CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 9

[Tempatan] Pasaran tepu, cadangan bank-bank Islam bergabung

[Copy link]
Post time 29-5-2017 10:40 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 28 Mei - Penggabungan unit-unit per­bankan Islam di Malaysia adalah penting memandangkan pasaran itu semakin tepu de­ngan peserta yang mahu mencatat pertumbuhan, saran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Zukri Samat yang akan bersara tidak lama lagi.

Beliau berkata, penubuhan itu akan membolehkannya bersaing bukan sahaja dengan bank-bank Islam dalam negara, malah dengan institusi perbankan terkemuka dari segmen konvensional seperti Maybank dan CIMB.

Bagi skala lebih luas, bank Islam mega mempunyai potensi besar untuk mengembangkan operasi mereka di luar Malaysia, iaitu Indonesia, Kemboja dan Singapura sekali gus muncul sebagai menjadi peneraju serantau, katanya.

“Keseluruhannya, kita mempunyai 16 bank yang menawarkan produk pembiayaan Islam. Bagi negara kecil seperti Malaysia, ia adalah agak ‘sesak’, selagi kecil dan berasing-asing, adalah sukar untuk kita berkembang.

“Kemungkinan, akan ada beberapa bentuk penggabungan antara bank Islam, seperti yang telah dilakukan bank konvensional semasa krisis kewangan 1997. Masanya adalah tepat untuk penggabungan,” katanya kepada Bernama. Selepas krisis kewangan Asia 1997-1998, Bank Negara Malaysia mengambil langkah berani mengusahakan penggabungan secara besar-besaran membabitkan 58 institusi kewangan, yang terdiri 21 bank komersial domestik, 25 syarikat kewangan dan 12 bank saudagar, menjadi 10 kumpulan perbankan utama.

Kumpulan bank utama itu terdiri daripada Malayan Banking Bhd, Bumiputra-Commerce Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, Arab-Malaysian Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd, Multi-Purpose Bank Bhd, Southern Bank Bhd dan EON Bank Bhd.

Campur tangan itu, yang dimuktamadkan pada akhir 2000, telah memperkukuhkan sektor perbankan Malaysia dari segi kedudukan pasaran, kecekapan dan modal.

Begitu juga, Zukri turut percaya bahawa pengukuhan bank Islam melalui langkah penggabungan boleh melonjakkan pertumbuhan industri dan membantu mencapai aspirasi negara untuk menjadi hab global bagi perbankan Islam.

Beliau berkata, persaingan se­ngit telah memperlahankan kadar pertumbuhan purata bank-bank Islam di Malaysia daripada 15 hingga 20 peratus pada kira-kira antara 10 dan 15 tahun lepas kini kepada hanya lima peratus sejak lima tahun lepas.

Malah, bank Islam asing se­perti Kuwait Finance House, Asian Finance Bank dan Al Rajhi Bank Malaysia juga terkesan daripada pasaran sengit itu.

“Jika anda melihat kepada ang­ka pada hari ini berbanding 10 tahun lepas, mereka tidak mencatat pe­ningkatan ketara. Mereka hanya mencatat pertumbuhan yang perlahan dan secara berhati-hati,” katanya.

Pada 2014, tiga institusi kewangan terbesar Malaysia iaitu CIMB Group, RHB Capital dan Malaysia Buil­ding Society Bhd - berbincang untuk menggabungkan perniagaan mereka dan menubuhkan bank Islam mega, yang berpotensi menjadi antara syarikat pemberi pinjaman terbesar di Asia Tenggara dari segi aset.

Penggabungan tiga pihak itu tidak hanya akan memintas Maybank, bank terbesar Malaysia dari segi aset, untuk berada di kedudukan terkemuka malah cukup besar untuk bersaing dengan institusi kewangan utama dunia seperti HSBC dan Standard Chartered.

Bagaimanapun, rancangan penggabungan itu telah dibatalkan dan tidak dipedulikan lagi berikutan kejatuhan harga minyak mentah pada 2015.

Usaha untuk menubuhkan bank Islam mega di rantau ini, di Malaysia dilihat mula kehilangan momentum, seperti Indonesia yang telah mempertimbangkan untuk menubuhkan bank Islam mega pada 2015.

Rancangan untuk mewujudkan sebuah entiti utama bernilai AS$8 bi­lion melibatkan unit-unit patuh syariah - Bank Negara Indonesia, Bank Mandiri, Bank Tabungan Negara dan Bank Rakyat Indonesia - telah ditangguhkan susulan masalah perun­dangan dan pengawalseliaan berkaitan keperluan modal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 10:56 AM | Show all posts
cadangan yg akan hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:41 AM | Show all posts
harrypoter replied at 29-5-2017 10:56 AM
cadangan yg akan hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan....

Bank Islam Malaysia sendu di hari raya yer... jauh ketinggalan dengan bank2 lain.
Iols dulu ada akaun dengan bank islam pun sebab terpaksa. PTPTN masuk situ.
Dulu duit iols tersangkut antara luar ngan dalam kat deposit mesin dia ambik masa sebulan nak refund. iols hangin terus tutup akaun
Iols pelik bank islam ni bukan bank under MOF pun. tapi still bertahan sampai skrg ni. bank under MOF (agrobank, bsn, bank rakyat, sme bank, exim bank)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:48 AM | Show all posts
Bank Islam Malaysia nama gah...tetapi service
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:56 AM | Show all posts
contoh pengalaman sendiri terkena kelembapan bank2 bukan milik cina

tukar atm kat di ambank, wa sorg je yg nak tukar kad tapi mkn masa sejam, kejap kerani handle, pastu bagi kat officer dia, balik ke kerani, last pass balik ke officer baru dpt kad atm baru

ambank lagi, kali ni atm kad hilang, pergi branch lain dgn harapan siap cepat
sama gak kelembapannya


bayar saman parking mbsa kat bank muamalat, pelanggan wa sorg je.tu pun jaga suruh amik no
wa amik je la.kerani2 buat2 bz.pandang muka wa cpt2 tunduk konon2 wat keja
lebih 5 minit baru no wa dipanggil


patut la bank2 bukan cina ni tak maju2



wa tukar atm kad kat hongleong bank sorg kerani je handle, x sampai 10 minit siap
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:22 PM | Show all posts
dulu pernah berurusan dgn bank al rajhi
sunyi sepi tanpa pelanggan
xtaula ape diorg buat lambat nk panggil no
padahal diorg lebih kepada borak je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bank isle dah tak berkat ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:26 PM | Show all posts
xpernah berurusan dgn bank2 islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak segan Nak masuk bank Islam sebab Akak tak bungkos kepala
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cimb bank pun tak bg tukar akaun conventional ke akaun islamic...siap bg ceramah lg jgn tukar akaun ke islamic...lg nk org awam sokong:zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066029 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list