Nak beli sebungkus kerepek kentang dan sebotol minuman yogurt, tapi malas berhentikan kereta, seorang lelaki sanggup memandu terus untuk masuk ke dalam sebuah kedai runcit di China.
Memetik laporan People's Daily, kejadian tersebut telah dikongsikan menerusi twitternya hasil rakaman kamera keselamatan kedai di Zhenjiang di wilayah Jiangsu.
Convenience store drive thru(in)? Shocking CCTV footage shows man drove car into convenience store in E China only to save time from parking pic.twitter.com/1EiTfEnGCN
— People's Daily,China (@PDChina) June 13, 2017
Paparan video jelas kelihatan ketika kejadian, pekerja dilihat dalam keadaan terkejut sambil berlari ke arah kereta berkenaan sebaik ia berhenti di dalam kedai itu.
Kemudian dilihat dia menyerahkan beberapa barangan dari rak kedai itu sebelum mengambil wang dan memulangkan baki kepada pemandu terbabit.
Tindakan pemandu itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Ada yang membuat andaian pemandu itu tidak mahu keluar dari kereta kerana hujan dan masa itu sudah agak lewat.
Namun bagi pengguna Twitter Ahas OConnor pula berpendapat: “Dia patut diberikan ‘A’ kerana amat kreatif!”
Walau bagaimana pun, pekerja kedai tersebut wajar diberi penghargaan atas layanannya yang cukup mesra buat pelanggan yang berperangai pelik itu.- CARI