Edited by EJALTI at 1-6-2017 08:55 AM
Penumpang Pesawat MAS Dakwa Penerbangan Dirampas
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/31/mh128/
Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 11:13 PM
Oleh: HASRIQ AMIRUDDIN
[email protected]
PETALING JAYA: Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa berpatah semula ke Melbourne, Austalia selepas cuba dirampas oleh seorang penumpang.
Insiden itu dilaporkan menerusi Twitter milik Brendan Grainger yang mendakwa seorang penumpang cuba memasuki kokpit selepas mendakwa memilik bahan letupan.
Ujar lelaki yang dipercayai berasal dari Australia itu, kejadian terbabit berlaku pada penerbangan MH128 yang berlepas dari Melbourne menuju ke Kuala Lumpur.
Malah Grainger turut memuatnaik aliran penerbangan terbabit yang menunjukkan laluan pesawat itu melakukan pusingan ke Melbourne.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter bernama Mintakul Buruj mendakwa, pesawat itu masih berada di dalam landasan terpencil dan pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.
Dakwanya, jalan utama ke lapangan terbang Melbourne turut ditutup dan terminal berkenaan dikepung.
Sementara itu, MAS menerusi satu kenyataan berkata, penerbangan MAS dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu terpaksa berpatah semula ke Melbourne ekoran gangguan seorang penumpang.
Jelas kenyataan itu, pesawat terbabit berlepas pukul 11.11 malam waktu Australia dan dijangka tiba pukul 5.28 pagi Khamis.
Namun pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula selepas kapten penerbangan itu dimaklumkan oleh krew tentang tindakan seorang penumpang cuba memasuki kokpit.
"Syarikat MAS amat mementingkan keselamatan.
"Pesawat MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pukul 11.41 malam dan ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunggu tindakan lanjut pasukan keselamatan," tambah kenyataan itu.
|