CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17553|Reply: 192

SuamI Lafaz Taklik Setelah 5 Tahun Hidup Berpoligami

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Sasha at 7-7-2017 02:05 PM

Alhamdulillah setelah melalui 5 tahun fasa bermadu, akhirnya suami lafazkan taklik pada Rin tapi masalahnya sejauh mana taklik dalam whatsapp valid di mahkamah? Betul ke mahkamah akan tanya niat si suami tu. Sebab suami cakap taklik tu tak sah tapi Rin dah refer ke mahkamah. Masalahnya bukan Rin kena g mahkamah. Suami yang patut pergi. Dah hampir 2 bulan Rin dan suami tak duduk serumah dah. Rin nekad nak cerai tapi proses turun naik mahkamah amat rumit.
4/5/2017..

Rin mesej family di group Whatsapp.. Inform family Rin nekad nak pergi mahkamah. Nak proses cerai fasakh. Family dari Terengganu, adik kat KL semua nekad nak turun JB. Nak bagi semangat kat Rin sebab akhirnya mula nekad buat keputusan berpisah. Begitu juga kakak angkat dari Penang. Terus nak ambil tiket flight dari Penang ke JB.

5/5/2017..

Pukul 5 pagi, suami kejut Rin ajak bersama. Rin cakap.. "You know my answer right? Bukan abang cakap abang jijik nak sentuh Anja?"

Terus dia mengamuk. Dan halau Rin. Berkali-kali dia suruh Rin berambus dan Rin cakap.. "Selagi Anja bergelar isteri. Anja takkan keluar dari rumah ni. Unless abang ceraikan Anja. Halau lah cara proper. Talak di tangan Abang"

Suami balas, "Kau berambus jer. Bila kau keluar jer tahu lah aku apa nak buat"

Dalam bergaduh dan bertekak di pagi buta tu. Rin ambil wudhuk dan solat Hajat. Dalam doa Rin, Rin mohon doa, "Ya Allah, telah aku nekad untuk ke mahkamah setelah pelbagai dugaan yang aku lalui sepanjang perkahwinan ini. Engkau lebih Mengetahui apa yang telah aku lalui selama ini. Lembutkanlah hati suamiku untuk melepaskan aku dengan cara yang terbaik yang Engkau redha Ya Allah. Sesungguhnya aku lemah. Proses turun naik mahkamah amat merumitkan. Permudahkanlah urusan hambaMu ini, Ya Allah"

Panjang Rin berdoa. Dan saat Rin bentang sejadah, suami Rin cakap.. "Perempuan macam kau ni tak payah nak tunjuk alim sangat. Kalau kau derhaka dengan suami kau. Kau ingat Allah nak makbulkan doa kau? Tak guna kau solat pun.."

Selepas Rin selesai solat, suami masih memaki hamun Rin. Masih menghalau Rin. Rin cuma diam. Sehinggalah suami tidur semula dan bangun tidur untuk pergi kerja jam 10 pagi. Rin sedang menunggu suami pergi kerja untuk Rin pula bersiap-siap pergi ke Mahkamah.

Selepas suami keluar sahaja dari rumah, Rin mesej suami..

Rin: Apa maksud abang kalau anja keluar rumah antara kita dah habis?
Suami: Yes. Kau berambus.
Rin: Kalau anja keluar rumah jatuh talak? Itu maksud abang?
Suami: Dah tak guna kau jadi isteri aku kalau kau langgar semua. Kau keluar rumah. Dah aku halau kau. Kau tak balik rumah jatuh talak.
Kau faham?
Rin: Buat apa abang nak simpan? Abang tuduh anja macam-macam.
Suami: Apa sekarang kau buat macam kau sengaja sakitkan hati aku supaya jatuh talak. So sekarang aku kasi kau talak. (Dia sebut nama penuh Rin).. Selama 3 hari kau keluar tanpa izin aku berturut-turut dengan tidak balik rumah selama 3 hari.. Akan jatuh talak 1 atas diri kau.

Baca jer whatsapp tu.. Rin terus kemas dan keluar rumah tak balik-balik dah lepas tu. Rin dah daftar kes ni di mahkamah. Dah pergi kaunseling tapi belum buat pengesahan lafaz taklik sebab yang tu dia sendiri kena pergi. Tapi dia cakap taklik tu tak sah. Mahkamah JB cakap tak sah kalau tak lafaz di mulut. Tapi Rin proses cerai di Mahkamah Singapura.

Siapa tahu kes taklik ni macamana? Boleh share pendapat dan experience anda? Thank you..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 11:40 AM | Show all posts
@gendesuka........
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
rin ni isteri ke berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 12:06 PM | Show all posts
onexox97 replied at 4-7-2017 11:54 AM
rin ni isteri ke berapa?

