Udang palsu dilaporkan sudah memasuki pasaran Malaysia apabila video seorang lelaki yang mendedahkan tentangnya tular di media sosial.
Dalam rakaman berkenaan lelaki tersebut mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.
Sekali pandang memang nampak macam udang tetapi sebenarnya hanya palsu belaka.
Memetik laporan mStar Online, rakaman berdurasi 32 saat itu menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding asli.
"Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi 'udang jeli' tak merah selepas direbus," katanya memberi peringatan kepada penduduk khususnya di kawasan Kuala Lumpur.
"Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang," tambahnya.
Foto: Carian Internet
Laporan tentang makanan palsu bukanlah asing lagi kerana sebelum ini terdapat telur, beras dan tembikai, juga didakwa palsu dan dibawa masuk dari China. -CARI
Aku rasa macam pernah termakan udang fake import dari Vietnam - beli dah siap pack kat kedai runcit Asia di OZ. Aku tertanya2 kenapa udang ni tak sedap, tak manis. Texturenya pulak kenyal dan liat macam makan getah. Sejak tu aku beli udang kat fresh market je.