CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4710|Reply: 29

Soalan Cepumas Lebaran: Walau Sekadar Menyapa Tapi Tetap Berbisa

[Copy link]
Post time 29-6-2017 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Raya meskipun seronok diraikan namun pasti ada banyak yang kelat di sebaliknya. Hanya yang mengalami sahaja yang faham apa yang tersurat dan tersirat.


Seperti biasa, bagi saya sambutan raya amat sederhana. Tiada kemeriahan atau pesta yang melampau-lampau. Selepas tiga hari raya, semua kembali macam biasa. Tiada juga soalan-soalan cepumas yang menyakitkan jiwa.


Bagaimanapun, secara tradisinya masih ramai yang menyambut hari raya penuh meriah, kunjung-mengunjung dan membuat rumah terbuka selama sebulan. Kepada yang berkemampuan dari segi, masa, kesihatan dan kewangan, silakan.


Tatkala waktu kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara, pasti ada sajayang saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu akan menyapa. Walau sekadar bertujuan untuk menyapa, namun ada kalanya soalan mereka tetap berbisa dan menyentap perasaan.






SOALAN-SOALAN LUMRAH YANG DITANYA PADA SI DARA DAN SI BUJANG


1. Bila nak kahwin? (Untuk mereka yang belum bertemu jodoh).
2. Belajar kat mana? (Untuk mereka yang sudah habis sekolah).
3. Kerja apa? (Untuk mereka yang sudah bekerja).
4. Pakai kereta apa? (Untuk mereka yang sudah berkereta).
5. Kawan kerja apa? Orang mana? (Untuk mereka yang sudah ada pakwe/makwe).


SOALAN-SOALAN LUMRAH YANG DITANYA PADA PASANGAN MUDA


1. Dah ada isi? (Untuk mereka yang baru kahwin).
2. Mana cukup satu aje. Bila nak tambah? (Untuk mereka yang sudah ada anak satu).
3. Duduk rumah sewa ke beli? (Untuk mereka yang menetap di bandar).
4. Berapa harga rumah? (Untuk mereka yang sudah beli rumah).
5. Kereta hutang lagi ke dah habis bayar? (Untuk mereka yang pakai kereta lama).

SOALAN-SOALAN LUMRAH UNTUK PASANGAN/INDIVIDU BERMASALAH


1. Kenapa suami/isteri tak balik sekali? (Untuk mereka yang beraya solo atau dengan anak-anak sahaja).
2. Ada orang baru ke? (Untuk mereka yang sudah bergelar ibu atau bapa tunggal)
3. Dah dapat kerja lain ke belum? (Untuk mereka yang berhenti kerja).
4. Bisnes ok? Boleh ke menampung hidup? (Untuk mereka yang kelihatan tidak begitu mewah).
5. Wah sihat kau sekarang! (Untuk mereka yang semakin gemuk).
Itu adalah sebahagian soalan yang sering dilontarkan oleh saudara-mara kepada kita yang balik beraya ni. Agak-agak apakah cara terbaik untuk menjawab soalan-soalan cepumas ini?






CARA MENJAWAB SOALAN CEPUMAS


Sebenarnya soalan-soalan tersebut adalah soalan biasa. Bagaimanapun kesannya bergantung pada niat orang yang bertanya dan perasaan orang yang mendengar.  Jika niatnya ikhlas untuk bertanya tidak mengapa.


Bagaimanapun, selalunya soalan itu terhasil daripada orang-orang yang rasa bahawa diri dan keluarganya lebih ‘hebat’ atau ‘berjaya’ daripada anda sekeluarga.


Biasanya mereka akan memulakan kisah-kisah besar dalam ahli keluarga. Mengenai cucu-cucu mereka, kenaikan pangkat, kereta baru, rumah baru yang mahal dan bermacam-macam lagi. Kemudian, barulah mereka akan melemparkan soalan kepada anda tujuannya adalah sebagai perbandingan.


Jadi, untuk menyelamatkan anda daripada soalan-soalan ini dengan mudah, anda perlulah bercakap besar. Gembar-gemburkan segala kejayaan dan harta kekayaan anda untuk mematahkan hujahnya.


Bagaimanapun, bukan semua orang suka bercakap besar. Ramai yang lebih senang merendahkan diri. Tidak melilit emas berlian di lengan atau mengenakan baju dan tudung berlabuci serta batu swarovski.  Pendek kata tidak suka menunjuk-nunjuk. Biarlah orang nampak cikai tak mengapa.




FIKIR DULU SEBELUM JAWAB


Senyum dan tenangkan diri. Semua soalan itu sebenarnya tidak perlu dijawab dengan lurus. Berilah jawapan kiasan atau rencong.


Kalau dia tanya, anda tanyalah dia balik. Contohnya jika soalan mak saudara anda  berbunyi, “Berapa harga rumah kau?” Anda boleh jawab begini, “Alah sekarang ni rumah mahal, kat Johor ni pun dah mahal kan? Berapa rumah Kina beli?”


Pasti dia akan menjawab dengan senang hati kerana memang dia nak bandingkan harga rumah anda dengan rumah anaknya.
Begitulah adanya cara terbaik untuk anda menjawab sesuatu yang anda mahu simpan sebagai rahsia. Tidak perlu terikut-ikut gaya orang yang suka menunjuk-nunjuk.