1st wife.. Thread Rin sebelum ni dah kena delete agaknya. Kalau tak, mesti tau kisah Rin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 12:06 PM
1st wife.. Thread Rin sebelum ni dah kena delete agaknya. Kalau tak, mesti tau kisah Rin..

owh bertabahla
semoga Allah mudahkan urusan perceraian
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 03:38 PM | Show all posts
rin..sedih nye baca...

kalau mcmni rasa dh jatuh dh..dh lbh 3 hari ke blm?

sedih bc cerai2 ni...tp kalau itu la terbaik bagus la rin..move on

ada anak x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2017 03:48 PM | Show all posts
Edited by cmf_blingblings at 4-7-2017 03:50 PM



aku selalu baca kes mcm ni dlm metro dan berharap bukan hang yg kena tikam ka, kena pijak ka, aku harap hang dah lama berjaya sebagai ibu tunggal. org kata its better late than never. semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 03:52 PM | Show all posts
dlm bergaduh bertahun-tahun boleh lagi anje manje....ko biaw betoi.... hangpa ni semua bini mithali aku yg baca ni pun rasa nak lempang muka hang Rin, tak sayang diri sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 11:37 AM
Alhamdulillah setelah melalui 5 tahun fasa bermadu, akhirnya suami lafazkan taklik pada Rin tapi mas ...

Semua lelaki sama ja kan..
Bahasa kAsar
Suka halau keluar rmh
Suh pegi
Ajak cerai






:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 04:10 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 03:52 PM
dlm bergaduh bertahun-tahun boleh lagi anje manje....ko biaw betoi.... hangpa ni semua bini mithali  ...

Macam-macam dugaan kak.. Tapi semua tu menjadikan kita ni matang dalam membuat keputusan.. sampai satu saat.. dah tak mampu nak sabar lagi sebab sabar tu dah mula jadi dosa.. This is the best..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:13 PM | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 04:10 PM
Macam-macam dugaan kak.. Tapi semua tu menjadikan kita ni matang dalam membuat keputusan.. sampai  ...

tau tak takpa, sabar kdg2 jd dosa, satu kenyataan yg pahit tp hang jgn hangat-hangat taik ayam. Kena belasahpun hang boleh tarik balik kes... kali ni kena cekap sikit. Jgn sesekali bg dia ambil kesempatan kat hang, berbuih mulut nasihat ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:14 PM | Show all posts
sblm puasa hari tu teman bff cerai kat mahkamah.bff punya kes yg last skali.. so dgr dlu la kes2 org lain.
satu kes nie ..husband dia whatapp dia tulis..ayat lbh kurang mcm nie.."selepas ini..kita xda dh xapa2 hubgn. hubgn kita tamat kat sini shj".

so isteri nie tnya la kat hakim..adakah jtuh talak..sbb selain whatapp tu..suami dia jugak telah bgtahu kpd fmly n kwn2 mereka yg mereka telah bercerai..mrka pun dh setahun xduk bersama.

pastu hakim tu tanya pd husband dia..awk tahu prosedur perceraian?..husbnd dia ckp tahu..kena p pjbt agama amik borang n etc..

pastu hakim tu tnya lagi..adakah awk mmg berniat untuk mnceraikan isteri awk..
husband tu jawab tidak berniat utk cerai.

maka hakim tu putuskan ikatan perkahwinan mrka masih sah.

aku nie tpinga2 jgak dgr kptsn hakim tu.yg wife tu hbs je prosiding tu terus blah dgn muka xpuas hati..
dlm hati aku kesian plak dia..napela laki nie. xsuka lps je. buat main2 gitu plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 04:17 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 04:13 PM
tau tak takpa, sabar kdg2 jd dosa, satu kenyataan yg pahit tp hang jgn hangat-hangat taik ayam. Ke ...

Kali ni memang cerdik dah.. Dah 2 bulan dia memujuk tapi tak makan pujuk pun. Dia amik anak no 3. Rin buat bodoh jer. Nak amik anak pun amiklah. Hati dah zero kak. Memang now.. I LOVE ME MORE.. dulu because I still love you kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:18 PM | Show all posts

duk diam2 belajar something dari jadi bodo nasihat org walhal tak tau hapah sebok je seru2 orang si bodo ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 04:18 PM | Show all posts
ngee replied at 4-7-2017 04:14 PM
sblm puasa hari tu teman bff cerai kat mahkamah.bff punya kes yg last skali.. so dgr dlu la kes2 org ...

Sistem kehakiman sekarang ni macam tidak menggalakkan perceraian. Banyak kes camtu.. Kesian kita ni.. Ragu-ragu.. Dalam Islam rasa nya dah jatuh talak tapi keputusan hakim tak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:21 PM | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 04:18 PM
Sistem kehakiman sekarang ni macam tidak menggalakkan perceraian. Banyak kes camtu.. Kesian kita n ...

suami Rin bukan dah berumur ke? 50 an?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 04:22 PM | Show all posts
tunangku replied at 4-7-2017 04:05 PM
Semua lelaki sama ja kan..
Bahasa kAsar
Suka halau keluar rmh

tak semua dik

tapi nak tengok contoh dalam forum ni gila babi punya bahasa tengok nickname manakautau tu

so jangan pulak terpikat kat spisis camtu

jauhkan diri ye

baca doa pendiding diri kalau manakautau dah start menyebok thread kat dalam masalah rumahtangga ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 04:32 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 04:21 PM
suami Rin bukan dah berumur ke? 50 an?

43 tahun kak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 04:33 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 04:21 PM
suami Rin bukan dah berumur ke? 50 an?

Anak Rin dah 4..

8 tahun lelaki
5 tahun perempuan
3 tahun lelaki
1 tahun 7 bulan lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:34 PM | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 04:33 PM
Anak Rin dah 4..

8 tahun lelaki

tak silapnya masa kes kali pertama ada Umar aja kan? masa tu 2 tahun ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048716 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list