CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4452|Reply: 37

[Tempatan] Selepas serbu syarikat pajak kenderaan, PPIM halang Caltex rampas stesen minyak

[Copy link]
Post time 17-7-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Selepas menyerbu sebuah syarikat pajakan kenderaan minggu lalu, Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi menjadi orang tengah dalam tuntutan klien mereka.

Kali ini kumpulan itu menghalang Caltex menutup sebuah stesen minyak di bawah jenamanya apabila notis sebulan yang diberikan 15 Mei lalu tamat.

Pengusaha stesen minyak itu tidak dibenarkan menyerahkan kunci kepada wakil Caltex, dan menghalang syarikat minyak itu menyedut keluar minyak di stesen tersebut.


“Caltex Malaysia tidak memberi sebab kenapa premis ini diarahkan tutup,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi kepada FMT.

“Kita tetap dengan pendirian kita tidak akan serah kunci dan tidak benarkan mereka sedut minyak selagi tiada perbincangan,” tambanya, dan menambah PPIM tidak berhasrat melanggar sebarang peraturan atau mencari gaduh dengan syarikat minyak itu.

“Cuma apa yang kita minta pihak Caltex Malaysia datang berbincang dengan cara baik. Hari ini mereka hantar wakil tapi wakil mereka tidak boleh jawab soalan kita sebab premis ini ditamatkan operasi.”

Terdahulu, pegawai dan kakitangan Caltex datang bersama lori tangki ke stesen minyak jenama itu yang diusahakan Fauziah Ahmad Fadzil di Shah Alam dan meminta premis itu diserahkan kembali kepada mereka.

Ketika ditanya FMT dan PPIM alasan premis itu ditamatkan operasi, wakil syarikat minyak itu menjawab “atas arahan pihak atasan mingikut terma kontrak yang ditetapkan” tanpa menggulas lanjut.


“Tindakan mereka ini seolah mahu membuli,” tegas Yusuf. “Caltex Malaysia masih belum ada kuasa lagi untuk masuk ke kawasan ini sebab ini bukan ‘rumah dia’. Kawasan ini masih milik pengusaha lagi.”

Pada 20 Jun lalu, Fauziah bersama 14 pengusaha dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak mengadakan sidang media membidas penamatan operasi stesen mereka yang diterima melalui notis 15 Mei lalu. Caltex memberikan tempoh 30 hari untuk menyerahkan stesen masing-masing.

Susulan itu, Fauziah berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Caltex kerana menamatkan operasi mereka “tanpa alasan munasabah”, selain menyebabkan 200 pekerja mereka hilang pekerjaan.

“Saya sudah kira kalau ditutup sekarang ini kerugian kami hampir RM20 juta untuk 1 stesen. Kami juga telah adukan perkara ini kepada pihak KPDNKK dan kami juga jumpa menteri, beliau terkejut benda ini berlaku, malah menteri juga sudah bersetuju dengan mengarahkan Caltex supaya tidak membatalkan permit tapi perkara ini masih berlaku,” katanya.

Sementara itu, wakil peguam PPIM Datuk Hishamuddin Hashim berkata tindakan Caltex dilakukan secara tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang.

“Apabila kita semak bentuk perjanjian kita dapati bahawa sekiranya penamatan ini berlaku ia mestilah bersifat tidak menganiayai atau kena berlaku adil kepada pengusaha, malah setakat ini tidak ada perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada pihak Caltex Malaysia untuk halau pengusaha,” katanya.

Hishamuddin pada masa sama tidak menolak kemungkinan tindakan Caltex ini mempunyai kaitan dengan tindakan undang-undang yang dibawa 15 pengusaha stesen minyak itu terhadap syarikat minyak itu sebelum ini.

Caltex sebelum ini didakwa melanggar arahan kerajaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan layan diri di stesen minyak, yang menurut mereka syarikat minyak itu perlu menanggung kos melaksanakan perkhidmatan layan diri, termasuk alat automasi dan penyelenggaraan alat tersebut, tanpa sebarang caj langsung atau tidak langsung dikenakan ke atas pengusaha stesen minyak.

Menurut Fauziah, keputusan Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menyebelahi Caltex dan meereka perlu membayar ganti rugi RM300,000 setiap seorang.

“Kami tidak menolak kemungkinan disebabkan kes di mahkamah sebelum ini, mereka semua ditamatkan kontrak. Semua yang lawan Caltex di mahkamah sebelum ini berhubung isu dibatalkan permit, bagaimanapun kenyataan rasmi daripada Caltex Malaysia mereka tidak kata itu sebabnya,” kata Hishamuddin.

FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 09:13 PM | Show all posts
kes iktraf fake cancer treatment dan prof fake camna sister..buat2 amnesia ke bangang
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sis rasa seakan over je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:22 PM | Show all posts
Klu caltex ikut agreement yang depa sign, xpatut la halang caltex. Even klu agreement depa sain dlu mcam berat sebelah ke, court pon mmg akan ikut kontrak la kan. Still, klu tetibe kne tutup tu, kesian la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nak glamour pulak PPIM ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai taliban makin menular kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawan bro selg boleh
Caltex dah sendu skrg
Tu pasal cari slh pengusaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 17-7-2017 01:13 PM
kes iktraf fake cancer treatment dan prof fake camna sister..buat2 amnesia ke bangang

Khenzzz..acah-acah hero saja PPIM nih, tapi dalam masa sama, penuh dolak-dalik sajaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Caltex dkt rumah aku dah setahun tutup. Tp tempat lain still ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 10:46 PM | Show all posts
famri7 replied at 17-7-2017 09:13 PM
kes iktraf fake cancer treatment dan prof fake camna sister..buat2 amnesia ke bangang

bagi link dik, kes tu famous tapi kenapa akak tak tahu, menyesal viralkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 10:47 PM | Show all posts
caltex banyak sendu bagi je kt petro0n niaga.. atleast san miguel pandai niaga
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 10:58 PM | Show all posts
xtau apa cerita sebenar caltex ni
betul ke ada agreement mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sokong ppim selamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:04 PM | Show all posts

Anjen Saman Tuan

GhostWalking replied at 17-7-2017 09:06 PM
SHAH ALAM: Selepas menyerbu sebuah syarikat pajakan kenderaan minggu lalu, Pertubuhan Pengguna Islam ...

Mendapatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawa jer kes ke mahkamah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:04 AM | Show all posts
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi....budak ni nak jadi macang hero
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusss. Kasi hajar itu syarikat haprak. Pengusaha juga perlu seret caltex ke mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-7-2017 11:04 PM
Mendapatlah..

Woi bangkai. Lu apahal gelar mereka anjing ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cacai kat sini dah tak nak bela diam saja la. Jangan nak membebel bila ada yang menolong
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-7-2017 12:24 AM
Bawa jer kes ke mahkamah....

Sementara itu pihak syarikat perlu disekat & dihajar macam ini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.426185 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list