Tidak lama sebelum ini, sebuah kondominium pernah berlaku kebakaran yang menyebabkan lebih 30 nyawa mengalami kematian.
Kini tidak sampai sebulan, berlaku lagi satu kebakaran di salah satu destinasi pelancongan terkenal di London iaitu Camden Market.
Memetik laporan BBC, kejadian tersebut berlaku pada hari Isnin kira-kira jam 12.10 tengah malam waktu tempatan.
Jurucakap jabatan bomba London memaklumkan, sebaik sahaja terima panggilan daripada orang ramai, sebanyak 10 buah kenderaan bomba dan lebih 70 orang anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian untuk bantu memadamkan api.
Difahamkan, pihak berkuasa menjadikan sekitar lokasi kejadian sebagai kawasan larangan untuk orang awam berikutan sebuah bangunan tiga tingkat telah dijilat api.
Namun, mujurnya kejadian berlaku pada tengah malam yang memperlihatkan tiada perniagaan dijalankan di pasaraya, jadi setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut saksi, api merebak dengan pantas, tambahan pula terdapat restoran di dalam pasaraya, jadi rata-rata bimbang berkemungkinan berlaku letupan pada bila-bila masa sahaja.
Camden Market adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Britain, pernah berlaku kebakaran pada tahun 2008 di kawasan tersebut sehinggakan pasaraya berkenaan terpaksa ditutupkan buat beberapa bulan.- CARI
Post time 10-7-2017 08:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cepheid replied at 10-7-2017 03:40 PM
Camden ni area macam pprt sikit. Kedai rapat-rapat. Tak tau lah kena orang suka pergi sini
org malaysia suka pi sini..sebab mudah dpt ganja...selamba jer jual open antara stesen camden dgn pasar camden tu...20 pound jer...paket kecik...perghhhh..nyum nyum
lg satu harga fridge mgnet sini boley fight dgn area bayswater