View: 9886|Reply: 58
|
hakikat disebalik dia suamiku
[Copy link]
|
|
Edited by anamyraa at 16-6-2017 01:08 PM
Assalamualaikum...
harap kisah ini sebagai pedoman buat insan2 yang bakal berkahwin dan baru berkahwin dan yang senasib.. Allah uji kerana kita mampu.
saya berkahwin dengan dia B pada tahun 201_. kami bertemu secara family matching. kami tak kenal. tak bercinta. bukan suka sama suka. saya terima dia bukan atas kehendak sendiri tapi bila saya kata terima, saya ikhlas terima dia. ikhlas untuk belajar cintakan dia.
dalam sebulan selepas terima lamaran, kami bertunang dan 2 bulan seterusnya kami nikah tambah tolak perkenalan kami hanya 3 bulan. dalam tempoh bertunang kami langsung tak berhubung. kami berhubung hanya kerana urusan kahwin..saya cuba menjaga batas apa yang patut dijaga. Dalam banyak2 lamaran yang datang sebelum dia.. saya terbuka hati untuk pilih B kerana saya rapat dengan family dia..dan kerana family B sangat baik dalam soal agama. family yang sangat saya kagumi selama ini.saya sangat berharap B juga begitu dan membimbing saya. saya sangat mengharapkan perhubungan yang terjaga dari maksiat dan diredhai tuhan.
tetapi setelah berkahwin Allah uji saya dengan ujian yang sangat berat. dari hari pertama kahwin dia selalu tidak pedulikan saya. membiarkan saya seorang diri tidak memberi layanan seperti pasangan lain. sejak itu, saya mula curiga adakah dia gay? tapi tak mungkin, dia nampak sempurna seperti lelaki normal. malah bertubuh sasa(sado).. saya cuba berbaik sangka.. mungkin dia malu dengan saya atau tidak biasa.. lama kelamaan.. saya semakin curiga.. dia sangat rapat dengan 'abang angkat' dia. handphone dia tidak benarkan saya lihat.. bercakap telefon jauh dari saya. banyak tindakan dia seperti menyorokkan sesuatu dari saya. tapi saya masih cuba untuk bersangka baik. akhirnya sampai satu detik saya terbaca suatu catatan silam.
dalam luahannya itu dia sedang memerhati tubuh badan lelaki yang sasa dan tegap yang diminatinya. dan dia sangat cintakan lelaki itu... katanya dia sangat rindu sayang.. dan suatu hari nanti akan katakan 'i love you' pada lelaki tersebut.. dalam catatannya itu ada beberapa lelaki yang dia sangat suka bukan seorang. dan dia sangat mengharapkan hubungan yang lebih dari itu..setelah baca hati nie sangat2 kecewa..sungguh dia tidak pernah kata rindu cinta dan sayang pada saya..walhal saya tanya pun dia tidak jawab. sanggup bergaduh hanya kerana saya bertanya "awak rindu saya tak?".tidak layakkah seorang isteri bertanya soalan seperti itu? tidak layakkah saya? saya tidak berhenti menangis..betapa terlukanya hati nie..
saya tanya lagi "kenapa awak kahwin dengan saya?"
dia jawab. "sebab saya mahukan anak dan saya tidak berkahwin untuk sebuah penceraian".
adakah benar? orang berkata, seorang yang berjiwa songsang berkahwin untuk mempergunakan wanita sebagai cara untuk menutup perbuatan mereka. adakah untuk menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka adalah lelaki straight (normal).?atau hanya sekadar tuntutan masyarakat dan keluarga untuk berkahwin? adakah saya nie hanya mangsa yang diperalatkan..? saat nie hati mula bersangka buruk. macam2 difikiran.
