|
|
sumber : internet
Pesawat AirAsia X dari Coolangatta di Gold Coast, Australia terpaksa berpatah balik selepas mengalami kerosakan enjin, dipercayai akibat dilanggar burung, tidak lama selepas berlepas.
Memetik laporan Bernama, pesawat D7207 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal berlepas dari Australia pada 10.20 malam tadi.
Ia mendarat dengan selamat kembali ke Lapangan Terbang Brisbane pada 11.33 malam.
Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.
Dua bangkai burung turut ditemui di landasan.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, pihaknya akan mengaturkan penerbangan khas bagi membawa semua penumpang pesawat D7027 selamat sampai ke Kuala Lumpur secepat mungkin.
Pada 26 Jun, penerbangan AirAsia X D7237 terpaksa kembali ke Perth, 90 minit selepas berlepas ke Kuala Lumpur selepas mengalami kegagalan enjin.- CARI
sumber : Malay Mail Online |
|