CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14085|Reply: 75

ASTRO 1ST EXCLUSIVE: 20.07.17, MEMORI PAJERI NANAS. [ALIF SATAR, TIZ ZAQYAH, CT

  [Copy link]
Post time 3-7-2017 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by hijau88 at 31-7-2017 08:58 PM

PENGARAH: Aidilfitri Mohamed Yunos.
PENERBIT: TSAR Asia Sdn Bhd.
PELAKON: ALIF SATAR, TIZ ZAQYAH, SITI SALEHA.


KISAH CEF CUBA MENANGI HATI ISTERI.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Tidak dinafikan, setiap pasangan yang berkahwin pasti pernah berdepan dugaan dan konflik.
Sama ada kecil atau besar, adalah menjadi tanggungjawab setiap pasangan untuk memastikan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Siapa sangka, kadang-kadang masalah rumah tangga yang berpunca daripada perkara remeh akhirnya boleh melarat hingga membawa kepada perceraian.

Ia kerap berlaku kepada pasangan yang sibuk dengan kerjaya masing-masing hingga menggugat mahligai rumah tangga mereka.
Inilah yang diketengahkan dalam filem televisyen (FTV) terbaru berjudul Memori Pajeri Nanas lakonan Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.
FTV terbitan TSAR Asia Sdn Bhd itu mengetengahkan Aidilfitri Mohamed Yunos sebagai pengarahnya.
Menurut Aidilfitri, Memori Pajeri Nanas mengangkat dunia masakan sebagai asas bagi menyuntik kelainan kepada jalan cerita berkenaan.
“Ia mengisahkan perkahwinan dan cinta kepada masakan. Menerusi FTV ini penonton akan dibawa menelusuri kisah perkahwinan seorang cef bernama Armand lakonan Alif yang berdepan masalah dengan isterinya. Bagaimanapun, dia cuba memenangi hati isterinya itu dengan masakan,” katanya.
Lebih menarik, setiap masakan yang dipaparkan membawa mesej tersendiri kepada penonton mengikut jalan ceritanya.
“Dalam cerita ini kami cuba tonjolkan masakan tradisional. Setiap hidangan itu mempunyai cerita di sebaliknya.
“Sebagai contoh, menu ikan bakar sumbat kelapa, walaupun kulitnya di luar itu keras, tetapi isinya dalamnya lembut, itulah analogi kepada sifat isterinya,” katanya.
Menurut Aidilftri, dia bersyukur penggambaran yang dijalankan Mei lalu berjalan lancar, namun ia bukan satu tugas mudah buat dirinya dan barisan pelakon.
Ini kerana mereka perlu menjayakan watak sebagai seorang cef profesional mengikut standard yang ditetapkan.
“Memang setiap pelakon ada skil lakonan yang tersendiri dan berpengalaman luas, tetapi apabila ia membabitkan mengenai dunia cef, saya perlu memberi perhatian yang lebih.
“Cabaran dalam menjayakan watak ini adalah mereka perlu memaparkan watak seorang cef yang betul. Mereka juga diajar bagaimana teknik yang betul untuk memegang pisau.
“Sebab itulah kami menggunakan khidmat dua cef profesional untuk berada di set penggambaran bagi memberi tunjuk ajar. Jadi, mereka akan pantau semua pelakon supaya imej cef itu disampaikan dengan betul,” katanya.
Memori Pajeri Nanas mengisahkan rumah tangga Armand dan Kayla (Tiz Zaqyah) goyah apabila kedua-duanya sibuk dengan kerja.
Keadaan semakin keruh apabila Kayla mula cemburu selepas terdengar perbualan Armand dengan Camelia (Siti Saleha) yang juga bekas teman wanitanya.
Armand kemudian cuba menyelamatkan rumah tangganya dengan meminta isterinya pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama-sama selama 30 hari. Daripada situlah dia cuba memujuk isterinya dengan masakannya.
Naskhah berdurasi selama 90 minit itu bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 20 Julai ini.


