CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 14

Stor Kilang Sorok Mercun Haram Terbakar, Polis Buka Fail Siasat

[Copy link]
Post time 3-7-2017 11:32 AM | Show all posts |Read mode





Petang kelmarin, stor sebuah kilang yang dipercayai menyimpan mercun terbakar sehingga percikan bunga api dan bunyi letupan dapat dilihat dan kedengaran di kawasan Perindustrian Saleng, Senai.


Memetik laporan Bernama, ketua balai bomba dan penyelamat Bandar Baru Kulai penolong ketua bomba Solleh Nasir berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.19 petang.


Tiga buah jentera pemadam api beserta 17 orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.


Sementara itu, pihak polis akan membuka dua kertas siasatan berhubung kebakaran berkenaan mengikut Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan menguruskan bahan-bahan letupan tanpa izin.


Ketua polis daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata pihaknya juga akan membuka kertas siasatan mengikut laporan kebakaran.


“Melihat kepada keadaan kebakaran itu, kita percaya bahan yang meletup adalah mercun."


“Bagaimanapun kita akan menunggu siasatan dari pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan siasatan polis bagi mengetahui punca sebenar kebakaran dalam masa terdekat ini.”


Sehubungan itu, pihak polis juga akan menunggu maklumat lanjut daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mengetahui status tanah lokasi kilang itu sama ada berstatus pertanian atau perindustrian.


Manakala, bagi menmgenal pasti status bangunan kilang terbabit maklumat lanjutnya akan diperolehi daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).


Katanya, kawasan sekitar lokasi kejadian itu juga telah ditutup bagi memudahkan kerja-kerja siasatan lanjut dijalankan.


Difahamkan setakat pukul 8 malam tadi mendapati bomba masih giat mengawal kebakaran dengan kepulan asap masih dapat dilihat disusuli dengan bunyi letupan mercun.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2017 12:19 PM | Show all posts
habislah kena siasat nt.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 12:23 PM | Show all posts
Kalau betul kantoi sudah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 01:21 PM | Show all posts
kalau status tanah pertanian buat perindustrian kena denda boleh bayar lepas tu convert je walau zoning masih pertanian.

tu lah permainan saudagar saudagar tanah2. denda boleh cover.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik macam pertunjukkan bunga api je

Kalau meletup 30km radius mcm kes bright sparkle tu, minta2 tokeinya yg 1st mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm show yach!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2017 01:46 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 3-7-2017 01:35 PM
Nasib baik macam pertunjukkan bunga api je

Kalau meletup 30km radius mcm kes bright sparkle tu, m ...

ya Allah, kes tu dasyat gila. sampai area selayang rasa gegaran letupan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 3-7-2017 01:46 PM
ya Allah, kes tu dasyat gila. sampai area selayang rasa gegaran letupan tu

Kat danok kawan cerita ada kedai simpan stok mercun kt bilik bawah tanah. Mcm2 jenis mercun besar kecik ada.
Kalau meletup tu, tertanggal semenanjung malaysia dr siam kot  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2017 02:48 PM | Show all posts
itu yg tgk kt tv berita ni semalam..kantoi tahap gaban stok mercun..meletop2 mercun mcm2 kaler..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 02:50 PM | Show all posts
dulu umah aku tu ex buat stok simpan mercun kastam tolak kt dia..aku suh buang tk buang2..satu hari tu aku maki tunggu terjadi apa2 ngan anak2 kt umah..merecun katak merecun bola mercun papan smua ada..aku maki lagi dan lagi akhirnya dia kuburkan di satu tempat dan sedekah kt kawan2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 3-7-2017 02:47 PM
Kat danok kawan cerita ada kedai simpan stok mercun kt bilik bawah tanah. Mcm2 jenis mercun besar  ...

ada staf majlis perbandaran...depa rampas waktu raya cny mercun dan bila raya aidilfitri depa bedak sesama sendiri bg adik beradik main....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 3-7-2017 01:35 PM
Nasib baik macam pertunjukkan bunga api je

Kalau meletup 30km radius mcm kes bright sparkle tu, m ...

Cepat2 iols google kes Bright Sparkle Selayang tu.. Ngeri baca kisah tragedi 1991 tu.. Gile lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 3-7-2017 02:55 PM
ada staf majlis perbandaran...depa rampas waktu raya cny mercun dan bila raya aidilfitri depa beda ...

Adoii...memang x akn habis laa upacara letupkn mercun macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 3-7-2017 05:03 PM
Cepat2 iols google kes Bright Sparkle Selayang tu.. Ngeri baca kisah tragedi 1991 tu.. Gile lah..

Ya..berpuluh orang mati

Kali ni nasib baik xda org tunggu gudang tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 07:42 PM | Show all posts
letupan besar mcm tu baru puas hati,

nak main sangat,


(mood berleter)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.144990 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list