Baru-baru ini, portal Sarawak Report mendedahkan seorang lelaki yang dikenali Gopinathan Krishnan didakwa mengutip wang perlindungan untuk polis merupakan kenalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Sehubungan itu, memetik laporan Malay Mail Online, Tan Sri Khalid mengakuinya apabila ditanya oleh pemberita dalam satu sidang media sebentar tadi.
“Ya, saya mengenalinya dan dia juga dikenali oleh keluarga saya.”
Tegas Khalid, beliau tidak akan bersekongkol dengan penjenayah yang terlibat dalam kegiatan haram dan akan kerjasama penuh dengan SPRM dalam siasatan.
“Dalam kes ini, Gopi ini, jika dia melakukan kegiatan haram, kes yang sedang disiasat SPRM ini, saya dan pegawai saya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan.”
Selain mengenali Khalid, menurut portal tersebut, lelaki berkenaan juga pernah berhubung dengan ipar Tan Sri Khalid dan lebih kerap berhubung dengan seorang anaknya.
“Mereka yang mengenali saya dan keluarga saya, jika mereka melakukan sebarang aktiviti haram, mereka perlu menjawabnya,” katanya.
Pembabitan Gopinathan, atau disebut Gopi sahaja, terdedah berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai polis.- CARI
Post time 14-6-2017 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni satu satunya IGP yg terpalit mcm2 isu
-pasal sedara mara ada company supplies senjata
-si abg terbabit demo kes gereja kg medan
etc
Selagi sokong umno, sure sesuci embun
Oleh sebab dia kenal suspek jadi dia pun turut dituduh terlibat sama?
Logik apa macam ni?
Kalau macam tu, kita boleh tuduh & libatkan siapa2 saja yang kenal atau ada hubungan darah dengan mana2 penjenayah di muka bumi ni sebagai terlibat sama dengan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah itu?
This is just another twisted and disgusting logic for the ultimate purpose of defaming the IGP and by extension the current head of the government.
Post time 14-6-2017 11:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah kawan tu tukang kolect duit utk aktiviti jenayah...blh telefon igp pagi pagi...rapat pulak dgn anak igp...kalau di jepun mmg dah letak jawatan ...tp jepun lain...jepun rakyat dia bermaruah unlike negara kita esp kerajaan kita
Post time 14-6-2017 11:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dia ni mmg teruk..tp msia ni dr msian officer no1.first lady.kpm semua jns mula kulit bewak.lgsg xde integriti dan maruah.janji dpt duit,org kutuk pun bolayan.