CREDIT TO: http://www1.hmetro.com.my/rap/20 ... menangi-hati-isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2017 09:09 PM | Show all posts
SEDIKIT TRAILER MEMORI PAJERI NENAS

https://web.stagram.com/p/BVXjU9Pl60J
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 09:09 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 09:21 PM | Show all posts
















Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bestnya alif tiz!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 08:19 AM | Show all posts
ingatkan  dah tayang
nasib belum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jau tengok teaser dekat ig alep macam convincing

Comel je nari2 lagu keroncong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
DrReid replied at 9-7-2017 11:23 PM
Jau tengok teaser dekat ig alep macam convincing

Comel je nari2 lagu keroncong

Nnti aku zassssss.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepa nak tgk tygn perdana supertele ni.
Sila ke ig @astrofirsteksklusif.
Komen je kat pic memori pajeri nenas n letak # yg disuruh tu.
Kot2 terpilih kan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:05 AM | Show all posts
amboi Aliff, siap tiru gaya Salt Bae
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 09:23 PM | Show all posts

MEMORI PAJERI NENAS [Astro First Exclusive: Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha]

MEMORI PAJERI NENAS
Super Telemovie, eksklusif untuk Astro First, 20 Julai 2017
Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha



Interview Alif Satar di HLive pada 11/07/2017






Drama MEMORI PAJERI NANAS Lakonan Aliff Satar
BY BUDIEYIN DRAMA — 7 JUL, 2017

Astro First Eksklusif (saluran 480) sekali lagi meneruskan kesinambungannya dalam membawakan filem-filem televisyen (FTV) tempatan terbaik secara eksklusif ke kaca televisyen anda. Akan datang, penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Aliff Satar akan tampil sebagai peneraju utama dalam FTV terbaharu Astro First Eksklusif berjudul ‘Memori Pajeri Nanas’.

Memegang watak sebagai Chef Armand, seorang chef selebriti terkemuka, Aliff Satar bakal digandingkan dengan dua orang pelakon wanita hebat tanah air, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.Berkisar tentang perkahwinan dan cinta pada masakan, FTV ini membawa penonton menelusuri kisah perkahwinan seorang chef yang cuba memenangi kembali hati isterinya, Kayla (lakonan Tiz Zaqyah) melalui makanan yang beliau sediakan di sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kini goyah dek kerana kesibukan masing-masing.

Armand pula dilihat dari hari ke hari semakin tertekan dan beliau mula mengadu nasib kepada kawan baik beliau, Camelia (lakonan Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanitanya ketika di universiti. Keadaan tersebut mewujudkan perasaan cemburu dalam diri Kayla dan ia mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada berkecamuk.

Begitulah sedikit gambaran naskhah terkini milik sutradara yang bernama Aidilfitri Mohamed Yunos, figura yang sebelum ini pernah menzahirkan judul ‘Aku Haus Darahmu’ untuk saluran Astro First Eksklusif.

Filem TV bergenre drama dan romantik komedi ini menampilkan plot penceritaan yang menarik dan disusun kemas di segenap aspek utama. Dalam pada itu, ruang lingkup kecenderungan minat penonton masa kini yang lebih terarah pada filem romantik komedi yang santai dan menghiburkan boleh dijadikan faktor utama FTV ini sesuai dijadikan sajian seisi keluarga.

Tak sabar untuk bertemu dengan tonggak utama filem ‘Memori Pajeri Nanas’; Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi di majlis pra tonton & sidang media ini kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2017 08:09 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2017 08:15 AM | Show all posts
credit to: http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 017/07/13/tiz-duda/


Bercerita tentang filem televisyen Memori Pajeri Nenas, Tiz berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza berbanding drama dan filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.
Ia juga merupakan kali pertama dia digandingkan dengan pelakon Alif Satar.
"Jalan cerita sangat realistik seperti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Saya rasa ia berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa.
"Berlakon dengan Alif juga pertama kali dan dia seorang yang mempunyai bakat semula jadi sebagai seorang pelakon," ujarnya.
Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... uD3R1ZeXUaZXso5O.99
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2017 08:18 AM | Show all posts
Pajeri nanas selesai kemelut

credit to: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... nas-selesai-kemelut

Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Berdepan masalah rumah tangga adalah perkara biasa buat pasangan yang sudah berkahwin. Namun, untuk mengatasi masalah itu tidak mudah kerana apabila perasaan ego terlalu menguasai diri ia akan berakhir dengan perceraian.

Dalam menyelesaikan masalah pastinya setiap pasangan ada cara sendiri.

Begitu juga menerusi filem TV berjudul Memori Pajeri Nanas arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini.