Kadang-kadang memang geram dan kita pasti hendak menjawab dengan gah juga tapi tak perlu. Nanti timbul riak pula. Anda perlu faham, bukan semua adik-beradik anda orang senang. Jadi, seboleh mungkin janganlah sampai terdengar sesuatu yang kurang enak dari mulut anda.


Tentang orang lain, biarlah kerana memang sudah begitu cara mereka atau sememangnya semua anak-beranak mereka berjaya dan kaya-raya belaka. Jadi, biarlah dia menghebahkan kejayaan mereka.


Foto: Carian internet


LANGKAH SELAMAT SIBUKKAN DIRI


Jika anda sememangnya tidak mahu diterjah dengan pelbagai soalan, sibukkan diri. Misalnya memasak, mencuci pinggan, melayan anak-anak dan anak saudara atau pun sebarang kerja yang dapat mengelak anda daripada bersemuka dengan saudara yang mulut ‘laser’ atau ‘kepohci’.


Saranan di atas adalah sebagai pandangan peribadi saya. Anda mungkin mempunyai cara tersendiri yang lebih bijak. Bolehlah kongsikan di ruangan komen sebagai panduan pembaca yang lain.


Semoga kita tetap gembira meraikan Idul Fitri ini tanpa memutuskan sillaturrahim sesama kita. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Salam Hormat,
Liza Ali
Fb: Lizaali Penulis
IG: Lizaali Penulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 10:55 AM | Show all posts
baru semalam pakcik belah bapa mertua tanya bila nak tambah anak
meolls jawab belum lagi..
lepas tu heshe siap tanya gaji berapa, bila nak beli rumah etc
mzz just jawab gaji alhamdulillah ok, rumah otw dalam proses

ni first time rasanya jumpa orang tanya gaji berapa
sabo je lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 12:35 PM | Show all posts
Sebab tu kena bijak dalam berbual.  Soalan2 sebegitu lebih baik dielakan untuk ditanya nampak sangat yang bertanya kurang pengalaman dalam hubungan komunikasi tak kira berapa usia beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols dh kne dh. Tiap tahun kne tanya soalan "belum ade isi ke?". Meols senyum je la sambil jawab "belum lagi. In shaa Allah lepas ni". Haihh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:01 PM | Show all posts
hahaha

ada sdara aku siap tanya

buku bank ada berapa? simpanan berapa rm?

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:46 PM | Show all posts
Syukur sedara mara akak tak tanya soalan2 panas begini😃
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2017 03:02 PM | Show all posts
ko ngisap lagi ke?

ada stok?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 29-6-2017 03:02 PM
ko ngisap lagi ke?

ada stok?

   sempoii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya pertama salam ngan spupu dia ramas2 bahu aku..aku dh paham dia nk kata aku gemok.

Raya ke 3 p beraya umah dia, salam dia cakap: tegap nya kau.. vavik ah.
Aku syak sejak dr raya pertama dia duk tahan mulut nak kata aku gemok..:
Nak je aku libas mulut juih dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 06:10 PM | Show all posts
huh...tu je la soalan yg mampu diorg handle. x pkir kot org terguris ke hape ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim raya je soalan cemni aktif, mujur aku kreatif dalam memulakan bicara sebermula;
"Bak pinjam lighter"
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim raya je soalan cemni aktif, mujur aku kreatif dalam memulakan bicara sebermula;
"Bak pinjam lighter"
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 29-6-2017 03:02 PM
ko ngisap lagi ke?

ada stok?

      
Adoilaa lawak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Thn ni ada gak tanya aku soalan.. Tp aku suka je sbb dia tanya "skang dah form berapa? "

Padahal aku dah 3 series pun makcik oii
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 01:28 AM | Show all posts
Tak tahulah nak komen org tp aku tak terasa pun org tanya mcm2 masa raya. But instead, mak aku plak yg mcm terasa bagi pihak. Dia siap patenkan jawapan utk jwb bagi pihak aku. Aku nak gelakkan aje piil semua org adalah

But again, sedara aku mostly tak adalah penyibuk sgt pun. Lagi pun aku faham, drg tanya tu just nak start the conversation. Tak ada hal la, tak kecik hati pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 30-6-2017 01:28 AM
Tak tahulah nak komen org tp aku tak terasa pun org tanya mcm2 masa raya. But instead, mak aku plak  ...

ok ni soklan cepumas utk awk...

apakah soklan2 yg ditanya oleh sedara mara tu smpai mak kena buat skema jwpn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2017 10:02 AM | Show all posts
tahun ni kena gini:

mak sedare: eh, ko keje p** ye? ingatkan tak kerja.
aku: (tepuk dahi) dah masuk 4 tahun dah. dah merasa bonus 3 kali dah. mak de rerajin la balik kampung, baru bleh catch up dgn citer semasa. (sambil menonong bawa pinggan pi dapoq)

tahun dulu-dulu yg paling menyucuk jiwa:

mak sedare: kak N dah gemok nooo. (gelak gedik mcm bbnu)
aku: hoih! kerja bagoih, gaji besaq, poket besaq, badan kena la besaq. ampa kuruih kuruih ni, gaji kecik kan? (sambil melemparkan satu sengehan paling sarkastik)
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tanya jawab jelah elok2.setaun skali je soklan ulang tayang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah dpt soalan "bape inci saiz ***** laki ko?"
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 29-6-2017 02:01 PM
hahaha

ada sdara aku siap tanya

Biar betul..sibuk nau  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.231984 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list