View: 1389|Reply: 4
|
Semua Peniaga Dalam Talian Wajib Berdaftar Dengan SSM
[Copy link]
|
|
sumber: Mstar
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam Internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata SSM akan memberi tempoh selama 30 hari kepada peniaga untuk mendaftar dengan suruhanjaya itu.
“Langkah ini dimulakan dengan peniaga dalam talian yang menjual produk atau barangan menerusi platform Lazada dan akan diperluaskan bagi pasaran dalam Internet antaranya Fashion Valet dan sebagainya."
Mengulas lanjut, Zahrah berkata langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.
Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo mudah tu plak cane ek
org tu cuma nk let go barang je
selalu mmg xde SSM |
|
|
|
|
|
|
|
Makin sikit yang dapat BR1M. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pikir satu je.. cemaner dorang nak jejak online saler yg tak register tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ada cyber team yang selalu stalk instagram atau fb online sellers ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|