Menjadikan masakan sebagai fokus utama dalam memperbaiki hubungan suami isteri, ia adalah karya terbaru dan berlainan daripada Aidilfitri.

Bakal menemui penonton bermula 20 Julai ini di saluran Astro First Eksklusif, ia dilakonkan Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.

Menariknya lagi, watak cef lakonan Alif adalah pertama kali dijayakan bapa kepada anak dua ini.

Malah, pemilihan Alif juga dirasakan sangat sesuai dengan watak berkenaan pada mata Aidilfitri.

“Menghasilkan cerita berkisar kehidupan rumah tangga yang bermasalah adalah satu perkara biasa.

“Namun untuk mengangkat sesuatu perkara yang boleh menjadi penyelesaian kepada masalah itu jarang berlaku.

“Contohnya, saya mengangkat tema masakan dalam menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan Armand dan Kayla lakonan Alif dan Tiz,” katanya.

Aidilfitri juga menggunakan pajeri nanas sebagai menu utama pada awal dan pengakhiran cerita bagi menjelaskan kepada penonton mengapa menu itu menjadi fokus utama.

“Jarang orang memasak pajeri nanas dan ia hanya ada pada majlis perkahwinan. Simboliknya pajeri nanas akan mengimbau saat awal perkahwinan Armand dan Kayla.

“Pajeri nanas menjadi saksi walau apa pun terjadi mereka akan tetap bersama selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Alif berkata, melakonkan watak cef adalah cabaran baru buatnya dalam lakonan.

Disebabkan dia rajin ke dapur tidak ada masalah untuk Alif melakonkan babak ketika dia memasak.

“Ini pertama kali saya melakonkan watak cef. Tidak susah kerana saya juga seorang yang suka memasak dan melakukan kerja dapur.

“Namun untuk memastikan babak memasak itu kelihatan ‘real’ saya dibantu dua cef dan perlu latihan sebelum penggambaran.

“Gementar dan bimbang juga jika tersalah. Syukur sepanjang menjalani penggambaran cef berkenaan banyak membantu selain saya sendiri membuat kajian melihat cara cef profesional memegang pisau dan memotong bahan masakan” katanya.

Sinopsis

Memori Pajeri Nanas mengisahkan mengenai perkahwinan Armand (Alif) dan Kayla (Tiz) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Armand seorang cef dan perunding makanan untuk restoran terkemuka di Kuala Lumpur manakala Kayla wanita berkerjaya.

Tuntutan kerja membuatkan kedua-duanya sentiasa berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak punya masa untuk bersama-sama.

Keadaan semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan Armand dengan Camelia (Saleha) yang juga kawan baik dan bekas teman wanita Armand.

Kayla mula cemburu dan hubungan mereka semakin meruncing apabila Kayla nekad meminta cerai daripada Armand.

Armand bersetuju memenuhi kehendak Kayla dengan syarat dia perlu berbuka puasa dengannya sepanjang 30 hari Ramadan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2017 08:23 AM | Show all posts
Alif Satar belajar potong bawang demi Memori Pajeri Nenas
ALIF SATAR
ALIF SATAR
Aida Rizmariza Kamaruddin
13 Julai 2017 5:38 PM
3
KUALA LUMPUR 13 Julai- Penyanyi dan pelakon, Alif Satar memberitahu dia menghabiskan masa sebulan hanya untuk menyesuaikan diri dengan watak cef dalam filem terbaharunya berjudul Memori Pajeri Nenas.

Kata Alif memandangkan dia tidak mahu lakonannya itu menyinggung cef sebenar di luar sana, justeru dia tidak menolak untuk belajar bukan sahaja memasak tetapi juga cara memotong bahan masakan dengan betul.


“Bila saya terima tawaran ini apa yang saya fikir adalah, apa agaknya Chef Wan akan kata mengenai lakonan saya, Bukan dia sahaja tetapi cef lain juga. Sebab itu selepas terima tawaran saya sanggup belajar cara memotong bawang melalui Youtube.

“Saya tahu mereka lebih teliti mengenai hal ini, jadi saya perlu pastikan apa yang saya lakukan itu betul. Di set juga memang ada cef sebenar yang membantu. Apa yang perlu penonton tahu setiap hidangan yang saya sediakan dalam filem itu memang disediakan sendiri,” katanya bangga.

