CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26413|Reply: 218

[Tempatan] Majoriti perempuan obses pinggan, mangkuk. Bukan nak guna tapi nak display dlm r

 Close [Copy link]
Post time 18-7-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 20-7-2017 11:48 AM


Posting harga pinggan dan mangkuk pelbagai bentuk dan corak yang murah menarik perhatian ramai

SHAH ALAM - Obses seorang wanita sukar dijangka. Minat mereka sentiasa berubah-ubah seiring semasa.

Tidak terkecuali golongan pencinta pinggan mangkuk. Siapa yang tidak teruja melihat pinggan mangkuk dalam pelbagai rekaan dan corak ditawarkan serendah RM3 hingga RM20.

Dua lokasi menjadi bualan hangat tempat barangan itu dijual adalah di Pasar Seni Kuala Lumpur, dan Central Point, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Ada peminat yang sanggup datang di awal pagi, beratur panjang, malah ada juga dari luar Lembah Klang, semata-mata mahu mendapatkan pinggan mangkuk idaman hati.

Tidak kurang juga yang  menyediakan khidmat ‘personal shopper' kepada mereka yang tinggal di luar Lembah Klang yang ingin membuat pesanan.

Sebagai perkongsian tips membeli barangan tersebut, seorang wanita telah menyediakan beberapa panduan mudah.

Dalam satu catatan Facebook, wanita itu menyenaraikan produk yang dijual terdiri daripada pinggan, piring, mangkuk dalam, mangkuk bubur, mangkuk sambal, pinggan pencuci mulut, bekas nasi, bekas dengan penutup, pinggan panjang, sudu, gelas dan pelbagai lagi.

Posting tersebut mendapat sambutan apabila turut dikongsi lebih 2,500 pengguna lain.

Antara panduan yang dikongsi ialah pembeli digalakkan datang berdua untuk mengelak berbaris panjang sewaktu membayar.

Dinasihatkan juga supaya merancang barangan apa yang ingin dibeli supaya tidak membazir membeli barang bukan keperluan, contohnya asingkan untuk hiasan dan kegunaan harian. Ini katanya, penting bagi mengelak terlebih bajet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah depa....nanti dah mati boleh tanam sekali, tapi nak kena korek lubang kubur tu besar sikit lah....macam ahso kenalan akak itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 10:34 AM | Show all posts
not me..yg ada dlm lemari tu display ygtu jgakla buat raya buat hari2

tapi mksure yg kualiti punya la..stendet i correlle pun dh mahai
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 10:36 AM | Show all posts
Ni pasal pinggan viral tu ke? Ramai sangat upload pics pinggan ni dalam IG.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang special pasal pinggan mangkuk ni bagi kaum hawa? Bagi lelaki dapat makan dan minum sudah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Minat masing2 la kot
Kat umah ni, pinggan mangkuk zaman aku bujang pun aku guna sampai skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2017 11:07 AM | Show all posts
clay ke plastik?
klu clay nak jugak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:08 AM | Show all posts
mug corelle plak mudah pecah. celaka betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 11:10 AM | Show all posts
aah bior lah bukan kacau hidup org lelaki pun,

yg org lelaki nk makan pun still dlm pinggan kan..

at least km beli ada juga leh wariskan pd anak cucu nti,

org lelaki hisap rokok buang duit jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Minat masing2.. Agaknye hati rasa tenang bila tengok set pinggan mangkuk tu lam kabinet?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:29 AM | Show all posts
Ingatkan kaum perempuan obses tudung, iPhone dan Honda Jazz sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:33 AM | Show all posts
careful - kadang made by chinabone, sila tgk blkg mangkuk
hasil wiki - Bone china is a type of soft-paste porcelain that is composed of bone ash, feldspathic material, and kaolin. It has been defined as ware with a translucent body containing a minimum of 30% of phosphate derived from animal bone and calculated calcium phosphate

bone ash
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
minat jugak tapi xseminat suami sy pada pinggan mangkuk set corelle, minat dia sampai kumpul duit beli 4 set corelle bunga kobe dan kumpul point jusco nak lengkapkan set zwiling
sekali dia bagi mak dia set zwiling tu menangis tengok mak dia asah guna lesung
habis sumbing
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu muda muda selalu penjual pinggan mangkuk ni datang rumah ke rumah, arwah mak I rajin lah beli....paling top waktu tu arcopal, arcoroc
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:39 AM | Show all posts
xdpt dijelaskan dgn kata kata ngaper pompuan minat sgt dgn pinggan mangkuk. aku pun minta..tp aku lebih minat dgn periuk belanga yg non stick. yg warna warni mcm dlm citer korea tu berkenan sungguh tapi mahal nk mampus. nk beli periuk kaler pink sebiji pun x tercapai lagi hasrat hati. hari2 bukak 11street
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:43 AM | Show all posts
ermmm..... terbalik pulak bagi aku..
laki aku yang obses nak beli pinggan mangkuk kuali peralatan dapur bagai ni...
Nasib baik ler laki aku tak borong sakan kat CJ Wow Shop...
kalau pegi shopping barang dapur, dia mmg akan melekat lama kat bahagian yang jual benda alah ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 12:04 PM | Show all posts
cantiknya perkakas dalam gambar atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak minat pinggan mangkuk ni.

Hubby selalu cakap sayang ni tak macam perempuan lain...sebab tu abg syg ssayang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:15 PM | Show all posts
Nasib tak minat benda2 cam tu.  Mana yang dok ada tu memang untuk kegunaan hari2.  Tak kowser nak buat display buang karen ke beli mahal2 pastu gigih buat rumah macam kedai jual pinggan mangkuk.  Mungkin benda ni ikut kebiasaan sesuatu keluarga tu.  Kalau maknya jenis suka display anaknya nanti pun mesti terikut2 sebegitu.  Kalau maknya biasa guna corelle dah seangkatan dengannnya sebagai kegunaan hari2 anaknya pun nanti ikut juga tak suka display tapi beli untuk diguna sehari2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:18 PM | Show all posts
lawaaa laa plakkkk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.550228 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list