hasil selidik saya dapati kawan2 dia kebanyakan golongan sepertinya. berkenalan melalui laman sosial. kebanyakan umur yang agak berusia (tua). jika difikirkan logik. macam mana la mereka ini boleh berkenalan dan berkawan. agak meragukan. akhirnya dia mengaku dia sebenarnya penghidap penyakit naluri songsang (gender dysphoria) sedari kecil. sekarang di depan saya dia menangis. katanya dia tidak minta semua tu terjadi pada dirinya. naluri pelik tu datang sendiri sejak dari sekolah rendah tanpa dia sedar. sudah beberapa kali dia usaha untuk buang naluri pelik tu. dan sekarang dia sedang usaha untuk buang naluri tu. hari nie bila ditanya, dia menangis lagi katanya susah..dia tak boleh buang naluri tu tapi dia kata dia boleh cuba untuk bertahan.. saya telah terluka sewaktu awal kahwin,.dan kini saya dapat jawapan punca dia layan saya macam tu.. adakah saya dapat terima? bila teringat balik, sewaktu dia tinggal jauh dari saya, dia tidak mesej or telefon saya. tapi dia boleh mesej kawan dia. sebelum nie hampir selalu cakap dalam talian bersama abang angkatnya, sangat mesra. tidak pernah dia layan saya semesra itu. kebiasaannya, apabila sekali sudah hilang kepercayaan. ianya tak akan kembali seperti biasa. saya sentiasa ragui dia. sentiasa selidik dan perhati gerak geri dia. setelah terbongkar siapa dia. layanan dia pada saya nampak ada perubahan tapi masih dingin. kami tak macam pasangan bercinta. mungkin sayang kami, hubungan kami seperti adik abang. hubungan tanpa kasih dan cinta. kadang terfikir emosi yang tidak dipenuhi. adakah cukup nafkah batin?
dulu, kaum adam yang datang mendekati. selalunya saya didekati bukan saya yang mendekati. sesuai dengan fitrah lelaki. tahap tertarik pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita. tapi bila saya dah ada suami dia tak peduli. dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu. saya yang hubungi dia dulu.dalam hubungan yang saling mencintai mereka selalu berusaha saling melengkapi. bukan seorang sahaja kan..? saya tak nafikan dan saya tahu dia ada usaha juga mengikut kemampuannya. cuma saya harap dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah. saya berharap dia benar2 bertanggungjawab. tidak dinafikan memang dia ada usaha untuk berubah cuma kadang2 tidak meyakinkan saya. saya bimbang dia curang di belakang. di tempat awam mata dia selalu tengok lelaki. gay dll mereka boleh detect sesama sendiri kan? mereka saling renung depan saya.. saya perhati dan sakit hati. hubungan kami baik, nampak bahagia di mata orang. tapi secara dalaman hati saya terseksa. saya tak tahu sejauh mana dia akan betul2 berubah. perubahan itu yang sangat saya harapkan..dia kata dia mampu bertahan sebab berkahwin dan ada saya. cuma kadang2 saya ragui, adakah benar? ramai gay diluar sana yang ramai anak. saya tak nafi. dia baik, sangat penyabar, solat tak tinggal. kadangkala berjemaah di masjid. datang dari keluarga yang sangat jaga soal agama. doakan saya.. semoga diberi kekuatan dan petunjuk..
******
dan hari ini setelah bertahun konflik itu berlalu saya berjaya laluinya sampai ke fasa ini. ramai yang tertanya2 adakah kami sudah bercerai. ada yang emel saya. bertanya khabar dan meminta pendapat kerana dia juga senasib dengan saya.