Advertisement       

        Powered By YuMe
Kata Alif, walaupun secara realitinya dia bukanlah seorang lelaki yang tangkas di dapur namun peluang melakonkan watak Armand dalam filem ini sedikit sebanyak memberi peluang untuknya belajar.

“Ada adegan yang memerlukan saya memecahkan telur, Walaupun adegan tersebut hanya untuk beberapa saat, saya terpaksa belajar memecahkan telur dengan betul itu hampir beberapa minggu jugalah.

“Memang ada juga adegan memasak tetapi tidaklah hidangan yang rumit. Tetapi bila ada peluang begini secara tidak langsung memberi peluang untuk saya belajar masak hidangan berbeza pula,” katanya.

Semakin sibuk dengan dunia lakonan, Alif juga akan mula memasuki set penggambaran Red Velvet bersama Neelofa. Katanya dalam drama bersiri 20 eopisod ini juga dia akan memegang watak sebagai pembuat kek.

“Bila Neelofa minta untuk berlakon dengan saya, memang rasa terharu sebab dia seorang yang popular.

“Memang saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran drama ini,” katanya.

Sementara itu Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 02425#ixzz4mwvzAGej
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2017 08:23 AM | Show all posts
Tiz, Saleha tetap ke dapur



Oleh ZULHILMI JALIL

TIZ (kiri) dan Saleha gemar memasak lebih-lebih lagi pada masa lapang.

MELIHAT dua nama ini, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha, mungkin ada yang skeptikal terhadap mereka bahawa golongan artis sebegini mereka mungkin tidak punya masa untuk ke dapur.

Bagaimanapun, siapa sangka, dua aktres ini juga sebenarnya punya kecintaan yang sama dalam bidang masakan. Maka, tidak hairanlah mereka mempunyai kecenderungan untuk menyediakan juadah sendiri di rumah.

Sungguhpun begitu, pada masa sama, mereka punya pandangan tersendiri mengenai peranan tugas memasak, terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Minggu ini, Sensasi Bintang berkesempatan menemu bual aktres Tiz Zaqyah dan Siti Saleha ketika ditemui sewaktu majlis pra-tonton naskhah filem televisyen (FTV) Memori Pajeri Nanas baru-baru ini untuk berkongsi cerita mengenai minat mereka dalam bidang masakan.

Apabila menyentuh perihal masuk ke dapur, selalunya orang akan melabel tugas itu sebagai seorang tugas wanita. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumah tangga. Apakah pandangan anda mengenai perkara itu?

TIZ ZAQYAH: Saya tidak berkahwin lagi. Cuma, apa yang selalunya orang ajar bahawa dalam kehidupan berumah tangga, kena ada konsep give and take atau bertolak ansur dalam segala hal termasuklah bab masakan. Masing-masing kena sama-sama memasak. Lagipun kalau isteri ada kerja, mengapa tidak suami ambil alih. Kalau dahulu, kerja memasak selalu sangat dikatakan kerja orang perempuan, tetapi sekarang perkara itu berubah.

SITI SALEHA: Dalam hal ini, sebenarnya kita bukan bercakap pasal peranan sesuatu jantina itu. Kena ada situasi menang-menang. Kalau suami boleh memasak untuk isteri, pada saya itu sudah cukup bagus. Lagipun dengan masak pun boleh pikat hati. Kalau bakal suami suka masak hari-hari pun memang buat saya gembira.

Bagi wanita berkerjaya seperti kalian yang selalu berada di lokasi penggambaran, adakah kesibukan bekerja akan membuatkan anda menjadikan alasan untuk jarang ke dapur?

TIZ ZAQYAH: Pada saya, orang perempuan memang kena ke dapur juga. Sibuk bekerja bukanlah satu alasan untuk tidak boleh memasak. Kadang-kadang masak dan siap bagi orang makan lagi. Duduk menunggu di set lagilah asyik nak makan sahaja.

SITI SALEHA: Saya pula bukan setiap hari memasak, lebih-lebih lagi apabila jadual kerja di set penggambaran padat. Cuma, kalau saya ada masa nak masak, saya memang boleh lakukan sendiri. Bahkan, kalau malas nak buat pesanan penghantaran makanan ke rumah, saya akan masak apa sahaja barang dapur yang ada di rumah.

Pada usia berapa kalian mula belajar memasak?

