Anda suka tak dengan lelaki bertubuh tegap dan gagah atau istilah muda-mudi kini 'sado'? Ha, kalau nak tahu, penyanyi Haqiem Rusli, 19, memasang impian untuk memiliki tubuh sasa berketul. Macam manalah rupanya nanti ya?
Foto: mStar Online
Memetik mStar Online, terdapat beberapa sebab kenapa dia berhajat sedemikian.
"Sebenarnya sejak dulu saya teringin nak dapatkan bentuk badan yang kemas apalagi melihat kawan-kawan seusia sudah mula ke gim.
"Untuk saya tak 'sado' sangat pun tak apa, asalkan 'fit' dan bila kita pakai baju nampak lebih segak dan kemas.
"Nak pikat siapa? Entahlah, tapi ia lebih kepada kepuasan diri. Bila kemas, keyakinan diri pun bertambah," katanya kepada mStar Online.
Foto: IG Haqiem Rusli
Tambah penyanyi lagu Tergantung Sepi itu, dia dan beberapa rakan sudah membeli protein bagi tujuan itu namun masih belum berkesempatan ke gim kerana sibuk dengan karier.
"InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, selepas Aidilfitri depan saya mula.
"Kalau nak diikutkan sibuk, sampai bila pun tak akan habis apa lagi sekarang saya mula berjinak-jinak dalam lapangan penciptaan," katanya.
Wah, mesti ada 'crush' ni. Kalau takkan lah tiba-tiba sahaja menyatakan impian untuk bertubuh sado kan? - CARI
Post time 2-6-2017 11:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols perasan yg budak2 awal masuk gym utk build body ni biasanya akan jadi pendek...maybe sebab banyak angkat berat ke...budak lelaki akan stop meninggi umur 21 kan...so haqiem iols suggest u bagi bdn berkembang naturally dulu pastu baru bina badan...tak cantik kalau bdn sado tp pendek