apa yang saya sedang hadapi masa tu memang saya rasa sangat teruk. tapi jika saya lihat balik secara positif ujian tu membuatkan saya lebih rapat dengan suami. bila dia sedar saya tahu kekurangan dia. mungkin ada timbul rasa bersalah dalam diri dia. saya menangis sedu dia akan pujuk saya dan tak tinggal saya seorang diri. saya sangat down masa tu. dia akan ada sebelah saya walaupun saya marah2 dia. dalam hal suami isteri. bila diuji kita akan nampak keburukan sahaja sampai kita buta untuk melihat kebaikan yang ada dalam dirinya. setelah diri semakin tenang. saya cuba senaraikan kebaikan dan kekurangan dia. hasilnya peratus kebaikan dia lebih tinggi berbanding kekurangan dia. saya semakin sedar sebenarnya dia seorang suami yang baik. cuma kekurangan itu menutup segala kelebihan yang dia ada. dia diuji dengan kecelaruan nalurinya. bukan dia minta. mungkin naluri itu wujud hasil pengaruh persekitaran atau pengaruh orang sekeliling sewaktu dia sedang membesar dalam mengenal erti kehidupan. puas saya cari puncanya tapi tiada jawapan tepat yang saya jumpa. pada isteri2 yang diuji dengan suami yang mempunyai masalah gender dysphoria jangan terburu2 untuk terus membuat keputusan. kita wanita perlu celik minda. perlu kaji dan selidik dahulu. mereka yang diuji dengan masalah nie ada macam2 peringkat. tidak semua yang terjebak dengan gejala sosial dan seksual. ada yang bertarung bertahun2 dengan naluri sendiri untuk menjadi normal. saya pernah berhubung dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti suami saya. mereka luahkan rasa hati mereka. saya rasa sedih. kita sebagai isteri perlu memberi sokongan bantu mereka jika benar ingin berubah. saya pernah berhubung dengan prof dan ustaz yang incharge masalah nie. mereka berpesan kuatkan pegangan agama. ujian ini agak rumit tetapi ada penyelesaian. kepada mereka yang ingin berubah. ada jalan. cuma jangan cepat putus asa. kini apa yang saya nampak dalam mata dia masa renung saya ada rasa kasih. bila saya sakit melahirkan anaknya dia turut menangis. kini dia selalu mengalah dengan saya dalam banyak hal. kadang2 bila saya curiga dan bersangka buruk padanya dia akan bersabar dan diam bila saya marah2 dia berkaitan kisah silam. dari cara dia layan saya mula keliru adakah dia sudah mula cintakan saya, isteri dia?
>>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain.. amiin..
KEPADA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI MASALAH KECELARUAN NALURI DI LUAR SANA............
saya mohon dan merayu sangat2..
jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay/lesbian/ LGBT atau PLU tidak mahu berubah..
saya mohon tinggalkanlah pasangan anda dengan cara baik..
saya yakin anda bukan seorang yang zalim..dan..janganlah berkahwin jika anda tidak mahu berubah.. ia akan menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda benar2 mahu berubah...
in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan. yakinlah. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kekdahhhnyaaa salah thread ke TT |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun meols ngertik perasaan ini namun salah bod yach! mohon mod @lonely_surina @annehuda pindahkan ke bod pp sana |
|
|
|
|
|
|
|
Beria baca ingatkan suami dia artis! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-6-2017 11:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
maaf2.. macam mana nak tukar? boleh bantu saya tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wlupun salah board tp iol baca smpai hbis. Iol ada kwn gay yg dah kawen, okla layan ckup rasa... tp dunia songsang still diorg x dpt tgalkn cuma kurang ckit la kut |
|
|
|
|
|
|
|
Awk ni pelakon drama apa drama apa? Ke penyayi? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm masuk page KRT plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tt ni restis ke? Motip luahan perasaan masuk bod gosip |
|
|
|
|
|
|
|
igtkan ada gosip baru ke apa...haiya..huuuu |
|
|
|
|
|
|
|
apakah? kenapa terdampar di bod gossip? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat skrip drama baru
ganti andainya takdir |
|
|
|
|
|
|
|
So shuben bohsia chuols tu taste abah abah lah khuens |
|
|
|
|
|
|
|
Sian tt. Tahniah semoga terus tabah.
Any script writer, boleh la buat tele guna cerita tt ni. Cadangan pelakon:
Rozi sang dewi, sherry ibrahim
Best fren, senang nak berlakon bersama |
|
|
|
|
|
|
|
aku.semut.merah replied at 16-6-2017 11:00 AM
Ko dah kenapa TT??? Ko ingat ko retis tersohor ke buka benang kat sini??? :::
aku pun nak komen cam u sis. Mula2 baca dh nmpk tt merapu meraban. Tk dpt jadi retis ka tt |
|
|
|
|
|
|
|
Retis sendu mana ni woiii... TT ni buat draft drama pukul 7.00 tv3 ke hapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|