TIZ ZAQYAH: Alamak, tak ingat pula. Cuma, seingat saya dari usia saya remaja sekolah lagi. Cuma, ketika itu masak yang ringkas sahajalah.

SITI SALEHA: Waktu umur saya 16 tahun. Itu pun masak yang ringkas sahaja. Apa yang saya boleh katakan, masakan Melayu lagi susah disediakan berbanding masakan ala Barat.

Di mana selalunya kalian mendapat inspirasi atau idea untuk memasak?

TIZ ZAQYAH: Belajar dengan ibu saya. Kalau saya masak, dia rasa dan beritahu tak sedap memang kena marah (seloroh), tetapi biasanya dia puji.

SITI SALEHA: Saya suka tengok rancangan televisyen masakan kelolaan cef selebriti terkenal Jamie Oliver. Menerusi program itu, kita dapat ilmu masakan berguna. Lagipun, saya memang suka bereksperimen dengan masakan. Tidak sukar kerana sekarang kita pun boleh belajar menerusi YouTube. Biasanya, saya pergi ke pasar raya dan cuba sendiri di rumah lepas menonton program tersebut.


TIZ dan Saleha berpendapat tugas memasak dalam rumah tangga bukan terletak pada bahu wanita semata-mata.

Jika ada orang membuat permintaan kepada anda untuk menyediakan juadah, apakah menu air tangan istimewa daripada kalian yang akan dihidangkan?

TIZ ZAQYAH: Saya suka masak lemak cili api. Bahkan, itu juga menu juadah kegemaran saya. Cuma, kalau di rumah itu ibu saya memang seorang yang handal dalam memasak, boleh serah kepadanya.

SITI SALEHA: Salmon panggang. Lagipun nak menyediakan juadah tersebut pun mudah. Sekiranya kalau tanya saya juadah kegemaran, saya pun suka apa sahaja jenis masak lemak.

Dalam banyak-banyak juadah, boleh kongsikan apakah makanan yang kalian tidak gemar?

TIZ ZAQYAH: Saya kurang sikit kalau makan sayur. Lebih-lebih lagi kalau sayur berdaun hijau.

SITI SALEHA: Saya pula tak makan tempoyak. Jadi, masakan berasaskan tempoyak saya tidak sentuh.

Adakah memasak memberi satu kepuasan kepada anda?

TIZ ZAQYAH: Saya memang seorang yang suka makan. Jadi, kalau dengan memasak, kita dapat sediakan masakan ikut cita rasa sendiri. Nak tambah atau kurangkan apa-apa pun, kita boleh lakukan ikut selera masing-masing.

SITI SALEHA: Memasak boleh jadi satu terapi dan pada masa sama, ia akan memberi satu kepuasan. Ini kerana, sekiranya satu masakan yang cuba disediakan berjaya, kita akan rasa gembira. Situasi itu secara tidak langsung akan memberikan aura positif.

Boleh kongsikan perkembangan terbaharu kalian?

TIZ ZAQYAH: Saya baru selesai dengan penggambaran Project Merdeka dengan pengarah Kabir Bhatia. Selama lima bulan, jadi memang agak sibuk sedikit sebelum ini. Selain itu, saya juga akan keluar dengan filem Kolestrol Vs Cinta gandingan bersama Kamal Adli.

SITI SALEHA: Sekarang dalam persiapan untuk menunggu hari perkahwinan. Buat masa ini, segala persiapan berjalan dengan lancar. Cerita Memori Pajeri Nanas gandingan saya dengan Tiz juga akan ditayangkan bermula 20 Julai ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz4mww6OqyU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 09:51 PM | Show all posts
OMG bestnya...tak sabar nak tengok Tizzz

love their chemistry..https://www.instagram.com/p/BWuj13Qjunu/?taken-by=tiz.zaqyah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
apikwaeh replied at 19-7-2017 09:51 PM
OMG bestnya...tak sabar nak tengok Tizzz

love their chemistry..https://www.instagram ...


Mmg x sbr tgk lakonan Tiz n alep. Tp tgk online je la.   Maaf la Tiz. X gigih nak subscribe lak.    Hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 19-7-2017 10:37 PM
Mmg x sbr tgk lakonan Tiz n alep. Tp tgk online je la.   Maaf la Tiz. X gigih nak subscribe ...

Nanti share share link
Takda duit nak subscribe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya article article diatas
Episode ke sekali abes jer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068107 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list