CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99773|Reply: 2012

[Tempatan] 'PUASA FOR MALAYSIA’ PENGHINAAN KEPADA ISLAM, TAK WAJAR DITERUSKAN .

  [Copy link]
Post time 17-6-2017 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-6-2017 11:49 PM

'PUASA FOR MALAYSIA’ PENGHINAAN KEPADA ISLAM, TAK WAJAR DITERUSKAN - ANTARAPOS
SHAH ALAM - 14 Jun, Kempen ‘Puasa for Malaysia’ yang dijangka dianjurkan pada 17 Jun ini tidak wajar diteruskan kerana ia jelas merupakan satu penghinaan kepada agama dan masyarakat Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata, kempen yang kononnya dikatakan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia itu terang-terangan melanggar syariat Islam apabila telah lari dari niat asal iaitu berpuasa kerana Allah.

“Ini adalah menghina agama Islam kerana Islam mengajar bahawa berpuasa itu semata-mata kerana Allah, ini satu penghinaan, satu pendustaan kepada agama.
“Ini (puasa) benda syariat, maka ia merupakan ibadah, jadi ibadah ikhlas semata-mata kerana Allah, jadi sebab itu niat puasa kita kerana Allah bukan selain Allah,” katanya kepada Antarapos.

Beberapa hari lalu, tersebar satu jemputan di media sosial untuk mengajak rakyat Malaysia menahan lapar dan dahaga pada 17 Jun ini.
Difahamkan, ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, yang mana didakwa diadakan atas semangat solidariti bagi memupuk perpaduan dan keamanan selain menggalakkan persefahaman antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, terdapat laporan mendakwa kempen tersebut merupakan anjuran seorang pejuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang paderi yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan melibatkan belia-belia Islam.
Acara itu turut menjemput rakyat Malaysia mengadakan pertemuan untuk sahur dan berbuka puasa, masing-masing pada pukul 4.00 pagi dan 6.45 petang hari yang sama di dua restoran berasingan di Bangsar.

Mengulas lanjut, Ismail secara lantang menolak kononnya acara sedemikian mampu memupuk perpaduan sebaliknya ia lebih menjurus kepada pemikiran liberal yang merosakkan imej Islam.
Malah tegasnya, penganjur kempen tersebut wajar disiasat supaya mereka tidak sewenang-wenangnya melakukan ‘penghinaan’ terhadap agama Islam.
“Inilah pintu-pintu pemikiran liberal untuk meliberalkan syariat Islam, pakai otak, pakai akal sahaja.

“Mereka ni satu-satu nak merungkai syariat Islam, sedikit demi sedikit mereka nak meliberalkan, maka ini adalah agenda untuk melaksanakan dekonstruktivisme agama.
“Kita kena teliti siapa penganjur ‘Puasa for Malaysia’, kita kena tengok juga unsur penganjurnya sebab hal ini sangat ditekankan oleh Islam, penganjur itu kita kena kenali mereka, siapa mereka.

“Kalau ada keperluan, pihak berkuasa wajib memanggil mereka dan kalau belum dibuat lagi maka perlu dibatalkan perkara ini,” katanya lagi.
Sebelum ini Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid yang mengulas mengenai kempen itu berkata, ibadah puasa yang wajib ke atas umat Islam adalah kerana Allah.

Beliau menambah, selain berpuasa makan dan minum, umat Islam juga disarankan menjaga tatatertib dan kelakuan serta berbuat kebaikan dan memperbanyakkan ibadah.
Tambahnya, jika mahu Malaysia aman dan rakyat bersatu-padu, ia boleh dilakukan dengan cara memohon doa dan mendapatkan keberkatan tanpa melibatkan ibadah puasa. – antarapos











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2017 07:50 AM | Show all posts
ye ke semua berpuasa kerana allah? bukan berpuasa kerna takut kena tangkap oleh lobai?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla niat puasa kerana Allah.bdk darjah 1 pn tau.
Yg tkut kene tangkap tu.hanya bahlul belaka.wt Pe nk ikut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 08:02 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-6-2017 12:04 AM
batmana replied at 16-6-2017 11:54 PM
Mmgla niat puasa kerana Allah.bdk darjah 1 pn tau.
Yg tkut kene tangkap tu.hanya bahlul belaka.wt P ...

Sebab itulah jangan di paksa orang berpuasa. Amalan paksaan seperti mengajar ummah isle satu perbuatan tidak jujur dalam agama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:07 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-6-2017 11:50 PM
ye ke semua berpuasa kerana allah? bukan berpuasa kerna takut kena tangkap oleh lobai?

takut kena saman lebih drpd takut pd tohan   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 08:12 AM | Show all posts
Rahman.Mulhid replied at 17-6-2017 12:07 AM
takut kena saman lebih drpd takut pd tohan

tohan tak wujud pun, yang wujud hanyalah lobai yang berlakun sebagai tohan,,mengira dosa pahala dan menghokom umah tak puasa. tapi tohan ni cukup takut dengan ummah malaya yang berpangkat vvip..datuk datuk tansri tnasri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2017 08:21 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 12:12 AM
tohan tak wujud pun, yang wujud hanyalah lobai yang berlakun sebagai tohan,,mengira dosa pahala da ...

take beer...........  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 08:02 AM
Sebab itulah jangan di paksa orang berpuasa. Amalan paksaan seperti mengajar ummah isle satu perbu ...

