CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 1

[Tempatan] Isu tanah di PP persis filem P Ramlee

[Copy link]
Post time 23-5-2017 06:47 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Transaksi penjualan tanah yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh diibaratkan seperti filem Anakku Sazali. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, berkata penjualan tanah oleh kerajaan negeri persis jalan cerita karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, iaitu 'bapa kumpul harta, anak perhabiskan semuanya'.

Shah Headan berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) terhadap ucapan perasmian Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.


Perumpamaan itu turut dipersetujui Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Maktar Shapee. Terdahulu, Muhamad Farid mendedahkan, sekurang-kurangnya 415.81 hektar tanah di beberapa kawasan di negeri ini dijual kepada pemaju swasta bagi memberi laluan kepada pelbagai projek pembangunan. Pada masa sama, Muhamad Farid turut menggariskan 51 janji dan pengumuman kerajaan DAP Pulau Pinang sepanjang mentadbir negeri ini yang masih gagal dilaksanakan sejak 2008.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/285637

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama shj kedua2 belah pihak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053211 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list