Selepas lima tahun bertakhta sebagai video paling banyak ditonton, kedudukan Gangnam Style kini diatasi lagu dari filem aksi Furious 7, See You Again.
Memetik laporan New York Post, lagu berkenaan disampaikan gandingan Charlie Puth dan Wiz Khalifa.
Puth sendiri adalah seorang daripada pencipta lagu berkenaan, selain Justin Franks dan Cameron Thomaz.
Sehingga awal petang ini video See You Again disaksikan lebih 2,922,544,001 kali berbanding Gangnam Style nyanyian artis Korea Selatan, Psy, yang ditonton lebih 2,901,146,482 kali.
Rekod sebelum Gangnam Style dipegang oleh lagu Baby nyanyian Justin Bieber.
See You Again diterbitkan pada 2015, memperoleh tontonan purata lebih 3 juta sehari tahun ini.- CARI
Post time 16-7-2017 04:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pengikut siri fast n furious dr yg 1 smpai ke 7 mmg touching ngan lagu ni.. siri yg ke 8 lngsung x semangat nk tgk..nmpak sgt selama ni adap pun sbb brian o conner aje..