View: 26884|Reply: 269
|
Isu Tampar: Afdlin Shauki Salahkan Rosyam Nor Keruhkan Keadaan
[Copy link]
|
|
Susulan isu penerbit David Teo ditampar Mat Over dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini, Datuk Rosyam Nor tampil memberi pandangannya berhubung perkara itu.
 Foto: MalaysiaGazette
Rosyam menegaskan David perlu mengikut pe-patah Me-layu, ‘masuk kandang kam-bing me-ngembik, ma-suk kandang kerbau me-nguak’ kerana dia enggan 'pisang berbuah dua kali'
“Pepatah itu bermaksud, jika kita berada di tempat orang, kita harus ikut adab atau peraturan di situ.
“Namun sebaliknya berlaku apabila David bertindak mempertikaikan cara pengendalian majlis. Nasib baik saya boleh tahan marah dan kembali mengawal keadaan,” katanya kepada Utusan Online.
Memetik portal Utusan, Rosyam jelas terkilan dengan isu berkenaan kerana menurutnya insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka peluang untuk penggiat seni berdialog secara bersemuka dengannya di kediaman beliau.
“Bagaimanapun, Perdana Menteri ada beritahu bahawa beliau suka cara saya mengendalikan sesi dialog itu dan juga idea-idea yang dilontarkan oleh penggiat seni,” katanya.
Dalam masa sama, Rosyam bersyukur masih tenang ketika insiden berlaku.
“Saya bukan baharu jadi pengacara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah SWT sebab memberi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya,” ujarnya.
Sementara itu, pelawak Afdlin Shauki bagaimanapun menyalahkan Rosyam ke atas insiden terbabit dan menyifatkan tindakannya mengeruhkan lagi keadaan.
 Foto: mStar Online
" ada saya Moderator yang bersalah kerana tak mengawal keadaan dengan baik. Kemudian satu Malaysia dengar dia berkata pada PM 'dia ni memang kurang ajar datuk seri!'" tulisnya di akaun Instagramnya.
 Foto: IG Afdlin Shauki
Pada masa sama, Afdlin turut menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam disifatkan memalukan penggiat seni tanah air.
Macam-macam pula yang timbul daripada kejadian tampar itu. Jangan disebabkan perkara itu, habis semua anak seni kita berpecah-belah sudah lah. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan aman. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia..pakat nk jadi hero dh |
|
|
|
|
|
|
|
setuju je apa yang afdlin cakap tu. toksyam pon tak kawal keadaan kosser |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tengok zedzaidi ada tulur tak handle kes ni   |
|
|
|
|
|
|
|
dahla rosyam .ko dah kantoi..ramai dah dengar bisikan penghasut hati busuk ko kat najib tu.lepas neh org2 dlm industri pikir byk kali nak rapat dgn ko. |
|
|
|
|
|
|
|
semua pon dah berbunyik....
|
|
|
|
|
|
|
|
chup nak tanya, zed zaidi sebagai presiden seniman tiada di tempat kejadian ke? ataupun tidak diundang? ke dia ada tp ai yg tak perasan dalam commotion tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rasa benda yang sama..
as moderator ko x sepatutnya cakap cmtu even ko x berkenan prngai si DT tuh..
kena lah playsafe jadi tengah2 jek..
kdang aku rasa rosyam ni jenis tak boleh orang pertikaikan apa dia buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Err.. part Afdlin minta Zed Zaidi ambil tindakan tuh....serius atau perli.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
tudia.. artis lelaki pun nak berdrama jugak |
|
|
|
|
|
|
|
iols pon rasa cam perli. sambil dia sebut zed zaidi sambil dia rolling eyes dalam hati gamaknya 
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah, iols taknampak jedjedi pun malam tu. Yg iols nampak ada jozan jahh  |
|
|
|
|
|
|
|
habislah kalau zed zaidi campur.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerana mat over, david teo dan rosyam.
Semua pun turut bg pndangan. Yg ini sokong orang ni, yg itu sokong orang tu.
Sudahnya orang ni gaduh dgn orang tu. Kacau bila. Hancur lebur industri.
Jed jaidi ada submission due nih. Ttba senyap pulak. Butang tak on sbb wakil temasik takde.  |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun rasa Rosyam penyumbang juga..
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg rosyam noor kata pm puji cara dia jadi moderator tu lawakkkk Lawak sgt  |
|
|
|
|
|
|
| |
|