View: 6201|Reply: 159
|
[Tempatan]
Peminjam mampu bayar loan bank tapi tak nak bayar loan PTPTN
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah mempunyai pendapatan sengaja memilih untuk tidak membayar hutang mereka walaupun mampu berbuat demikian.
Katanya, kaji selidik Bank Negara menunjukkan segelintir peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman PTPTN, pada masa sama mampu menjelaskan pinjaman-pinjaman mereka yang lain termasuk pinjaman kenderaan dan perumahan.
"Bank Negara ada jumpa saya, mereka tunjuk satu kajian yang mereka sendiri buat, mengikut kajian itu, orang tidak bayar PTPTN, tetapi pada masa yang sama mereka membayar pinjaman kereta, rumah dan kad kredit.
"Kerana apa (tidak bayar PTPTN). Sebab tak nak, bukan sebab mereka tidak mampu," katanya dalam sesi taklimat di Bengkel Latihan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini hari ini.
Beliau mengulas soalan peserta program berkenaan yang mahu tahu kewajaran peminjam PTPTN disenarai hitamkan oleh Bank Negara.
Justeru, Idris berkata PTPTN perlu lebih tegas terhadap peminjam yang ingkar, namun tidak sehingga menganiaya peminjam.
"Sesiapa yang rasa dianiayai boleh berbincang dengan PTPTN. Saya akan bela pelajar itu sendiri," katanya yang turut menasihatkan mereka yang menghadapi masalah untuk membayar supaya tidak berdiam sebaliknya berbincang dengan pihak PTPTN sebelum tindakan diambil terhadap mereka.
Kepada satu soalan lain, Idris menegaskan bayaran yuran bagi universiti awam di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dan sejak beliau menjadi menteri tiada kenaikan dikenakan sehingga kini.
"Yuran kita paling tinggi pun sekitar RM3,000, kos sebenar RM30,000. Jadi hanya 10 peratus sahaja bayar. Universiti Teknologi Mara pula yuran hanya RM400 satu semester," katanya yang menyifatkannya sebagai satu caj yang amat berpatutan.
Beliau secara sinis turut mengkritik pembangkang yang kononnya mahu menyediakan pendidikan percuma, namun masih tidak mampu berbuat demikian walaupun di Universiti Selangor (UNISEL), seliaan kerajaan negeri pembangkang di Selangor.
"Pembangkang janji pendidikan percuma pada pilihan raya lalu. Selangor negeri terkaya di Malaysia, tetapi kalau tak kerana saya arahkan PTPTN masuk tolong mereka, UNISEL pun tutup.
"Jangan cakap sahaja, dia (pembangkang) cakap kerana nak mengapi-apikan pelajar kita. Kalau nak buat di UNISEL dahulu," tambahnya.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
tanak bayar ptptn pastu merempan sana sini... hahaha... padahal hutang ptptn tu sama je konsep cam hutang loan kereta rumah... maybe gigih bayar sebab tanak kereta rumah kena tarik... ptptn tak bayar takleh nak tarik apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib zaman I belajar tak ada ptptn lagi |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 17-7-2017 12:13 PM
Nasib zaman I belajar tak ada ptptn lagi
Akak pakai duit zakat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 17-7-2017 12:14 PM
Akak pakai duit zakat ke?
Jpa lah |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 17-7-2017 12:15 PM
Jpa lah
Kurlasttt sis.... |
|
|
|
|
|
|
|
bayar loan kereta rm800 boleh aja..bayar loan belajar..aduh tak mampu |
|
|
|
|
|
|
|
bayar je lah...ilmu dah dapat kan..
kawan mzz sorang reschedule bayar 30 tahun sampai pencen
tak sure pula berapa hutang ptptn dia..bertabah je lah
investment belajar kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aihhhh
dia belajar sampai peringkat apa tu sis
sampai 30 tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
IPTA ok lah, nak membayar balik tak banyak sangat. IPTS memang pengsan. Kawan aku IPTS, sama course , dia punya PTPTN sampai 50K lebih. Separuh dari IPTA punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..honey settle dah hutang ptptn...dekat 30k tu...hutang kad kreditpun honey langsaikan sikit sikit sampai habis....hidup pun aman hutang tarak....eerkk...hutang kete je tinggal lg 4 thn..huhu! |
|
|
|
|
|
|
|
saya kena TAHAN masa nak pergi kerja kat singapore |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 17-7-2017 12:11 PM
tanak bayar ptptn pastu merempan sana sini... hahaha... padahal hutang ptptn tu sama je konsep cam h ...
Mgkin bleh tarik blk sijil dgree masing2 pasni |
|
|
|
|
|
|
|
kalo yang belum keje, ada jugak la kesan bila sijil ditarik balik... kalo yang dah keje, takde gunanya dah nak tarik...
|
|
|
|
|
|
|
|
ank2 aku yg dua org tu x nak pun pinjam PTPTN
iyer2 aku mohon utk dia org...da lulus tp dia org ttp x nak
yg sulung tu da abis pun blajar aku tanggung sendiri
si adik ni pun x nak jugak...gigih le aku tanggung sendiri
bertabah je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Potong je gaji secara terus melalui majikan . |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada pilihan loan rumah n kereta pun aku x mau bayar |
|
|
|
|
|
|
|
bayar la wei... aku keluarkan akaun 2 kwsp nak byr ptptn.. hutang wajib bayar |
|
|
|
|
|
|
|
officemate cine cite.... die mintak duit ngan anak die bg die pegang.... n jumlah double die ambik....sbb nak hbis byr cepat..... yg melayu ni plak.... dah koje byk lama tak byr.... tunggakan dah byk....
dpt keje aim kereta besar..... hutang taknak byr..... pastu meratip pendidikan free...... klau rajin bljar dpt la potongan or convert jd biasiswa
kena la dpt kelas pertama.... ni third class...cukup makan ade hati nak free...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|