CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5578|Reply: 30

[Tempatan] 'Dah lebih 70 kali...' Rumah pakcik Romly di rempuh kenderaan tapi pakcik Romly

[Copy link]
Post time 20-6-2017 09:31 PM | Show all posts |Read mode



Quote:
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x517.

RUMAH Romly yang dirempuh kenderaan.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x612.

RUMAH Romly yang berada di selekoh jalan.

Antara kejadian terbaru dirempuh Myvi dipandu wanita

Permaisuri: “Lebih 70 kali kenderaan terbabas dan merempuh rumah kami sejak enam tahun lalu,” kata Romly Ismail, 61, yang menetap di pekan Sungai Tong, di sini.

Berkongsi cerita, Romly yang juga pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kediamannya yang terletak di Kilometer (KM) 48 arah Kuala Terengganu, sering dirempuh kenderaan yang terbabas ketika musim hujan terutama selepas melalui selekoh tajam pada waktu subuh dan lewat petang.

“Bukan sekali dua, tetapi puluhan kemalangan berlaku sejak kerja menaik taraf dan melebarkan jalan di hadapan rumah kami dilakukan sekitar 2011.

“Kebanyakan kejadian berlaku selepas pemandu gagal mengawal kenderaan disebabkan permukaan jalan licin lalu terbabas ketika melalui selekoh tajam dan akhirnya rumah kami menjadi sasaran,” katanya yang ditemui di rumahnya di Sungai Tong, di sini.

Menurut Romly, selain rumahnya yang dihuni enam sekeluarga itu, turut menjadi sasaran ialah kediaman orang tuanya yang tinggal berjiran.

Kejadian terbaru pada 27 Mei lalu (1 Ramadan) membabitkan kemalangan maut antara treler dengan kenderaan pacuan empat roda berhampiran hadapan rumahnya.

“Sebelum itu, pada 1 April lalu Perodua Myvi dipandu seorang wanita juga terbabas ke kawasan garaj rumah saya dan merempuh dua kereta yang diparkir di situ sebelum merempuh dinding rumah orang tua saya.

“Kesan rempuhan kuat menyebabkan berlaku keretakan pada dinding rumah dan bumbung garaj juga tercabut. Kereta saya yang diparkir juga mengalami kerosakan hingga terpaksa membuat tuntutan insurans untuk membaikinya.

“Bukan semua pemandu sanggup bayar ganti rugi untuk membaiki kerosakan ini, jadi terpaksa saya tanggung sendiri kerugian itu,” katanya.

Romly berkata, setakat ini tidak ada lagi kenderaan terbabas ke dalam rumah dan hanya membabitkan kawasan hadapan serta bersebelahan rumahnya.

“Bagaimanapun, saya tetap risau dan bimbang keselamatan kami sekeluarga terutama apabila semua anak cucu berkumpul di sini ketika musim cuti persekolahan.

“Saya berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini terutama untuk mengurangkan risiko kenderaan terbabas di kawasan selekoh berhampiran.

“Kami minta pihak berkaitan ambil tindakan terbaik dengan memperbanyakkan papan tanda amaran supaya pengguna jalan raya tidak memandu terlalu laju dan lebih berwaspada di kawasan ini,” katanya.

Romly berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan dengan meletakkan benteng batu untuk menghalang kenderaan terbabas ke kawasan rumahnya.

“Walaupun lega dengan tindakan itu, kami tetap risau dengan sikap segelintir pemandu masih memandu laju ketika melalui selekoh tajam tanpa mengetahui kawasan rumah kami kerap menjadi lokasi kemalangan maut.

“Saya harap apabila lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di kawasan ini dan lampu jalan sentiasa berkeadaan elok, ia akan dapat mengurangkan kes kemalangan di sini,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/setempat/20...-lebih-70-kali



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada tanah pusaka tempat lain, pindah la rumah tu ke sana,drpd berhadapan risiko dirempuh kenderaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada tanah pusaka tempat lain, pindah la rumah tu ke sana,drpd berhadapan risiko dirempuh kenderaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu treler berbelas tayar rempuh baru trauma kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:21 PM | Show all posts
sebu1 replied at 20-6-2017 09:58 PM
Tunggu treler berbelas tayar rempuh baru trauma kut

Kenapa perlu doakan perkara seperti kepada pakcik tu.  Dia bukan minta makan minum dari kamu pun....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk tv pon tak tenang. Byk duit pakcik ni dok betulkan rumah je.

Nak bina rumah takde syarat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni xde duit kut nak pindah bina rumah lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian family pakcik romly. Mungkin tu je tanah yg ada.. trauma ke x trauma ke terpaksa tempuh jua..  
pakcik buat tembok jela besar2..biar terbabas tu rempoh je tembok. Rasakan nak laju sgt hujan2 pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkn sampai 70 kali.....

Iya iya je....


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
napa pakcik tu tak claim insurance kereta yang langgar rumah dia tu..
tak pun cari je lawyer untuk uruskan..
kalau dah 70 kali kena, claim dah boleh buat istana kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:36 AM | Show all posts
Mohon pakcik romly buatkan tembok paling kebal ya. Jenuh juga kalau nak bayar kerosakan tiap kali accident.

Kalau pakcik romly banyak duit lebih, beli saja tanah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 20-6-2017 10:50 PM
Nak tgk tv pon tak tenang. Byk duit pakcik ni dok betulkan rumah je.

Nak bina rumah takde syarat ...

Bimbonya akak.dah sah2 gomen yg melebarkan jln sampai depan rumah pakcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatla pagar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
gamba van tu, batu2 yg jkr letak pn beralih

buatla bumper byk2 cm kt manjung perak tu, tk smpai 5km, ada dkt 10 bumper,

terenjut2 aku lalu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Rumah betul-betul di selekoh jalan besar. Tak boleh ke kerajaan ganti tanah tu dengan tanah di kawasan lain yg sama luas siap sekali dengan rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kena ada reserve area dr jlnraya ke sungai dll utk tujuan pembesaran kemudian?  Kalau ada yg buat binaan juga kat reserve area tu, bila2 ada projek, kerajaan ada hak nak robohkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 21-6-2017 07:09 AM
Bukan ke kena ada reserve area dr jlnraya ke sungai dll utk tujuan pembesaran kemudian?  Kalau ada y ...

Biase ade rizab jln khen . Bahaye betul pertaruh nyawe bine rumah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
buat benteng dgn meriam sekali..agak ade kete nk terbabas rempuh rumah,ko bagi fire terus sampai lumat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:43 AM | Show all posts
aku rasa yg salah tu driver. dah kenapa kawasan selekoh jalan licin pun nak bawak laju? pastu claim hilang kawalan. paling celaka dah langgar taknak bayar ganti rugi rumah pakcik tu. kesian kot. nsb baik rumah pakcik tu ada kalau tak terbabas sampai mati kot driver driver tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:42 AM | Show all posts
kesiannya lahai..


kalau jenis yg suke duk rileks kat luar tu, tetiba eksiden..


aisehhhh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.084588 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list