CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Tempatan] Edaran Mingguan Malaysia merudum. Dari 371,529 turun ke 282,962 naskhah

[Copy link]
Post time 29-5-2017 11:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 27 Mei – Biarpun industri penerbitan surat khabar mengalami zaman suram ekoran ledakan teknologi maklumat, akhbar Mingguan Malaysia kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu paling tinggi edarannya iaitu sebanyak 282,962 naskhah pada tahun lalu.


Menurut laporan ter­ki­ni dari Jun hingga Di­sember 2016 dikeluarkan firma pengauditan antarabang­sa, Audit Bureau of Circu­lations (ABC), jumlah tersebut meninggalkan jauh pesaing Ming­guan Malaysia, iaitu BH Ahad yang mencatatkan sekadar 90,809 naskhah manakala Metro Ahad pula 154,548 naskhah.

Kosmo! Ahad yang merupakan akhbar terbitan Kumpulan Utusan turut mencatatkan jumlah edaran membanggakan dengan 182,597 naskhah.

ABC turut melaporkan bahawa Utusan Malaysia mencatatkan edaran harian bersih kira-kira 123,575 naskhah manakala Berita Harian 91,229 naskhah.

Selain itu, ABC turut mengesahkan Utusan Malaysia merupakan akhbar elektronik atau e-paper berbahasa Melayu terlaris dengan jumlah peningkatan luar biasa pada 2016.

Utusan Malaysia versi digital mencatatkan sebanyak 71,755 langganan untuk tempoh Jun sehingga Disember tahun lalu.

Angka pada tahun ini mengatasi hanya 7,017 langganan dari tempoh Januari hingga Jun tahun lalu dan mencatatkan peningkatan hampir 10 kali ganda bagi separuh masa kedua 2016.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.144256 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list