CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 13

[Tempatan] FAMA kononnya bagi jaminan, realitinya harga kelapa dan santan segar naik

[Copy link]
Post time 29-5-2017 10:38 AM | Show all posts |Read mode


PERMATANG PAUH 28 Mei - Di sebalik jaminan yang diberikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bahawa harga kelapa tidak akan mengalami kenaikan, perkara sebaliknya dapat dilihat berlaku awal Ramadan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Seberang Jaya mendapati pekedai memberi alasan terpaksa menaikkan harga sehingga RM1 berikutan kenaikan kos pembe­lian daripada pemborong.

Pemilik kedai runcit , Luthufulla Khan berkata, tahun ini dia menjual kelapa pada harga RM2.55 sebiji berbanding RM1.55 ketika Ramadan tahun lalu.

Katanya, tindakan berkenaan terpaksa dilakukan kerana pembekal menjual bekalan kelapa kepadanya dengan harga mahal.

“Harga sekilogram santan segar pada tahun ini pada kadar RM8 berbanding RM6 pada tahun lepas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

FAMA sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang akan berlaku kenaikan harga kelapa dan santan memandangkan kerajaan telah mengimport tambahan sejuta biji kelapa dari Indonesia bagi memenuhi permintaan pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Mengulas lanjut, Luthufulla berkata, bekalan kelapa yang berkurangan sehingga 20 peratus tahun ini juga mendorong harga barangan tersebut meningkat mendadak.

“Biasanya saya memperoleh sehingga 250 biji kelapa untuk dijual dalam tempoh seminggu, tetapi kali ini saya mendapat kurang daripada itu atas alasan bekalan kurang,” katanya.

Pada masa sama katanya, bekalan kelapa yang dieksport dari negara jiran didapati tidak berkualiti dan mudah rosak.

Sementara itu seorang lagi peruncit, G. Meheron berkata, dia juga terpaksa menaikkan harga jualan kelapa dan santan segar di kedainya memandangkan dia membelinya dengan harga lebih mahal daripada pembekal.

Katanya, tahun ini harga kelapa dijual antara RM2.40 dan RM2.70 sebiji bagi kelapa parut berbanding RM1.80 hingga RM2.40 tahun lepas.

“Bekalan pada tahun ini agak berkurangan, namun saya berharap akan mendapat sekitar 300 biji kelapa seminggu untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Asiah berkata, dia terpaksa membeli kelapa tersebut walaupun berlaku peningkatan harga yang mendadak.

Katanya, ada beberapa kedai yang menjual pada harga RM1 lebih mahal berbanding tahun lalu.

“Saya terkejut kerana kerajaan memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi dan harga tidak naik, tetapi pada hari pertama puasa harga sudah naik. Saya harap pihak berwajib dapat pantau kenapa jadi begini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 10:55 AM | Show all posts
syukur jelah
cuba kalau negara kita padang pasir mcm arab dan xde laut mcm mongolia MESTI harga santan jadi RM20 dan Ikan jadi sekilo RM60.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:03 AM | Show all posts
Boikot jah. X perlu makan makanan bersantan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la kt tmpat aku rm8.50 skilo santan. Kt kg kedah santan rm14 skilo. Kelapa xde, org kg sllu tnam klapa sndiri pun beli gak sbb pkok klapa xmnjadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:17 AM | Show all posts
mana ada harga barang turun ABAM!!!...

2017 ni bukan 2007..


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
guna santan kotak je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 11:35 AM | Show all posts
dekat Bera, Pahang santan sekilo RM11-RM12
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:50 AM | Show all posts
Bukan ke orang Malaysia ni lagi suka makan santan kelapa sawit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 12:32 PM | Show all posts
zmn la ni mmg zmn barang naik je, mne ade turun2... kalau turun tu kena ade siasatan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 01:08 PM | Show all posts
kurangkan mknan bsantan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 01:30 PM | Show all posts
Di Melaka, pokok ada, tukang turunkan kelapa tak ada.  Kalau ada orang nak panjat pun mahal upahnya.
Tak tanya lagi kat mak di kampong berapa pulak harga kelapa dan santan sekarang.
Kita kat KL ni guna santan kotak aje.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 01:56 PM | Show all posts
Tak perlu le kerap makan makanan yang bersantan bakar stim rebus je le.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:10 PM | Show all posts


Mana @Simunggu ni? Tak nak beri sepatah dua kata ke untuk sokong menteri umno/bn ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 02:17 PM | Show all posts
mana gi cybertrooper UMNgok sejak dpt hp baru Samsung A9 Pro tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073690 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list