Disebabkan rawatan wajah ini memang cukup mudah sekali dilakukan di rumah, masker dan wanita memang tidak dapat dipisahkan lagi.
Banyak pilihan masker di pasaran, pasti ada segelintir dari kita gemar membeli produk yang datangnya dari Korea.
Seperti semua sedia maklum, Korea Selatan merupakan salah satu negara yang penduduknya begitu mengambil berat sekali tentang hal-hal kecantikan dan rawatan kulit.
Sebut sahaja mahu produk yang mana satu, segalanya ada dan pastinya produk baru keluaran Korea yang satu ini memang lain dari yang lain.
Foto: Reddit
Disebabkan pengguna akaun Reddit dan ZeApollo memuat naik wajah mereka ketika memakai masker tersebut, terus ianya menjadi tular di internet.
Dipanggil sebagai 'Bubble Mask', ia dianggap sebagai trend kecantikan Asia yang sangat popular sekarang ini.
Fungsinya sama sahaja seperti pencuci muka berbuih, iaitu untuk membersihkan wajah dan mengekalkan kelembapan kulit.
Menariknya, bukan fungsi yang menjadi perhatian, sebaliknya muka pengguna yang memakai masker inilah yang menjadi bualan hangat orang ramai.
Foto: Today.com
Sebaik sahaja dipakaikan di wajah, terus buih-buihnya menjadi menebal dan menghasilkan gelembung-gelembung di muka.
Semakin lama dibiarkan terkena udara, masker ini menjadikan muka orang yang memakainya kelihatan lucu sekali!
Tak percaya tengok lagi gambar-gambar bawah ni:
Foto: Buzzfeed.com
Foto: Thepointofvu
Foto: Theodysseyonline.com
Bagaimana, ada tak yang mahu mencubanya? Jangan lupa ambil gambar dan muat naiknya di Instagram! -CARI |