CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3214|Reply: 43

[Tempatan] Dari anak hingga ke cicit, kebanyakannya doktor, 45 orang doktor!

[Copy link]
Post time 29-5-2017 10:33 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN, 28 Mei — Keluarga  mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai anggota yang paling banyak menjadi doktor.

Kesemua mereka berjumlah 45 orang, yang merupakan anak, cucu dan cicit Lim.

Lim, yang meninggalkan balunya, Loo Siew Chin, sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan bagi kesemua 11 anak mereka, dan hasilnya, lapan daripada mereka menjadi doktor.

Loo, 95, yang pernah menjadi penoreh getah bersama suaminya, berkata walaupun menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga besar dengan pendapatan mereka yang tidak seberapa, tetapi mereka tidak pernah patah semangat untuk melihat kesemua mereka berjaya dan menikmati kehidupan yang selesa.

Hari ini, dalam keluarga berkenaan terdapat 45 doktor, 20 daripada mereka adalah doktor pakar dan seorang bergelar profesor madya di Universiti Malaya.

Daripada sembilan anak lelaki dan dua anak perempuan Loo, anak lelaki sulungnya, Datuk Dr Lim Boon Sho, kini mengendalikan Klinik Lim di Nibong Tebal.

Menurut Dr Boon Sho, bapanyalah yang memberi semangat kepada mereka untuk menjadi doktor supaya dapat menolong adik beradik lain yang sering sakit.

Dr Boon Sho, anggota kelurga Lim yang pertama mendapat kelulusan sebagai doktor, berkata dia mula mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di India pada 1964.

“Semasa kanak-kanak, kami sering jatuh sakit dan bapa saya menghantar kami ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan sering dihimpit kekangan kewangan, bapa saya mendapat idea agar terdapat seorang doktor dalam keluarga kami agar dia boleh menjaga yang lain.

“Setelah saya menamatkan pengajian, seorang demi seorang adik beradik saya mengambil laluan sama,” katanya kepada Bernama pada majlis makan malam keluarga itu di sini malam tadi.

Dr Boon Sho, yang pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap dari 1986 hingga 1990, berkata selepas kematian bapanya sembilan tahun lalu, keluarga itu menjadi semakin menyintai dunia perubatan.

“Kami adik-beradik sering berbual mengenai perubatan, tetapi kami tidak memaksa anak kami menjadi doktor, cuma ingin mereka mendapat pendidikan yang baik,” katanya.

Daripada 10 adik beradik Dr Boon Sho, tujuh menjadi doktor iaitu Dr Lim Boon Sin, 68, Dr Lim Boon Ben, 66, Dr Lim Boon Seng, 64, Dr Lim Boon Hock, 59, Dr Lim Boon Han, 55, Dr Lim Boon Kiong, 52 dan Dr Lim Boon Aik, 50.

Kakak sulung Dr Boon Sho, Lim Ai Hwa, 76, adalah suri rumah, adik lelaki bongsunya, Lim Boon Tai, 62, menjadi ahli perniagaan dan adik perempuan bongsunya, Lim Ai Ching, menjadi peguam.

Sementara itu, Dr Boon Han, yang juga pengerusi Gerakan Nibong Tebal, berkata dengan terdapat lebih 45 doktor dan pakar dalam keluarga itu sekarang, ada perancangan untuk membuka sebuah hospital swasta yang dikendalikan kelurga Lim.

“Mungkin suatu hari nanti, kami dapat perkenalkan sebuah hospital keluarga Lim, tetapi semua itu masih terlalu awal dan baru di peringkat perancangan,” katanya.

Menurut beliau, keluarga itu yang kini mempunyai kira-kira 100 anggota daripada empat generasi, menjadikan suatu kemestian bagi mereka untuk berkumpul pada setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, dengan perubatan menjadi topik utama perbincangan mereka. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 10:58 AM | Show all posts
yarobi ramainya. berapa agaknya bapaknya tu berbelanja menanggung kos sekolah anak2 tu.

keluarga cina tradiosional ni mmg latih anak2 diorang jd ahli akademik berbeza dgn cina moden harini yg tak kisah anak diorang jd apa asalkan tau buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:01 AM | Show all posts
Tapayana replied at 29-5-2017 10:58 AM
yarobi ramainya. berapa agaknya bapaknya tu berbelanja menanggung kos sekolah anak2 tu.

keluarga ...

Seharusnya dapatkan biasiswa. Kos belajar doktor bukannya murah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:10 AM | Show all posts
pestime dgr org cina anak 11

igt melayu sunni je pandai membiak byk2..



tp kagum la bapaknye berjaya didik anak2 jadi org berjaya lebih2 lg jd doctor..

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:11 AM | Show all posts
woww ramai dr...terbaik la and patut masuk guinness record ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 11:44 AM | Show all posts
aku kesian kalau salah seorang family nie jatuh sakit...kalau doktor yang merawat tu tak competent, kena berjawab pulak dgn family member yang terdiri dari doktor2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lak yg bangga w/pun bkn sedara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow kagumnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:16 PM | Show all posts
Bangga mendiang bapaknya anak anak semua elok jadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:17 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 29-5-2017 11:10 AM
pestime dgr org cina anak 11

igt melayu sunni je pandai membiak byk2..

Pernah ada colleague Cina anak ke 16 dari 16 adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job!
Best tang hampir semua sama minat tp kesian yg xjd doc tu bosan asyik dengar sembang topik diorang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 02:19 PM | Show all posts
biasanya Cina anak cuma 1-2 org shj
memang jarang lebih dari 5 org
ni pulak 11 org!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:21 PM | Show all posts
Dah banyak kali jumpa family Dr sebegini dari pak sampai ke cucu pun ada yang jadi Dr
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:28 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 29-5-2017 11:10 AM
pestime dgr org cina anak 11

igt melayu sunni je pandai membiak byk2..

tengok umur Lim senior ni boleh tau zaman beliau.

masa tu tak cina tak melayu memang anak ramai....


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:29 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-5-2017 02:28 PM
tengok umur Lim senior ni boleh tau zaman beliau.

masa tu tak cina tak melayu memang anak ramai ...

mak ko perempaun kotor betina jahat penjual puki mak ko itewwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu malam x da aktiviti melainkan buat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga Lim Teong Kim bekas pemain bolasepak kebangsaan lagi hebat 17 adik beradik..kebanyakkan hebat dalam sukan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
M.Rose replied at 29-5-2017 12:00 PM
Aku lak yg bangga w/pun bkn sedara.

I pulak tergelak baca komen u..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:43 PM | Show all posts
kagumnya                                          
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067519 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list