View: 9025|Reply: 55
|
Mus May Dimasukkan Ke ICU, Koma Akibat Demam Panas (Update #55)
[Copy link]
|
|
Edited by faiz-za at 17-7-2017 09:04 AM
Vokalis kumpulan May, Mus atau nama Mustaffa Din dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Berita mengenai Mus dikongsi pegawai perhubungan awam, Ayob Abd Majid di laman Facebooknya.
Ayob ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu keadaan Mus kini stabil dan telah dipindahkan daripada zon kritikal ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam pada itu Ayob turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Mus agar kembali seperti sedia kala.
Sementara itu pada ruangan komen, sahabat-sahabat yang mengenali Mus turut mengharapkan vokalis tersebut pulih seperti sedia kala.
Dalam pada itu, isterinya dikenali sebagai Sue memberitahu, keadaan Mus bertambah teruk pada petang Isnin.
"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.
Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin keletihan.
"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak terhadap Mus
----------
Ni iols copy dari harian metro
Doktor letakkan dia dalam keadaan koma untuk rehatkan dia
PENYANYI kumpulan MAY, Mus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Isterinya, Suraya Bahari berkata, Mus, 49, atau nama sebenarnya Mustaffa Din dikejarkan ke HKL kira-kira jam 10 pagi dan ditempatkan di Zon Kritikal.
"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudah mendapatkan rawatan di klinik biasa.
"Mungkin ubat yang diberikan kurang serasi membuatkan keadaannya semakin lemah. Dia juga seperti diserang sawan membuatkan mulutnya berbuih dan saya mengambil keputusan menghubungi ambulans," katanya.
Menurutnya, Mus seperti berada dalam keadaan tidak tenang dan meronta-ronta ketika di HKL membuatkan doktor mengambil keputusan meletakkannya dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat dan keadaannya stabil.
"Pada mulanya doktor mengesyaki dia menghidap denggi tapi apabila diperiksa tiada pula. Cuma platlet darahnya agak rendah.
"Doktor memberitahu terdapat kuman dalam darahnya dan ia mungkin berpunca daripada pengambilan ubat yang salah diberikan sebelum itu," katanya.
Suraya berkata, doktor yang melakukan ujian imbasan otak terhadap Mus selepas itu turut mengesahkan keadaannya normal.
Menurutnya, doktor akan membuat proses mencuci darah selepas ini dan Mus dipindahkan ke ICU jam 10 malam tadi.
"Doktor menjangka suami akan ditahan selama dua minggu sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar.
"Sepatutnya dia akan membuat persembahan untuk Rumah Terbuka Risda pagi ini tapi apakan daya keadaan jadi begini. Apapun kita sama-sama doakannya supaya cepat sembuh," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak juga kat fb. Semoga cepat sembuh Mus |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh abg mus... |
|
|
|
|
|
|
|
Doakan smoga cepat sembuh Bam Mus.
Demam2 panas ni jgn dibuat main2. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..gws abg mus.. semoga dipermudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr kat radio semlm
Semoga sembuh seperti sediakala
Klu demam panas tiba2 ni biasanya dikaitkn dgn kuman bawaan haiwan2 kan..nyamuk ke,tikus ke, |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cpt sembuh abg mus... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mus cepat sihat.. iols minat lagu2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon. Sampai masuk ICU. Kesiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah bacakan yasin jugak |
|
|
|
|
|
|
|
smoga mus may cpt sembuh...suke dgr lagu2 dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bkn ke pengikut ayah pin |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... ujian Allah,semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
Semoga dberi kesembuhan buat Abam Mus May... |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|