Puasa ialah rukun  Islam ketiga yg wajib dikerjakn dn hanya setahun sekali dlm setiap bln Ramadhan.  Surah al-Baqarah ayat 183, Allah berfirman dn perintahkan orang2  Islam supaya berpuasa. Allah yg perintah kpd semua muslimin sekalipun diberi kelonggaran kpd yg berhalangan atas alasan yg munasabah. Kemudian kena juga menggantikan puasa trs pd waktu lain. Adakah perintah Allah trs sdr anggap sbg satu paksaan? Maaf tanya.... Sdr seorang muslim? Yes or no?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 08:12 AM
tohan tak wujud pun, yang wujud hanyalah lobai yang berlakun sebagai tohan,,mengira dosa pahala da ...

Wow! Super provokasi nampak.... Tak percaya tuhan tapi sebok nak bercakap yg berkaitan dgn arahan tuhan dah kenapa. Jiwa kacau ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 09:37 AM | Show all posts
nolya replied at 17-6-2017 01:33 AM
Wow! Super provokasi nampak.... Tak percaya tuhan tapi sebok nak bercakap yg berkaitan dgn arahan  ...

tuhan wujud ka? yang biasa saya nampak lobai aja yang wujud tangkap orang tak puasa. kalau tohan wujud tentu ummah takut dengan tohan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 09:40 AM | Show all posts
nolya replied at 17-6-2017 01:33 AM
Wow! Super provokasi nampak.... Tak percaya tuhan tapi sebok nak bercakap yg berkaitan dgn arahan  ...

awak bermimpi di siang hari ka kata tohan itu wujud? bagi gambar tohan..boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 09:37 AM
tuhan wujud ka? yang biasa saya nampak lobai aja yang wujud tangkap orang tak puasa. kalau tohan w ...

Of course Allah wujud, yakin Allah itu ade.... Your mind is set not to believe that there is god, so tak perlulah saya habiskan tenaga meyakinkan sdr akan adanya Allah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape die lah malon ni  , bodohlah sngt malon ni bila malon nak pandai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 10:04 AM | Show all posts
nolya replied at 17-6-2017 01:57 AM
Of course Allah wujud, yakin Allah itu ade.... Your mind is set not to believe that there is god,  ...

Cik kak..tohan tak wujud lah. Yang wujud hanya lah lobai lobai yang jealous dengan kebebasan orang lain dan merasakan diri mereka sebagai tohan.

Cik kak dah di brainwashed lah kalau kata tuhan itu wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 09:40 AM
awak bermimpi di siang hari ka kata tohan itu wujud? bagi gambar tohan..boleh?

What a question....but then knowing people like u, tentulah ianya satu soalan yg tidak menghairankan. Mnta gambar tuhan?  Apakah dgn melihat gambar saje boleh nak percaya tuhan ada berdasarkan gambar?  Bgaimane dgn mereka yg buta yg tak nampak gambar Allah, adakah mereka semua tak perlu percaya tuhan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 10:19 AM | Show all posts
nolya replied at 17-6-2017 02:12 AM
What a question....but then knowing people like u, tentulah ianya satu soalan yg tidak menghairank ...

Banyak putar beliit pula dah akak ni bila saya minta gambar tohan untuk membuktikan tuhan itu wujud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 10:04 AM
Cik kak..tohan tak wujud lah. Yang wujud hanya lah lobai lobai yang jealous dengan kebebasan orang ...

Mcm nlah ye.  U boleh pegang kenyataan begitu untuk diri u sedangkan pendirian saya berbeza.....Kenapa kita harus bergaduh atas perkara mcm ni. Y not we just live peacefully, me with my iman n u without ur iman. U jealous ke muslim ada Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 10:24 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 07:50 AM
ye ke semua berpuasa kerana allah? bukan berpuasa kerna takut kena tangkap oleh lobai?

yang jadi panas baran sampai boleh baling kasut kat bazar ramadan tu kita semua boleh fikir sendiri lah mereka berpuasa kerana apa kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 10:24 AM | Show all posts
nolya replied at 17-6-2017 02:20 AM
Mcm nlah ye.  U boleh pegang kenyataan begitu untuk diri u sedangkan pendirian saya berbeza.....Ke ...

Mana gambar tohan sebagai bukti wujudnya tohan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 10:25 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2017 08:12 AM
tohan tak wujud pun, yang wujud hanyalah lobai yang berlakun sebagai tohan,,mengira dosa pahala da ...

dalam erti kata lain, tuhan perpunai tak dapat kontrol.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.237519 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list