|
Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Khamis.
Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.
Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di Shah Alam pada kira-kira 10 pagi Jumaat.
"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," kata sumber dari Istana Selangor.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan semoga roh Almarhum mendapat rahmat Allah SWT.
"Terima berita sedih kemangkatan YAM Tengku Puteri Sofiah, adinda Sultan Selangor. Moga roh (Almarhum) dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam catatan di laman Twitter.- CARI |
|