Seorang wanita parah ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas dipercayai timbul perselisihan faham mengenai perhubungan antara mereka.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam kelmarin di Taman Serindit, dekat Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Memetik laporan Bernama, mangsa berusia 23 tahun dari Kampung Alor Gandas telah bertemu dengan teman yang sebaya dengannya untuk membincangkan soal hubungan mereka.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan cinta telah bertindak menikam mangsa.
“Akibat tidak dapat menerima hasrat mangsa, suspek bertindak ganas dengan menikam perut mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lutut dan jari akibat berlaku pergelutan.”
Beliau berkata mangsa yang mengalami pendarahan teruk di bahagan perut telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan.
Mohd Rozi berkata polis sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- CARI
Post time 6-6-2017 08:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Laki sekarang ramai panas baran.. ni maybe contohnya... bila pompuan tu nak larikan diri dgn putuskan hubungan dengan laki spesis baran ni, jadi plk kes tikam menikam.. bahaya betull
Post time 6-6-2017 09:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dlm fb rmai jntan meroyan ckp prmpuan ni msti dh permainkn suspek sedangkn suspek cinta mati n berhabisan. Apa hal ntah jntan fb..memandai jer wat ksimpulan sbb pmpuan tu mnta ptus.. ni msti perangai spesies budak2 yg bunuh zulfarhan tu. Klau dh kena tggal tu move on la.. silap skit nk serang n bunuh org.. mana lah org x ckp prgai serupa terrorist.
Post time 6-6-2017 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pemikiran orang lelaki ni sgt misteri la..tak faham kita...ada yg gila.wanita sampai berscandal mendel..ada yg sayang sgt seorang wanita,taknak lepaskan sampai tikam menikam..lelaki ni soo complicated...