CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9182|Reply: 201

[Tempatan] GST punca harga juadah bazar ramadan naik

[Copy link]
Post time 29-5-2017 02:53 PM | Show all posts |Read mode
GST punca harga juadah naik
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 MEI 2017

[url=]
[/url]







Mohd Yunus (tengah) di gerai murtabaknya yang dijual pada harga RM3 sebiji bagi ayam dan daging.


KLANG - Peniaga bazar Ramadan mengakui harga makanan dan minuman kali ini meningkat berikutan kenaikan harga barangan asas yang melambung sejak pelaksanaan GST di negara ini.
Tinjauan di bazar Ramadan Taman Sri Andalas mendapati rata-rata harga makanan dan air melambung sekitar 50 sen hingga RM2 dan tidak kurang juga terdapat harga yang masih kekal seperti kuih-muih namun saiznya dilihat lebih kecil.
ADVERTISING


[color=rgb(170, 170, 170) !important][color=#aaaaaa !important][color=rgb(121, 187, 233) !important]inReadinvented by Teads



Peniaga air buah dan cendol, Zaharah Abdul Hamid, 64, berkata, tahun lalu semua jenis air di gerainya dijual pada harga RM3 sebungkus.
“Namun kini saya terpaksa jual RM3.50 dan RM4 bagi air cendol selepas harga buah, santan, susu naik.
“Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian,” katanya yang menjual lebih 15 jenis air.
Dia yang berniaga di bazar berkenaan lebih 30 tahun lalu berkata, namun begitu kualiti rasa air buah dan cendol di gerainya masih dikekalkan demi kepuasan pelanggan.
“Kita tak akan kurangkan kuantiti buah atau sebagainya sebaliknya kuantiti yang sama masih dikekalkan seperti sebelum ini.
“Saya tak nak pelanggan tetap saya ‘lari’ kerana saya percaya kepada rezeki Allah, jika niat kita berniaga ikhlas Tuhan akan bantu,” katanya.
Sementara itu, harga murtabak ayam dan daging juga sudah meningkat 50 sen yang mana sebelum ini ia dijual pada harga RM2.50 sebiji.
Peniaga murtabak, Mohd Yunus Labbang, 37, berkata, murtabak di gerainya mengguna pakai ayam dan daging segar bukannya frozen.
“Harga ayam dan daging segar dah naik, jadi saya terpaksa naikkan harga makanan ini.
“Kita untung tak banyak, memang ada pelanggan mengeluh dengan kenaikan itu namun peniaga tak mampu buat apa-apa kerana kita juga kena fikirkan keuntungan,” katanya.
Dia yang berniaga murtabak sejak 11 tahun lalu bermula di Alor Setar, Kedah berkata, kemungkinan harga RM3 hanya akan dijual untuk beberapa hari ini sahaja di bazar ini.
“Saya dengar peniaga murtabak lain di sini akan naikkan harga kepada RM3.50, jadi saya pun kena naikkan juga untuk keselarasan harga di sini,” katanya.




ps : saya dah boikot bazar ramadan sejak tahun lepas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak pergi bazaar ramadhan .. dahlah harga mahal , rasa pun entah apa apa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-5-2017 05:49 PM

kat param air bungkus ikat tepi rm1 dah pupus.skrg plg murah pn air dlm cup rm2
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:02 PM | Show all posts
tahun lepas pn dah ada GST,,
alasangggg
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih2 yg biasanya rm2 utk 5 ketul dh naik ke rm0.50 seketul trmasuklah karipap inti 'angin' ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:05 PM | Show all posts
Kalau tak silap dulu nasi ayam boleh dapat dalam RM3.50. Skrg harga dalam RM5 - RM6 gitu

@aechae
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 03:06 PM | Show all posts
Zaman berjimat-cermat sudah tiba...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm pgi pasar ramadan kt tmpat akak..kueh 4 ketoi rm2, gulai kawah satu tupperware rm7..huhuhu belilah jgk sbb rasa nak mkn..yg sayor2 mmg masak sndiri kak umah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 03:07 PM | Show all posts
Aku slalunyer akan beli kt peniaga tepi jln yg dh slalu meniaga time bulan biasa..kalo pegi kt bazar mmg susah nk carik yg sedap + mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:08 PM | Show all posts
ultra78 replied at 29-5-2017 03:05 PM
Kalau tak silap dulu nasi ayam boleh dapat dalam RM3.50. Skrg harga dalam RM5 - RM6 gitu

@aechae

tu harga zaman dinosor
sekarang ni ayam seketul pon koman2 3.50..
apa ko hengat die nak bagi nasik ngan sayur pree?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:08 PM | Show all posts
koser la pergi bazar, semak jah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo nk letak harga mahal biarlah seiring dgn kualiti..kalo karipap inti oksigen..lauk brbuka dh basi...jual air tangan kudis kuku panjang..dmanakah amanah sebagai prniaga
yg dh kawen mngkin ada solusi masak sendiri kat rumah..yg bujang2 ni la kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli kuih kole kacang, dua potong RM2
Nasib baik 1 potong itu sama besar biskut cracker.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:11 PM | Show all posts
1st day puasa aku pergi bazar kg baru. masalahnya, limited choice. banyak sangat kedai yang jual nasi putih ayam goreng kunyit dengan harga antara RM6-RM7. Kuih okay la. RM2 untuk 5 bijik. N dapat beli nasi beriani bajet nasi melimpah dengan RM6.50. Esoknya aku pergi bazar Setia Alam. Kuih RM2 untuk 3 bijik..kau rasa? memang aku tak beli apa la..terus balik. tak kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:25 PM | Show all posts
tahun ni nak pecah rekod tak jejak kat param





Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tanya Mat Maslan kerana dia lebeh tau. Ntah2 dia pn tgh nega bazar ramadhan krn gaji makin ciput
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 03:28 PM | Show all posts
macamana yek org kt kota new york boleh bagi pizza free/bayar ikut berapa ada kt gelandangan...
padahal kos hidup sana lg mahal...

kita kt sini meniaga warung nak roboh pun caj macam restoran bintang michelin
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:29 PM | Show all posts
kecimpret replied at 29-5-2017 03:25 PM
tahun ni nak pecah rekod tak jejak kat param

tak silap aku ade sorang mantan menteri kata GST akan menyebabkan harga turun
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:29 PM | Show all posts
1st day puasa beli murtabak rm8 sekeping
dengan kelam-kabut nya, dengan kering nya, dengan saiz kecik nya
so thats is la kot
no more bazar this year
masak sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:34 PM | Show all posts
kenaikkan gst 6%..

tp ko naik harga makanan lebih dari 6%..

roti john panjang RM9
Ayam golek pun dah RM20..... harga ko naik kan.. saiz ayam pun ko kecikkan...


pastu mengeluh ckp xuntung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080534 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list