Kita biasa dengar mana-mana drama atau filem yang berjaya, disaman kerana mencuri idea asal yang menyumbang kepada kejayaan mereka.
Demikian jugalah berlaku kepada filem Titanic yang telah mencetuskan satu fenomena di seluruh dunia pada tahun 1997.
Foto: IMDb
Pengarahnya, James Cameron disaman seorang individu bernama Stephen Cummings dari Florida kerana didakwa meniru sejarah keluarganya untuk diadaptasikan dalam filem berkenaan.
Foto: Mail Online/AP
Memetik portal TMZ, Cummings yang juga pernah terbabit dalam industri pelayaran mendakwa dirinya dijadikan inspirasi untuk karakter Jack Dawson yang dilakonkan Leonardo DiCaprio.
Foto: TMZ
Menerusi fail tuntutan itu, Cummings menganggap Cameron mendapat idea itu daripada kisah yang dia ceritakan kepada rakan-rakannya mengenai dua saudaranya yang terbabit kecelakaan kapal yang berlaku di Brevard County pada 1988 dan 1989.
Bukan itu sahaja, bekas 'pakar pelayaran' itu berkata babak kapal karam dan perpisahan tragis yang berlaku dalam filem Titanic bukanlah fakta yang tercatit dalam sejarah, sebaliknya ia merupakan sejarah silam keluarganya.
Foto: Mail Online/Moviestore
Foto: The Void
Menurut TMZ, Cummings menuntut ASD 300 juta (RM1.28 bilion) dan satu peratus bayaran royalti dari keuntungan filem berkenaan.
Agaknya, kalau filem Titanic gagal mengaut keuntungan tinggi, ada tak orang nak failkan tuntutan saman kerana menciplak idea orang lain? - CARI |