View: 1358|Reply: 10
|
Pelaksanaan Cukai Pelancongan Ditangguh Pula Sehingga 1 Ogos
[Copy link]
|
|
sumber : https://viral.arif.my/
Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya.
Memetik laporan Sin Chew Daily, Menteri pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan.
Tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu, tambahnya.
“Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos."
“Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam.”
Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.
Pada 8 Jun lalu, Nazri mengumumkan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman akan mula dikuatkuasakan 1 Julai ini.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidur dalam kereta je jimat sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak lain kali kalau berita diiringi gambar menteri yang macam ni di-blur-kan?
Aku lebih sanggup tengok gambar penjenayah pprt daripada ni : |
|
|
|
|
|
|
|
So gst ada sekali tak dlm bil hotel? Kalau gst + cukai hotel dah berapa byk pulak cukai saja. |
|
|
|
|
|
|
|
So gst ada sekali tak dlm bil hotel? Kalau gst + cukai hotel dah berapa byk pulak cukai saja. |
|
|
|
|
|
|
|
RRU Cukai Pelancongan ni la yg ahli parlimen terkelu lidah untuk cakap 'Tak Setuju' kan.
Time RUU355 bukan main laju masing2 sebut 'Tak Setuju'
Elohim Maha Kuasa kankannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Dok umah je jangan bercuti. Duit tak habis lagi jimat ada |
|
|
|
|
|
|
|
Lps menang pilihanraya mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan main lagi nak laksanakan cukai tapi sistem belum siap. Bengongnya menteri Malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|