh pny jalan cerita. sama la cm u, i ingat parody citer jeepers creepers. ntah hape2  & x mendebarkan cm Jeepers Creepers 1 & 2.


baik jgk u bagi 2.5. klo i bagi 0.5 jahh. hauk sgt citer dia

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:44 AM | Show all posts


movie ni mengisahkan ttg seorang hitman legenda zaman koboi bernama Shaggy. movie ni diceritakan melalui perspektif seorang lelaki dan dua anaknye yg secara kebetulan terserempak dengan 2 org penjenayah yg tgh dalam buruan dlm hutan.  jd utk membeli masa nk kene elak dibunuh si lelaki tu pun citer la pasal legenda Shaggy tu.  Shaggy ni anak terbuang yg dibela dr kecik oleh 7 ears.  satu hari 7 ears ni pegi pekan sekali tu tak balik. so si Shaggy tu pun pegi la carik. tp lama kelamaan si Shaggy ni makin hanyut ngan godaan dunia terutamanya dr pelacur smpi si Shaggy ni sanggup jd pembunuh upahan untuk sorg tokey perancis yg sgt kejam.

citer ni diorg alih bahasa dr bhs spanish kpd english. so feel tu kureng skit sbb sore dah kene dubbed. tp overall best la jugak citer ni walaupun citer die hagak berterabur sana sini.  oh ye ada byk adegan ngeseks dlm movie ni. akak kasik 3/5 utk movie ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 11:52 AM | Show all posts


logan lucky mengisahkan ttg adik beradik logan yg selalu unlucky. si abang tu kaki tempang, adik lelaki plak takde tgn, nasib baik adik pompuan diorg ni tak ditimpa nasib malang mcm abang2 die.
so adik beradik logan ni dah fedup hidup miskin, diorg merancang nk merompak masa perlumbaan nascar yg memakan masa berhari2 tu.  utk menjayakan rancangan diorg, diorg berpakat plak ngan adik beradik joe bang. joe bang ni masih dlm banduan lg sbb merompak jugak.  sbnrnye diorg dah berjaya merompak tu, tp tak tau ngape abang logan yg sepatutnye drive bawak lari lori duit diorg tu tetiba pegi tgglkan plak lori tu kt tepi jalan dan menghilangkan diri. so suma org pun bengang la.. tp rupe2nye si abang logan ni ada plan tersendiri nk mengelakkan diorg ni jd suspek utama FBI.

kalau bc sinopsis diorg claim citer ni funny movie. aku rasa takdela funny gelak terbahak2 sgt pun. tp best la. santai je lakonan masing2. tp ada satu adegan tu anak si logan nyanyi lagu favourite bapak die ms pertandingan ratu cantik budak2, terharu gak aku tgk.  and daniel craig jadi redneck country boy, hahahaha menjadi sangat. aku kasi 4.5 / 5 utk movie ni. terbaik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 01:11 PM | Show all posts
bad genius cerita thailand best
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 04:12 PM | Show all posts
jsut watch The circles! nice teacher, i like the story  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 09:43 AM | Show all posts
luvly_snow8608 replied at 23-10-2017 09:15 AM
movie nie ai tgk kat TARAhd.

Cete pasal laki buta, ROHAN (hritrik roshan) baru kawen dengan po ...



terbaik movie ni..xbosan tgk..permulaan cerita tu akan berkait dengan ending nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.314072 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list